Assalamualaikum..
Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang soleh dan solehah, yang mendengar kata dan baik akhlaknya.
Tips yang saya kongsikan dari laman facebook Prof Dr Muhaya. Saya kongsikan agar dapat menjadi rujukan kita pada bila-bila masa akan datang.
Anak merupakan nikmat daripada Allah, kita sebenarnya memerlukan pertolongan Allah untuk mensyukuri nikmat Allah supaya tidak ada rasa bangga diri, riak atau sombong. Beberapa tips yang boleh diamalkan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat anak yang Allah berikan :
1. Ketika basuh beras kita niatkan " Ya..Allah lembutkanlah hati anak-anakku (sebut nama anak) untuk faham agamanya ", (kenapa nak kena faham agamanya kerana anak-anak yang tidak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka) sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Masa buat kerja ni hati jangan lalai dan ingat pada Allah selalu.
2. Pandang wajahya semasa tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cuba amalkan (ini umpama kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
3. Jika bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat di dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam barzakh nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga ada anak sepertinya.
6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini juga berlaku kerana kita TER..kata cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. (Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)
9. Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi jika tidak punya keperibadian yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Jika teringatkan anak tiba-tiba, kirimkan bacaan Al fatihah padanya. Sampai ke ayat " iyyakanakbudu waiyyakanastain" yang ertinya " Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongaan.." mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat itu, habiskan bacaan Al fatihah dan doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
Semoga bermanfaat untuk kita semua! Jom kita amalkan!
Aniey Hidup Sihat
Facebook : Tips Kebahagiaan Anak Dari Prof Dr Muhaya
No comments:
Post a Comment