Dan tahukan anda juga sekiranya anda memang anti barangan US anda sepatutnya tidak menggunakan barangan seperti komputer, Android, software, microsoft, Apple, tesco, carrefour, FB, google, yahoo dan banyak lagi termasuk yang famous McD dan KFC kerana semuanya adalah keluaran dari sana. Ini belum termasuk barangan keluaran Belanda dan Denmark, negara yang menghina Nabi melalui karikaturnya.
Banyak kan barangan keluaran yahudi dan tak mungkin kita mampu untuk 'membuang' semua barangan keluaran yahudi dari keperluan kita. Antara fenomena yang sering saya lihat di kalangan rakan-rakan di pejabat atau di mana-mana saja. Bila perang sedang hangat diberitakan mula la diaorang sibuk untuk memboikot apa-apa produk yahudi tanpa mereka sedar yang mereka bekerja juga menggunakan komputer, microsoft dan sofware yahudi. Mulalah memboikot McD tak boleh makan tapi menariknya bila ada orang nak belanja makan McD laju jer pergi. Katanya rezeki jangan ditolak dan bila tiba time promosi contohnya beli burger McD 2 percuma 1..haa yang tang percuma laju jer nak. Katanya sebab tak payah bayar jadi tak menyumbang..hurmm...dalam apapun yang kita lakukan, lakukanlah secara berterusan dan istiqomah dan tetaplah pada pendirian anda. Bukan boikot bermusim. Musim perang boikot, perang reda habis boikot. Kalau nak boikot silakanlah itu hak anda tapi biarlah boikot tu selama-lamanya.
Hukum Membeli Produk Yahudi
Credit:kemusykilan.islamgrid.gov.com
Apakah hukum membeli produk keluaran Yahudi? Dan macam mana kalau ianya ada tanda halal JAKIM tetapi keluaran yahudi adakah ia dianggap halal juga? Produk ada tanda halal JAKIM tetapi keluaran Yahudi. Macam mana tu?
Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berjual-beli) dengan Yahudi Khaibar. Nabi Muhammad dan Abu Bakar pernah memberi upah kepada salah seorang dari Bani Dil sebagai penunjuk jalan dan menghantar Nabi SAW dan Abu Bakar ke Madinah. Antara contoh yang lain, Saidatina Aisyah pernah mengirim utusan kepada orang Yahudi untung membeli pakaian darinya dengan pembayaran yang ditunda, tetapi orang yahudi tersebut menolaknya. Bukti ini menunjukkan bahawa Islam mengharuskan urusan muamalah dengan orang kafir.
Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah halal dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir.
Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.
Terpulang pada diri kita sendiri. Sekian. Wallahua'lam
perlu boikat produk Amerika/Yahudi dan sekutunya jika produk 2 ada orang Islam yg jual...seperti produk kesihatan ada dua golongan pengeluar, Islam dan kafir...Jadi kita sebagai org Islam perlu menyokong produk Islam.klu org Islam sendiri xnk sokong,siapa lg ?
ReplyDeletekita beli dan jual produk Islam,kita membantu ekonomi orang Islam.
kita beli dan jual produk kafir ,kita membantu ekonomi orang kafir.
Perlu difahami jika produk tu tiada orang Islam yang cipta/jual seperti komputer, Android, software, microsoft, Apple,FB, google, yahoo...Umat Islam xperlu boikot kerana tiada pilihan lain.
memang tak mungkin kita mampu untuk 'membuang' semua barangan keluaran Amerika/Yahudi dan sekutunya dari keperluan kita...tetapi jika kita ada pilihan kita boleh boikot seperti produk kesihatan,masih banyak lg produk kesihatan keluaran muslim yg berkesan.
McD dan KFC umat Islam mampu boikot kerana ada RFC (Radix Fried Chicken) https://www.facebook.com/RadixFriedChicken dan banyak lagi makanan halal...klu x makan McD dan KFC umat Islam masih boleh hidup.
Jadi pendapat saya kita memang x boleh boikot semua produk Amerika/Yahudi dan sekutunya tetapi jika ada pilihan produk Islam lebih baik kita beli dan jual produk Islam.contohnya produk kesihatan.
Produk yg tidak ada orang islam cipta/jual tu, umat islam xperlu boikot sbb tiada pilihan lain.
Alhamdulillah...terima kasih atas komen yg membina. Syukur penawar Allah juga amat luas dan ada di mana2. Habis ikhtiar berubat dengan pelbagai cara tetapi tidak ditemukan jalan sembuh. Berikhtiar berubat dengan supplement shaklee Alhamdulillah Allah bagi asbab sembuh melaluinya. Syukur dapat bantu orang memiliki kehidupan yang sihat. Daripada nk kena potong kaki kena diabetes tapi tak jadi potong. Daripada lumpuh sebab strok akhinya dapat berjalan. Pembuatan shaklee juga semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan dari alam ciptaanNya juga. Diserap dengan kehebatan sains tujuannya bagi membantu ramai orang memperoleh manfaat darinya. Nikmat syukur dengan asbab shaklee Allah berikan kesembuhan dari penyakit. Itulah kesyukuran sebenar dalam berkongsi kebaikan shaklee..Alhamdulillah..
Delete