12 May 2008 - 12 May 2014 genap 6 tahun pemergian arwah ibu. Di saat orang lain menyampaikan ucapan hari ibu buat ibu masing-masing saya hanya kekal dengan doa dan alfatihah sepanjang 6 tahun ini dan insyaAllah selagi hidup selagi itulah terus saya kirimkan doa buat ibu di sana. Semoga ibu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Alfatihah...
Saat seorang bayi dilahirkan juga maka lahirlah seorang ibu. Makanya saya adalah ibu, ibu dan ibu pada anak-anak saya hihihi. Amirah Alyaa, Ahmad Ahmad Noh, Siti Nur Aimy dan .. hurmm
Tiada apa yang seorang ibu mahukan dalam hidup selain nak tengok anak-anak dia membesar dengan sihat dan berjaya di dunia juga akhirat. Apa yang ibu mampu lakukan akan ibu lakukan demi nak tengok anak-anak ibu berjaya.
Pejam celik rupanya dah besar dah anak-anak ibu. Kakak Alyaa dah 6 tahun, abang Affan dah 4 tahun dan adik aimy pun dh 1 tahun. Sakit bersalinkan kakak alyaa pun masih terasa lagi. Begitu cepat masa berlalu. Tahun depan dah masuk darjah 1. Dah pandai tulis kad untuk hari ibu.
Terima kasih kakak. Ibu sayang kakak dan anak-anak ibu semuanya. Jadi kakak yang baik untuk adik-adik ye. Satu je pesan ibu buat semua anak-anak ibu. Sesekali jangan tinggal solat walau kat mana kita berada. Walau di mana bumi dipijak di situlah juga Islam dibawa. Solat dan Quran jangan sesekali tinggalkan.
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia!
Salam sayang buat semua!
~Aniey Yusoff~
No comments:
Post a Comment