Wednesday, 17 July 2013

MASALAH GASTRIK DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Assalamualaikum..Selamat Sejahtera

Memandangkan kita dalam bulan puasa, hari ini saya nak bercerita mengenai sakit gastrik atau orang kampung selalu panggil 'sakit angin'. Bila urut-urut sikit mula sendawa. Haa angin la tu.. Selalu bulan puasa memang ramai yang ada masalah gastrik..gastrik betul ye..bukan trick nak elak puasa..


Oowh...saya pernah sekali kena gastrik. Sakit sampai tergolek-golek, pening dan rasa nak muntah je. Nak bangun pun tak boleh. Saya tak tahu pun kena gastrik. Last-last pegi hospital la jawabnya. Macam tu rupanya kalau kena gastrik. Sejak dari hari tu memang jaga makan, makan ikut masa. Tak nak dah kena gastrik ni.


Gastrik adalah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut tersebut. Biasanya pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati. Pedih ini juga dikatakan merebak ke bahagian tengah dada yang menyebabkan rasa seperti 'terbakar' di bahagian tersebut. Pesakit juga boleh pening, loya dan muntah.


Gastrik terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.







Antara tanda-tanda penyakit gastrik :

  1. kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan 
  2. rasa loya, mual, sebu perut dan hilang selera makan
  3. muntah yang berwarna kuning
  4. sakit perut yang teramat sangat
  5. keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut
Gastrik Semasa puasa :

Semasa berpuasa tahap asid dalam perut akan meningkat berikutan ketiadaan makanan menyebabkan sakit gastrik lebih dirasai. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semulajadi berdasarkan tindak balas kimia. 

Orang yang menghadapi gastrik dimestikan supaya tidak mengabaikan sahur sebagai pembekal tenaga. 

Langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda menghidap gastrik :
  • elakkan dari perut kosong. Makan secara kerap dan teratur
  • banyakkan berehat
  • elakkan dari makan junk food seperti jeruk dan mee segera
  • elakkan minuman yang berkafein dan bergas
  • kurang dan elakkan makan makanan yang pedas dan yang boleh menyebabkan perut kembung
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis dan broccoli kerana kehadiran sulfur akan akan membentuk glutathione yang akan melindungi lapisan perut
  • tambahkan zinc dalam pemakanan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka 
Ambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan gastrik menjadi bertambah teruk!

Vitamin Shaklee dalam membantu menangani gastrik :

>> ESP - membaik pulih luka dalaman & menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat
>> Ostematrik - sumber kalsium yang bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut
>> Carotomax - membantu memelihara membran mukosa perut dan usus
>> Zinc Complex - menggalakkan dan mempercepatkan pemulihan segera 
>> Omega Guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser

Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat!


Dapatkan Sekarang! Jangan malu-malu
Hubungi : 013-7773122 - sms/whatsapp
Emel : aniey434@yahoo.com

Atau boleh didapati dengan pembelian sendiri tanpa melalui pengedar!

Hanya klik ------->>ORDER SET GASTRIK

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

7 comments:

  1. Setiap penyakit ada penawarnya...dan Allah telah janjikan didlm alquran kecuali mati...saya pengidap gastrik angin dua thn lps...lps cuba produk forever living aloevera gel,dan artic sea dan bee pollen saya dah sembuh sepenuhnya dgn izin Allah..alhamdulilah...produk ni dah 30thn dimsia tp ramai yg xtahu..dan bkn sahaja dimsia malah di157 ngr termasuk tanah arab...produk ni sgt natural krn berasaskan aloevera n pemakanan sunnah spt madu,zaitun,delima dsb...utk mndpt kesembuhan kita perlu penawar dan konsep rawatan yg btul..kita kna thu punca penyakit n cara merawatnya..80% punca penyakit adalah berpunca dr usus yg kotor..rasullulah saw tlh bersabda setiap penyakit berpunca dr perut...jd sebab itu kita perlu cuci.usus kita sb segala penyakit berpunca dr situ..jd cucilah usus kita dgn aloevera gel dan didlmnya mengandungi sejenis bhn yg dipanggil seponin iaitu sejenis sabun yg boleh mencuci dinding usus kita dan menyahtoksin yg melekat pd dinding usus kita...bila usus bersih bru zat makanan yg kita mkn dpt diserap kedinding usus kita n meningkatkan sistem imun kita dan menjadikan badan kita bertenaga sepanjang msa.berminat ttg produk sila whatsapp saya dino 0148111556 en lan

    ReplyDelete
  2. Setiap penyakit ada penawarnya...dan Allah telah janjikan didlm alquran kecuali mati...saya pengidap gastrik angin dua thn lps...lps cuba produk forever living aloevera gel,dan artic sea dan bee pollen saya dah sembuh sepenuhnya dgn izin Allah..alhamdulilah...produk ni dah 30thn dimsia tp ramai yg xtahu..dan bkn sahaja dimsia malah di157 ngr termasuk tanah arab...produk ni sgt natural krn berasaskan aloevera n pemakanan sunnah spt madu,zaitun,delima dsb...utk mndpt kesembuhan kita perlu penawar dan konsep rawatan yg btul..kita kna thu punca penyakit n cara merawatnya..80% punca penyakit adalah berpunca dr usus yg kotor..rasullulah saw tlh bersabda setiap penyakit berpunca dr perut...jd sebab itu kita perlu cuci.usus kita sb segala penyakit berpunca dr situ..jd cucilah usus kita dgn aloevera gel dan didlmnya mengandungi sejenis bhn yg dipanggil seponin iaitu sejenis sabun yg boleh mencuci dinding usus kita dan menyahtoksin yg melekat pd dinding usus kita...bila usus bersih bru zat makanan yg kita mkn dpt diserap kedinding usus kita n meningkatkan sistem imun kita dan menjadikan badan kita bertenaga sepanjang msa.berminat ttg produk sila whatsapp saya dino 0148111556 en lan

    ReplyDelete
  3. Good sharing..Ikuti tips berpuasa khas utk pesakit gastrik

    http://hairunissajopri.blogspot.com/2015/06/tips-berpuasa-bagi-orang-gastrik.html?m=1

    Nissa
    0193584312

    ReplyDelete
  4. Good sharing..Ikuti tips berpuasa khas utk pesakit gastrik

    http://hairunissajopri.blogspot.com/2015/06/tips-berpuasa-bagi-orang-gastrik.html?m=1

    Nissa
    0193584312

    ReplyDelete
  5. kena kurangkan makanan pedas la lepas ni

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Gastrik boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa ketika bulan Ramadan.Baca Tips Mencegah Masalah Gastrik Di Bulan Puasa. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...