Wednesday, 8 January 2014

SARAPAN TERBAIK DI ALAM SEMESTA!!

Nasi lemak, kopi ooo (sebut versi tv9 hihi) mee goreng, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih muih, roti canai hurmm apa lagi yang selalu menjadi santapan waktu pagiku..

TAPI!! dah habis bersarapan dengan perut kenyangnya masih dirasakan ada sesuatu lagi yang tak lengkap dalam sarapanku..

APAKAH?? Tak lain tak bukan shake shake la. ESP + MEALSHAKES + KURMA..Owhh heaven..!! itulah perihal diriku yang agaknya dah sebati dengan pengambilan supplement ini sampaikan kalau sehari tak amik terasa ada yang tak cukup dalam sarapan seharian. Mabuk supplement kah aku hihi..ish mana ada mabuk la.. supplement ni umpama makanan harian kita la. Ada la jadual waktu makan nya bukannya makan sekali harung 10 jenis vitamin semua. Eh nak tau cara makan dan konsultasi bagai kena la cari pengedar shaklee yang betul-betul berilmu barula anda-anda semua takkan ditinggalkan ketika ada masalah.

Tak kisahla ada kawan-kawan yang kata eh macam minum dedak je. Makanan paling berkhasiat di kata dedak. Meh kita baca lagi khasiat esp dan mealshakes kt sini dan sini.

Tengok saja lah cara kita kita semua ni bersarapan dan makan sehari-hari. Adakah cukup semua keperluan nutrisi yang badan perlukan? Eh mestilah anda je yang tau macam mana cara pemakanan anda kan?

Badan kita pun macam kereta jugak..eh bukan macam malah lebih berharga. Ciptaan terhebat kurniaan Yang Maha Esa. Kereta pun ada tarikh servisnya. Tiap minggu kita hantar cuci, vacum bagai. Tukar minyak hitam, bubuh minyak gear dan macam-macam lagila. Sayangnya kita pada kereta kan. Tapi badan sendiri?? Tak sayangkah kita?? Paling tidak pun amik satu saja supplement pun memadai daripada tak ada langsung kan?

Sendiri punya badan sendiri sayanglah kan.Saya sayangkan badan saya. Saya selalu berdoa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saya agar saya dapat membesarkan anak-anak, berbakti pada kedua ibubapa dan membantu sesiapa yang memerlukan. Kalau sendiri pun tak sihat macam mana nak buat semua ni kan.

Nak tiru macam saya? Nak shaklee jugak?


Sarapan saya ESP,mealshakes, Vitalea dan B compleks

Hubungi : Aniey Yusoff (0137773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Sunday, 5 January 2014

Nutriferon Shaklee Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Salam sayang buat semua pembaca blog saya..

Semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik dariNya. Sedang asyik menulis ini cuaca di luar hujan. Begitulah sekarang ni kadang hujan kadang panas terik. Ketentuan dariNya. Bila cuaca sebegini tentu ramai ibu bapa yang risaukan kesihatan anak-anak kecil kan?

Tetapi saya Alhamdulillah sangat-sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan kesihatan olehNya. Tak kira apa cuacanya anak-anak saya kekal sihat tidak seperti sebelumnya. Kesinambungan dari entry yang lepas tentang Nutriferon yang dijadikan sebagai pengganti panadol di rumah..kali ni saya ceritakan tentang apakah itu Nutriferon Shaklee. Entry yang lepas boleh baca di sini.

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).

Inilah insan di sebalik penemuan Nutriferon :




Hasil dari ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle jepun dan biji plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

1) Biji Labu

~ Meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
~ Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser




2) Biji Plantago asiatica

~ Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun




3) Honeysuckle Jepun

~ Menentang pencerobohan virus dan kuman




4) Bunga safflower

~ Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman




Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrofobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Tambahan pula telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Antara manfaat dan kebaikan nutriferon shaklee ialah :

1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2) Melawan kanser dan tumor
3) Melindungi dari influenza
4) Meringankan stress dan kelesuan
5) Melambatkan penuaan
6) Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7) Mengurangkan masalah berkaitan menopaus
8) Mempertingkatkan PMS


Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Hidup Sihat Nikmat Selama-lamanya

Friday, 3 January 2014

DARAH TINGGI KEMBALI NORMAL DENGAN GARLIC

Assalamualaikum memulakan bicara..

  Agak lama juga tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Macam-macam sibuknya tapi tu la itu semua hanyalah alasan kerana hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa.

  Sebuah cerita yang agak lama disimpan..simpan sebab tak tertulis kat sini..hehe iaitu cerita tentang ibu saudara saya yang mempunyai masalah darah tinggi yang agak kronik. Maklong saya berumur hampir 70an. Kronik sebab dah bertahun-tahun mengidap darah tinggi dan sejak ini jugalah tiap kali tibanya hari raya Aidiladha maklong saya akan melarikan diri (bukan lari dari rumah..hehe) maksudnya maklong saya akan berada jauh dari terhidu bau daging. Kerana maklong saya akan pening dan boleh pengsan jika terbau daging akibat dari darah tingginya. Kesian maklong saya kan..

  Kronik jugak sebab tekanan darah maklong saya kadang-kadang mencecah bacaan atas 200/90mmHg! Pada hari raya Aidilfitri Ogos lalu saya pulang ke kampung dan membawa bekalan vitamin-vitamin untuk saya beri pada keluarga dengan niat nak membantu orang-orang yang saya sayang ni dapat hidup yang lebih sihat. Saya beri maklong saya sebotol Garlic.

  Dan pada Hari raya Aidiladha Oktober lalu sekali lagi saya pulang ke kampung. Kami berkumpul sanak saudara kerana ada seekor lembu akan kitaorang korbankan. Dalam pada kitaorang sibuk-sibuk melapah daging korban saya ternampak kelibat maklong saya ini yang sibuk ke hulu ke hilir tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Lalu saya dekati maklong dan bertanyakan tentang sakit darah tingginya. Maklong saya bagitau sebelum balik kampung dia baru buat checkup dengan doktor dan doktor bagitau darah tinggi maklong saya dah normal...Alhamdulillah nak nangis saya dengar! Sayu dan sebak rasa sebab dapat menolong orang-orang yang kita sayang memiliki kesihatan yang baik.

Haa inilah dia rupanya Garlic


Rupa dah kenal sekarang mari kita kenali pula apakah itu Garlic shaklee ini

~ Garlic dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas
~ diihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allisin aktif)
~ Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint)
~ Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita
~ setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar

Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point

Alhamdulillah semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk maklong saya
Indah kan perasaan kalau dapat membantu orang kita sayang

Nak berikhtiar dengan Garlic? Harga Garlic Shaklee ni cuma RM47.50 sebotol

Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com

Eh! belum habis lagi..cuba tengok apa bapa mithali ni buat supaya dia kembali sihat dapat bersama keluarga tersayang!



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...