Assalamualaikum..semua!
Sebut sahaja tentang tidur terbayang waktu untuk kita merehatkan minda, otak dan juga badan setelah seharian penat bekerja. Terbayang katil dan bantal yang empuk...TAPI! agak-agaknya boleh ke kita tidur lena apabila pasangan kita atau rakan serumah kita berdengkur?? Sebelum tido dah NIGHT MARE kan!
Macam ni!!!
Night Mare?? |
Maafkanlah mereka yang berdengkur agaknya mereka ni tak sedar yang bunyi dengkur mereka seperti 'enjin turbo' itu mengganggu tidur orang lain. Saya selalu fikirkan yang berdengkur itu adalah disebabkan kepenatan yang terlampau tetapi sebenarnya dengkur terjadi disebabkan wujudnya halangan pada salur pernafasan, juga mungkin disebabkan tidur dalam posisi yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Dari terus mengganggu tidur orang lain, apakata kita cuba kurangkan masalah itu. Lama-lama boleh bawak penyakit pulak kan?
Antara cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah berdengkur :
1. Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur
Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang lidah tertarik kebelakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur secara mengiring. Alaskan kepala dengan bantal atau lengan bagi melancarkan pernafasan. Mengiring ke kanan lebih afdal
2. Turunkan Berat Badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.
Jadi, Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut bekurangn.
3.Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Sila selalu tukar cadar ye! Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih
4. Hindari Ubat Penenang atau sedatif
Apapun jenis penenang, samaada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf dan seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
5. Hidu Wap Air Sebelum Tidur
hidung tersumbat juga salah satu sebab berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk hilangkan lendir yang menyumbat hidung. Bila lendir hilang kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
6. Kurangkan Merokok
Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak dari makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan
7. Minum Air Secukupnya
Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur
Pasangan kurang berdengkur maka dapatlah kita tidur lena...ye dak? hihi
Selepas amalkan semua-semua di atas tapi pasangan anda masih berdengkur maka anda WAJIB beli OSTEMATRIK SHAKLEE...hihi nak bagi anda pulak tidur lena. Tak adalah dengar orang sebelah berdengkur kuikuikui
Jom ketahui kenapa saya syorkan Ostematrik shaklee?
Semasa kita tidur, otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan bekerja pada esok hari dan magnesium diperlukan untuk bekerja dengan kalsium bagi membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu otot untuk mengecut dan magnesium pula membantu otot untuk relaks. Bermakna tanpa kalsium otot tidak boleh berehat selepas mengecut yang membawa kepada tidur yang tidak lena dan kekejangan otot juga akan berlaku.
Antara kebaikan Ostematrik :
1. bantu tidur lena sepanjang malam
2. mengurangkan rasa sakit-sakit badan seperti sakit pinggang, sakit bahu, lenguh-lenguh kaki
3. melawaskan sistem penghadaman
4. badan terasa lebih bertenaga apabila bangun keesokkan harinya
5. mengatasi masalah kejang kaki pada ibu hamil
Nah..ini rupa Ostematrik. Bukan sekadar kalsium..dengan formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetegah mineral.
Dah tau sebabnya..mana nak cari lagi kalsium dengan lengkap semua mineral di dalamnya.
Nak beli? Nak tanya apa-apa?
Contact je no ni
Aniey Yusoff - 0137773122