Thursday, 8 May 2014

Mealshakes Shaklee Supplement Penambah Berat Badan

Salam Sayang semua!

Paling famous adalah orang-orang yang nak kuruskan badan kan. Agak kurang kedengaran malahan dalam 10 orang belum tentu kita dengar orang kurus yang nak tambahkan berat badan.

Hihihi..inilah nak diceritakan ni. Mealshakes kat rumah tu bukan sajer anak-anak saya yang makan malahan mak diaorang ni pun makan sekali gak. Saya ni kalau nak tau kecik comey jer orangnya hahaha. Dengan ketinggian 148cm berat selalunya dalam lingkungan 40-43 kg sahaja.

Wahh!! bestnya dengar kan!  ramai kata 'ko ni badan kecik jer makanlah apa saja pun bukan kisah pun badan naik ker tak' Saya ni kalau diikutkan BMI tak adalah dalam kategori 'underweight' masih normal lagi. Cumanya disebalik saya ni yang jenis makan je apa-apa tapi tak nak la termasuk makanan yang tak berkhasiat. Ishh...sayang ni kat badan saya tak kan nak bagi makanan tak berkhasiat lak kat dia.

Ada ker yang nak macam ni? Hihihi

Ok, cerita tentang 'underweight'. Istilah tentang 'kurang berat badan atau under weight' sebenarnya merujuk kepada seseorang yang mempunyai berat badan yang kurang dari sepatutnya berdasarkan umur, berat dan ketinggiannya. Ini formula untuk mengira 'body mass index' (BMI).

18.5 atau kurang - kurang berat
18.5 - 24.99 - Normal
25 - 29.99 - Overweight
30 - 34.99 - Obesiti (kelas 1)
35 - 39.99 - Obesiti (kelas 2 )
40 atau lebih - Morbid Obesiti

Mengikut jadual ni, kita akan dikira sebagai kurang berat badan jika BMI kita kurang dari 18.5. Individu yang kekurangan berat badan ini boleh jadi sihat atau mungkin berpenyakit. Jika berat badan berkurangan secara berterusan, dikhuatiri anda akan mengalami kekurangan zat badan (malnourished

Kekurangan berat badan ini selalunya menyebabkan kekurangan stamina dan lemah daya tahan imuniti. Kedua-dua ini akan menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti kuman dan mendapat penyakit. Ini kerana masalah kekurangan berat badan yang keterlaluan amat berkait rapat dengan masalah kekurangan nutrisi (micronutrient deficiencies). Mereka yang mengalami kekurangan nutrisi selalunya mengambil kadar  kalori yang rendah, sekaligus menghadkan penyerapan nutrisi penting seperti asid amino dan micronutrients yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imuniti badan melawan penyakit menjadi rendah.

Bahaya Jugak

Bagi wanita, kekurangan berat yang ketara boleh menyebabkan ketiadaan kitaran haids (amenorrhea) dan mungkin mengalami masalah jika wanita itu hamil. Kekurangan berat juga boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah), keguguran rambut, risiko kereputan tulang (osteoporosis) walaupun pada umur yang masih muda.

Untuk menambahkan berat badan, pengambilan lebih kalori melalui pemakanan amat perlu. Riadah dan bersukan juga amat penting untuk mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan. Semasa menentukan apa yang harus dimakan, kita perlu menitik beratkan bagaimana untuk mendapatkan nutrisi bukan pada 'kilogram' sahaja. 


Nampak kan? Bukan orang obesiti sahaja yang berisiko berdepan dengan penyakit malahan orang yang kategori kurus sebab tak cukup nutrisi juga berisiko besar. Oleh sebab fikirkan nutrisi yang penting itulah makanya saya pilih mealshakes shaklee

Perbezaan Mealshakes Shaklee

Mealshakes shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat dari bahan semulajadi, dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Nutrisinya lengkap! ada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Pembekal nutrisi kepada sel tubuh. Apabila sel-sel sihat barulah ia akan mencetuskan deria untuk makan. Sebab inilah mealshakes disyorkan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. 

Pertanyaan Lanjut boleh hubungi :
iR Aniey Yusoff 0137773122

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...