Sakit gout ni kalau menyerang memang kesian tengok kat pesakit tu menanggung kesakitan sampai tak boleh berjalan.
Asid Urik
Gout terjadi akibat gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut.
Asid urik adalah bahan hasil daripada pemecahan sel2 matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati.
Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien purina. Protien ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian asid amino pula akan diuraikan menjadi asid urik.
Gout Berisiko Penyebab Sakit Buah Pinggang
Sakit gout dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang kerana kekerapan pesakit mengambil ubat tahan sakit akan mengundang bahaya pada buah pinggang.
Jika buah pinggang gagal berfungsi ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang akan disingkirkan melalui air kencing dan najis.
Kesannya lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Dan akhirnya pesakit gout juga akan mengalami sakit batu karang.
Simptom Sakit Gout
- gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
- serangan selalunya terjadi secara tiba-tiba
- sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari
Langkah Pencegahan
Ubah cara hidup kita untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan juga cara hidup yang sihat untuk mengelakkan dari menghidap penyakit yang berhubung kait dengan gout.
Elakkan dari memakan makanan seperti hati, paru, ginjal, ikan bilis, ikan kembung, sardin, ketam, udang dan kerang.
Rujukan : http://www.webmd.com/arthritis/gout-severe
Aniey Yusoff
sms/wasap 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
FB Page : Nikmat Hidup Sihat
COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai
No comments:
Post a Comment