Ada tak suri-suri atau ibu-ibu yang ada masalah seperti saya iaitu tangan berasa pijar atau 'panas tangan' selepas memotong cili atau mengambil makanan yang bercili?
Orang kata kepedasan cili mengikut rupa cili kering tu sendiri |
Bila tangan terasa pijar Allah je yang tau rasanya. Tambah-tambah kalau mempunyai anak kecil. Memang satu situasi yang tidak menyelesakan.
Lagaknya umpama terbakar tangan perasaannya kan.... |
Apa yang selalu saya lakukan untuk mengurangkan rasa pijar ialah dengan melumurkan tangan tadi dengan minyak masak. Arwah mak yang bagitau dulu. Tunggu sekejap dan insyaAllah rasa pijar tadi beransur hilang.
Satu lagi cara ialah dengan memakai sarung tangan plastik tu tapi saya memang tidak selesa pakai tu, melambatkan kerja hihihi
Cuba la buat insyaAllah cepat hilang rasa pijar tu. Senang nak buat kerja. Jadinya kerja nak potong cili bukan lagi sukar kan?
Aniey Hidup Sihat
No comments:
Post a Comment