Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan menonjol dan kadangkala pecah apabila meneran. Selain bengkak pada bahagian dubur pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Buasir Dalaman
~ lazimnya tidak berasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum
~ tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan
Buasir Luaran
~ mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur
~ jika buasir ini tesepit (terputus bekalan darah) bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit
~ apabila salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkankan sepenuhnya
~ buasir akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding sebelumnya
Terdapat 4 tahap yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir iaitu :
Tahap 1 - berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
Tahap 2- disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)
Tahap 3 - keadaan yang sama seperti tahap 2 tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal
Tahap 4 - darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur
Antara penyebab terjadinya buasir adalah :
- duduk untuk jangka masa yang lama
- mengandung atau bersalin
- meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- batuk yang teruk
- mengangkat berat
- pengamalan seks melalui dubur oleh golongan homoseksual
- regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
- cirit-birit yang kronik
- kurang mengambil makanan berserat dalam diet harian
Bagi mengelakkan terjadinya buasir sentiasa amalkan perkara-perkara berikut :
- minum air sekurang-kurangnya 1.5L hingga 3L setiap hari
- hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda
- jika pekerjaan memerlukan untuk anda selalu duduk, sekali-sekala anda perlu bangun berjalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Sentiasa bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum
- jangan amalkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas
- amalkan pemakanan yang tinggi serat, lebihkan sayur dan buah-buahan agar najis sentiasa lembut
- elakkan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol)
- dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit
- segera berjumpa doktor sekiranya berlaku pendarahan
Aaa duduk lama dalam tandas pun boleh sebabkan buasir ye...saya selalu tengok ada orang bila nak masuk tandas mula mencari bahan bacaan seperti majalah atau surat khabar untuk membaca di dalam tandas..jangan selalu amalkan ye..hihi
Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah buasir :
1) Omega - baik untuk sendi dan otot, membantu mengecutkan otot yang bengkak
2) Ostematrik - membantu mengurangkan sembelit, melancarkan pembuangan air besar dan memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur
3) Zinc - membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat
4) Meal shakes - kaya dengan serat untuk membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah sembelit
Awas! buasir yang yang tidak dirawat boleh menyebabkan anda menjalani pembedahan. Cegah sebelum ia melarat!
Ingin dapatkan vitamin shaklee?
Hubungi : 013-7773122 (aniey yusoff)
Konsultasi berterusan diberikan
Tunggu apa lagi!
Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat
HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE
Setuju dengan penulis, cegahlah buasir sebelum melarat
ReplyDelete