Setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti akan berdepan dengan masalah bengkak susu. Perkara ini terjadi selalunya pada awal tempoh berpantang. Pada waktu ini susu ibu akan dihasilkan dengan banyak sebagai persediaan untuk keperluan bayi.
Dari pengalaman saya yang sudah 3 kali berpantang, apa yang saya selalu lakukan setiap kali bengkak susu ialah saya akan kerap susukan baby. Bila baby tido lebih dari 2 jam saya akan kejutkan baby untuk menyusu, tapi biasanya baby dalam usia 0-3 minggu hanya menyusu dalam kuantiti yang sedikit.
Apabila payudara mula membengkak adalah amat mustahil untuk mula mengepam kerana keseluruhan payudara adalah keras dan terlalu sakit untuk dipegang apatah lagi untuk mengepam.
Saluran susu yang tersumbat |
Selain dari kerap menyusukan bayi tips berikut boleh diamalkan. Tips dan petua mengurangkan bengkak susu ini diberitahu oleh mak saudara saya dan juga dari bidan di kampung.
Antara tips yang boleh diamalkan adalah :
1. Menyikat Payudara
Ye..menyikat! Pakai sikat yang bergigi tu. Mungkin bunyinya pelik tapi ini adalah seperti yang diberitahu oleh ibu saudara saya. Menggunakan sikat yang bergigi besar dan dengan perlahan-lahan menyikat dengan lembut payudara keluar ke bahagian areola. Ini bertujuan melancarkan saluran duktus susu yg bersumbat. Boleh ulang-ulang lakukan setiap hari. InsyaAllah boleh membantu. Teknik ini juga dikenali sebagai "pressure massage"
2. Menuam Dengan tuala suam
Tuala kecil yang direndam dalam air panas kemudiannya ditekap di payudara. Sangat membantu melegakan bengkak. Boleh dilakukan sampai ibu-ibu merasa sedikit selesa. Semasa tuala dilekapkan di payudara boleh nampak susu akan mula keluar. Haba akan mencairkan sedikit susu yang membeku.
3. Menekapkan Payudara dengan Kobis
Menurut orang-orang tua kobis bersifat sejuk. Boleh dilekapkan 2 atau 3 helai daun kobis sebentar sehingga daun kobis sedikit layu. Cubalah!
4. Mengurut
Walaupun cara ini mungkin agak mengerikan kerana faktor kesakitan yang teramat tapi ia perlu dilakukan. Mengurut boleh dilakukan oleh orang yang bertauliah. Saya mengurut dengan bidan di kampung sahaja. Ia penting bagi melancarkan saluran susu yang tersumbat.
5. Mengambil Lecithin Shaklee
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3600-4800mg lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.
Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.
~ Kelly Bonyata ~ IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant)
sumber : Lecithin Treatment for Plugged Ducts

Bengkak susu tidak boleh dibiarkan berlanjutan untuk satu tempoh yang lama. Ibu-ibu mungkin akan terdedah risiko demam dan bentan. Adik ipar saya yang mengalami bengkak susu sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk membuang ketulan susu lama dan masam yang tersumbat. Sehingga pengeluaran air susu terpaksa dihentikan. Kesian kan...Jika dibiarkan lama besar risiko untuk ibu mendapat penyakit yang berbahaya.
Dapatkan sebotol Lecithin Shaklee Hari ini!
Sebotol Lecithin Shaklee Berharga RM52.50 untuk 180 biji
Hubungi :
Aniey Yusoff 0137773122
Dapatkan sebotol Lecithin Shaklee Hari ini!
Sebotol Lecithin Shaklee Berharga RM52.50 untuk 180 biji
Hubungi :
Aniey Yusoff 0137773122
No comments:
Post a Comment