Friday, 2 August 2013

JOM KITA MEMPELAJARI TEKNIK MARMET

Selain daripada menggunakan pam bagi mengumpul susu perahan, tahukah anda yang kita juga boleh melakukannya secara manual. Tanpa memerlukan kos, hanya menggunakan tangan sebagai alat untuk memerah payu dara. Teknik inilah yang dikenali sebagai Marmet. 

Mungkin bagi setengah orang teknik marmet ni menyusahkan dan dipandang remeh sahaja. Tapi dengan teknik yang betul dan latihan berterusan kita akan sedar bahawa teknik ini bagus dan amat membantu kita dalam usaha mengumpul susu perahan tanpa perlu bergantung kepada pam payu dara. Ya betul! Saya akui teknik marmet ni amat bagus dan saya berpuas hati sebab 2 kelahiran yang lepas saya memang saya gunakan kaedah marmet ni. Masih lagi tengah mengumpul susu perahan sekarang ni untuk anak saya yang ke 3 berusia 3 bulan. Hanya dengan kaedah marmet ni. Saya dapat mengumpul susu perahan lagi banyak berbanding penggunaan pam.

Menyusukan si manja merupakan satu saat yang indah



Mengikut kajian dari pakar laktasi, sentuhan dari kulit ke kulit (tangan dan payudara) lebih efektif dalam meransang payudara untuk mengalirkan susu dengan lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan dari plastik itu. Lagi menarik, dengan teknik marmet anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam mahupun kulit di sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1
➳ 1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara)
memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6

➳ 2) tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

➳ 3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

➳ 4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan

➳ 5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

➳ 6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

➳ 7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara

Langkah 2
Melancarkan aliran susu

➳ 1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

➳ 2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu

sumber:pa&ma

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...