Tuesday 9 June 2015

Blog Baru Wajah Baru


Assalamualaikum..

Lama tak berkesempatan nak mengupdate di sini. Sebenarnya sibuk duk mengupdate blog baru yang insyaAllah lebih berinformasi dan lebih ada gaya (eh puji sendiri nampak)

Sudi-sudikanlah singgah dan menjengah kat blog baru ye! Kalau korang sedang mencari-cari ilmu tentang keibubapaan dan semestinya tercari info tentang kesihatan korang mesti singgah punya!

Ini link blog baru kami ye


Love To Share With Others
AnieyYusoff

Monday 23 March 2015

Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil Buat Ibu Trauma

Pengalaman mengandung merupakan satu memori yang indah. Tetapi mengalami kejang kaki sepanjang kehamilan merupakan satu perkara yang agak memeritkan bukan? Boleh trauma dibuatnya.

Banyak betul dugaan ibu2 ni. Inilah tanda besarnya pahala Allah nak bagi pada kita. Lepas masalah kejang kaki waktu mengandung mesti korang akan alami masalah seperti ibu kat bawah ni pulak selepas bersalin sekiranya tak ubah jugak tabiat makan tu. Kenapa dengan ibu dan anak-anak dia ni?




Kejang kaki boleh trauma sebabnya tengah best tidur lena tiba-tiba kita terkejut dengan rasa sakit yang amat mengilukan. Betis terasa tegang sekali. Menjerit la jugak panggil suami kan? hihihi... Berlarutan selama beberapa minit.  

Mengapa Kejang Otot Berlaku Semasa Hamil?

Kejang betis atau kejang otot adalah masalah yang biasa dialami semasa hamil dan ia biasanya berlaku dalam trimester ke 2 dan ke 3. Ia berlaku disebabkan pengumpulan asid di dalam serat otot yang membuatkan otot anda menjadi kejang.




Kekejangan otot berlaku adalah disebabkan beberapa faktor :
  • kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan anda
  • uterus (rahim) wanita hamil yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan ini memberi kesan kepada otot kaki
  • berdiri sepanjang hari juga boleh menyebabkan otot kaki kita keletihan umpama orang bersukan dan berlari
  • sering berlaku pada trimester ke 2 apabila rahm semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah mendapat kekejangan

Cara Mengatasi Kekejangan Otot

1. Cara paling terbaik adalah dengan merehatkan otot kaki. Kurangkan berdiri dalam masa yang lama kerana ia boleh memberikan ketegangan pada otot kaki

2. Semasa kejang kaki menyerang, dengan perlahan-lahan cuba luruskan kaki ke lantai dan menggerakkan jari-jari kaki

3. Urut perlahan-lahan otot yang tegang

4. Minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi

5. Mandi dengan air suam sebelum tidur untuk membantu melancarkan perjalanan darah

6. Letakkan tuala suam di atas betis sebelum tidur

Bagaimana Ostematrik Shaklee Membantu Melegakan Kejang Kaki?

Ostematrik Shaklee amat membantu dalam mengurangkan kejang otot kerana ia tablet lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D dan mineral lain yang baik dalam merehatkan saraf dan otot.



Kurangkan trauma kejang kaki ibu hamil sekalian dengan pengambilan Ostematrik setiap hari. 

Untuk mendapatkan ostematrik anda hubungi :


Aniey Yusoff
sms/wasap 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
FB Page : Nikmat Hidup Sihat
COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai

Sunday 22 March 2015

Awas! Bahaya Gout ~ Penghidap Berisiko Sakit Buah Pinggang

Sakit gout ni kalau menyerang memang kesian tengok kat pesakit tu menanggung kesakitan sampai tak boleh berjalan.

Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hilang. 




Asid Urik

Gout terjadi akibat gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut.

Asid urik adalah bahan hasil daripada pemecahan sel2 matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. 

Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien purina. Protien ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian asid amino pula akan diuraikan menjadi asid urik.

Gout Berisiko Penyebab Sakit Buah Pinggang

Sakit gout dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang kerana kekerapan pesakit mengambil ubat tahan sakit akan mengundang bahaya pada buah pinggang.

Jika buah pinggang gagal berfungsi ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang akan disingkirkan melalui air kencing dan najis. 

Kesannya lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Dan akhirnya pesakit gout juga akan mengalami sakit batu karang. 


sumber gambar : nature.com

Simptom Sakit Gout


  • gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • serangan selalunya terjadi secara tiba-tiba
  • sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari

Langkah Pencegahan

Ubah cara hidup kita untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan juga cara hidup yang sihat untuk mengelakkan dari menghidap penyakit yang berhubung kait dengan gout.

Elakkan dari memakan makanan seperti hati, paru, ginjal, ikan bilis, ikan kembung, sardin, ketam, udang dan kerang.



Rujukan : http://www.webmd.com/arthritis/gout-severe

Aniey Yusoff
sms/wasap 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
FB Page : Nikmat Hidup Sihat
COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai






Wednesday 18 March 2015

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..saya kini join segmen ni. Pertama kali join segmen macam ni. Syukur tengah blogwalking Allah lorongkan hati untuk tahu tentang segmen ni. Sesuatu yang bermanfaat apa salahnya kita sebarkan kan?

Objektif utama segmen ini ialah untuk mengwar-warkan pada orang luar tentang hajat sekolah ini INGIN MEMBINA SURAU MEREKA SENDIRI. InsyaAllah dengan tersebarnya segmen ini di alam maya, diharapkan ramaiiii umat di Malaysia ini akan mengetahuinya. Mana tau ada insan-insan yang bermurah hati setelah membaca berita ini.

Untuk detail dan join boleh klik pada banner ni.



"Ada tujuh jenis amal yang akan terus mengalir pahalanya untuk orang yang sudah meninggal dunia di alam kubur. Tujuh amal itu adalah mengajarkan ilmu agama, membuka aliran sungai ataupun membuat tali air, menggali perigi, menanam pokok kurma ataupun pokok yang berbuah, membina masjid, mewariskan Al-quran dan meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa bagi memohonkan keampunan untuknya" (Hadith direkodkan oleh Al-Bazar)

Jom kita sebarkan kebaikan agar ramaiii orang dapat membeli saham akhirat.

Hidup hanya sekali. Sama2 kita jadikan hidup kita ke arah yang bermanfaat.

Salam Sayang, 
AnieyYusoff


Friday 13 March 2015

Cara Menguruskan Tekanan Hidup Agar Sentiasa Gembira Dan Bahagia

Alhamdulillah...dan Assalamualaikum

Sesiapa yang membaca kalimah Hamdalah akan mendapat segala faedah dan fadilat serta keuntungan yang besar, berkat nikmat yang terkandung di dalamnya. 

Kalimah Hamdalah adalah satu ucapan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah sebagai rasa syukur dan terima kasih atas sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya.

Ucapkanlah Alhamdulillah yang bererti "segala puji bagi Allah"

Sekiranya kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau nak cerita tentang tekanan dalam hidup masya Allah setiap hari tak tersenarai. 




Kita akan jadi lebih bijak andai pandai menguruskan stress.

Tips di bawah ni amat berguna agar kita sentiasa tenang menghadapi setiap tekanan.

1. Bangun Tidur Dengan Mengingati Allah

Bersyukur kerana Allah masih menghidupkan kita pada hari ini. Bermohon doa kepada Allah agar Allah sentiasa memberikan kita hati yang selalu dekat Padanya. Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

2. Mulakan Sesuatu Dengan Bismillah

Bila bangun sahaja dari tidur baca Bismillah, semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang selalu membuat kita lalai, marah, letih, bersyak wasangka buruk dan malas. 

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Bermotivasi

Awal2 pagi cuba kita ambil sedikit masa untuk motivasikan diri sendiri. Boleh juga menonton kuliah2 agama atau kata2 motivasi di TV atau youtube. Jika kesempatan lagi bagus menghadirkan diri ke ceramah2 ilmu di masjid2 atau mana2 pusat ilmu. Penuhkan jiwa rohani dengan ilmu. Kesannya kita akan jadi lebih bersemangat, rajin dan sentiasa positif


Contoh macam dalam video ni. Nikmat yang mana kita mahu dustakan lagi.




4. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan


Sebelum tidur maafkan semua orang. Maafkan segala kesalahannya. InsyaAllah hati akan tenang, jiwa akan bersih dari dendam, cemburu, iri hati, rasa riak dan sakit hati.

5. Terapi Diri Dengan Melihat Warna2 Yang Tenang

Pengaruh warna dapat memainkan mood yang baik. Warna terang dan lembut akan membuatkan kita ceria, penuh semangat dan tenang. 

~suka tengok warna hijau pokok yang disimbahi cahaya matahari pagi~

6. Amalkan Membaca Zikir Al-Mathurat

Al-mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

7. Elakkan Marah

Marah adalah tanda mental yang tidak sihat dan amat dekat dengan syaitan. 

Semoga kita menjadi insan terhebat yang sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.

Semoga bermanfaat,
AnieyYusoff

Saturday 7 March 2015

Rahsia Ibu Yang Kekal Cergas Walau Bekerja 7 Hari Seminggu

Sememangnya kerjaya sebagai seorang ibu amat mencabar. Betul tak ibu-ibu hebat sekalian? Kitalah tulang belakang kepada keluarga kita kan. Menguruskan anak-anak, rumahtangga serta kerjaya hakiki sememangnya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan menuntut emosi yang tinggi.

Seawal sebelum subuh lagi bangun menyediakan sarapan. Menyiapkan anak dan menghantar mereka ke sekolah. Cuba sehari tu kita sakit belakang atau sakit kaki ke, sakit sendi tangan ke atau terlampau penat nak uruskan keluarga agak2 apa akan terjadi? 

Kain menggunung tak berlipat, lantai melekit, anak tak terurus, dapur bersepah..betul tak?



Rutin saya sebagai WAHM setiap hari memang menuntut kecergasan yang maksimum. Menguruskan bisness online di samping menguruskan rumahtangga bersama 3 anak yang masih kecil amat memenatkan dan membuatkan segala sendi rasa seperti nak tercabut. Tapi alhamdulillah saya mampu menguruskan semuanya dengan baik.

penat melayan karenah anak?

Eh..rupanya bukan saya sorang sahaja yang mampu cergas buat kerja rumah. Cuba tengok apa rahsia kakak ni boleh buat apa saja yang dia suka sampai suami makin sayang la 

Setiap pagi saya mesti pastikan saya bersarapan dengan segelas ESP yang membantu saya memberikan tenaga segera untuk kekal cergas. Disertai dengan mengambil Vitalea, omega dan Ostematrik sebelum tidur untuk kesihatan sendi dan otot.

Hanya dengan langkah mudah begini saya mampu menjadi ibu yang boleh buat semua kerja la. 

Ibu-ibu yang sentiasa penat melakukan kerja rumah dan selalu stress TAPI tak nak dah keadaan ini berterusan boleh berhubung dengan saya. Kita sama-sama jadi ibu hebat! Mau?

Salam Sayang,
Aniey Yusoff ~ 013.777.3122

Thursday 5 March 2015

8 Perkara Penting Wajib Dilakukan Sekiranya Berpantang Sendirian

Macam-macam perkara jenayah yang menakutkan berlaku sejak akhir-akhir ini. Kejadian seorang wanita mati dibunuh ketika masih dalam pantang amat menakutkan para ibu yang dalam situasi yang sama. 


Saya percaya disebabkan atas faktor-faktor tertentu, kita ibu-ibu ni terpaksa berpantang sendirian. Saya sendiri sebelum ini 2 kali berpantang sendirian. Selalunya kita berpantang mak yang jaga kan? Tapi saya, mak sudah meninggal sewaktu 8 bulan mengandungkan anak sulung lagi iaitu 7 tahun lepas. Mak mertua pula semakin berusia dan saya tidak mahu menyusahkan dia. Jadi bermula dari sini saya memang berpantang sendirian. 

Berpantang sendirian bermaksud suami telah kembali bekerja setelah seminggu cuti. Maka sepanjang waktu bekerja memang tinggal di rumah keseorangan. Tapi saya bernasib baik mempunyai jiran-jiran yang baik. Itulah pentingnya bersilaturrahim sesama jiran. 

Perkara Penting Yang Wajib Ibu Pastikan :

1. Sewaktu dalam tempoh berpantang jangan sesekali bersendirian di waktu malam. Jika suami balik lambat minta jiran atau kawan terdekat atau saudara temankan. Pesan orang tua, ibu dalam pantang masih lemah fizikal dan mental.

2. Sentiasa berhubung dengan orang terdekat contohnya jiran kita lah. Kalau jiran pun tak ada boleh berhubung juga dengan saudara mara dan suami. Ini supaya diaorang sentiasa dalam prihatin. Kot tetiba ada emergency dan diaorang pulak tak jawab telefon atau reply mesej.

3. Sila simpan no telefon balai polis yang berdekatan

4. Pastikan kredit telefon dan bateri sentiasa ada. Ok, saya pernah kehabisan bateri telefon dan waktu tu pulak black-out. Masa ni belum kenal power bank ke apa bank lagi. Baby pulak meragam dan saya tidak dapat memasak. Hanya makan biskut sahaja. Sangat lapar dan stress. Jadinya saya tak dapat nak telefon mak mertua supaya hantarkan makanan. Ini juga amat penting apabila ada keadaan mencurigakan memudahkan kita untuk berhubung dengan Pihak Polis.

5. Pastikan bekalan makanan segera (bukan maggi atau makanan merapu) seperi Brahim sentiasa ada bekal di rumah. Supaya kita dapat menyediakan makanan dalam masa yang singkat. Dan selebihnya kita boleh berehat.

6. Sebelum suami pergi kerja suruh dia pastikan semua tingkap dan pintu dikunci  sempurna. 

7. Sekiranya anda mempunyai kereta pastikan kunci kereta sentiasa berada berdekatan supaya bila kita curiga tentang sesuatu cepat-cepat bunyikan alarm kereta.

Kunci ni siang malam ada bersama senang nak bunyikan alarm kalau ada apa-apa berlaku

8. Sentiasa bertawakkal dan ingatkan Allah selalu. Berdoa dan letakkan sepenuh penjagaan padaNya kerana hanya Allah yang sebaik-baik penjaga.

Tak dinafikan, berpantang sendiri memang agak menakutkan. Sebabnya sekiranya apa-apa berlaku kita masih belum kuat untuk berbuat apa-apa bersama dengan baby lagi. 

Masa tengah tempoh berpantang saya dulu ada satu kes iaitu cubaan merogol ibu dalam pantang dan menculik baby. Memang amat takut tapi saya sentiasa berdoa mintak dijauhkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Alhamdulillah berpantang anak ke 3  dua tahun lalu saya mampu menguruskan semuanya dengan baik. Berpantang dengan baby dan dua anak yang masih kecil memang menuntut kesabaran yang tinggi dan pengurusan stress yang betul. Kalau tak boleh pengsan dan bentan agaknya.

Mungkin jugak sebab saya amalkan Set Bersalin Shaklee. Amat penting ibu mengambil supplement ni sebab pemakanan kita pun tak menentu jadi dengan nutrisi tambahan ni  dapat membantu badan kembali sihat. Sebelum ni saya sampai demam bentan sebab terlampau penat berpantang sendiri tapi kali ini alhamdulillah semua terurus. Stress juga kurang. Luka jahitan cepat sembuh dan saya sentiasa rasa bertenaga sepanjang hari. 

Selain mengambil supplement ni, saya juga bertungku sendiri. Bila baby tidur, saya akan mula bertungku di bahagian rahim untuk mengecutkan peranakan.

Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu kan demi anak-anak tercinta. Jadi ibu-ibu, sentiasa pastikan kita cepat sihat dalaman dan luaran supaya dapat jadi supermom!

Salam sayang,
Semoga Bermanfaat

AnieyYusoff ~ 013.777.3122








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...