Saturday, 27 September 2014

Risiko Stress Pada Wanita!

Salam buat semua pembaca blog tak kira anda lelaki atau wanita, dewasa atau kanak-kanak tetapi kalau anda wanita, ibu, mak, kakak dan wanita yang bekerjaya anda WAJIB baca ni! SEBAB? Kita wanita adalah tulang belakang kepada keluarga dan juga mungkin anda adalah pekerja yang paling disayangi oleh majikan.

Ramai dalam kalangan kita tidak menyedari bahawa stres atau tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua terutamanya wanita bekerjaya. Tugasan dan tanggungjawab berganda sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu adakalanya menyebabkan wanita berhadapan dengan pelbagai masalah yang menyangkut perasaan dan emosi.

Sememangnya wanita dilahirkan sebagai seorang insan yang kuat. tekanan yang positif menjadikan kita lebih berhati-hati, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Namun, beberapa tekanan yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah serangan penyakit darah tinggi!




Antara punca utama yang menyebabkan masalah ini terjadi ialah :

Waktu Bekerja Yang Panjang

What? Overtime!! Kerja lebih masa sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu. Masalah ini jika berterusan ia akan mengundang keadaan tidak sihat bukan sahaja terhadap kesihatan tetapi juga mutu kerja. Selain itu, kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan terjejas dan mengakibatkan risiko terdedah kepada pelbagai penyakit

Tekanan Masa Dan Beban Kerja

Setiap pekerjaan mempunyai bebanan tugasan yang berbeza. Ia dipengaruhi oleh tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja (deadline) yang perlu disiapkan. Tambahan pula tanggungjawab lain yang perlu anda selesaikan sebagai seorang wanita mengundang kebosanan dan stres

Tekanan Persekitaran

Tekanan persekitaran merupakan ancaman yang menyebabkan anda berasa stres. Persekitaran fizikal seperti kualiti udara, pencahayaan, kebersihan, hubungan dengan rakan sekerja dan ruang bekerja boleh memberi kesan ke atas minda anda

Tanda-tanda stres ialah jantung anda berdegup dengan cepat, banyak berpeluh, risau dan bimbang, sukar untuk tidur, hilang selera makan, merasa murung, kecewa, gelisah dan sebagainya

Justeru apa yang perlu dilakukan oleh para wanita untuk mengelak dari stres dan risiko tekanan darah tinggi ini?

1. Bersenam Dengan Kerap

Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh. Bersenam boleh membantu seseorang mengawal selera makan dan membakar lemak yang membawa kepada penyakit di dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan rasa bimbang dan seterusnya menjauhi dari masalah ini


2. Rehatkan minda dan Tubuh Badan

Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang. Dapatkan khidmat pakar yang mahir dan bertauliah dalam teknik  pengurutan yang betul. Berurut juga mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stres. 

3. Kurangkan Pengambilan kalori

Tekanan darah dapat diatasi melalui amalan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang. Cara untuk mengelakkan penyakit ini ialah dengan mengurangkan pengambilan kalori dan mengimbangi berat badan dengan ketinggian. Pesakit juga perlu mengurangkan penggunaan garam di dalam makanan

4. Amalkan Diet Yang Seimbang

Masalah tekanan darah tinggi berkait dengan masalah kolesterol tinggi. Diet seharian amat peting untuk mengawal masalah ini. Elakkan mengambil makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut dan organ dalaman seperti hati dan paru. Pilih makanan yang sihat dengan melebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan, beras perang dan sayur-sayuran

Ayuh Wanita! Kita sihat demi keluarga tercinta! Nyahkan stress dari kamus hidup kita!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...