Wednesday, 1 October 2014

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap Dan Termudah!

Amboiii..tajuk tak hengat hikhik. Tapiii bukan la nak memuji diri sendiri. Kalau la boleh bagi korang semua rasa kesedapan kek coklat ni. Eh tak pe, kalau nak tau betul ke tak kek ni sedap mesti kena cuba resepi.

Sejak bergelar WAHM ni tetiba timbul minat pulak nak membaking. Hihi saya ni dah 32 tahun hidup tapi seriusly memang tak reti satu apa pun ilmu baking tapi sebab NAK maka saya belajar!. Saya pegi cari kawan-kawan yang pandai membaking dan mintak tolong ajarkan sedikit ilmu diaorang kat saya. Cari blog-blog berkaitan mengenai kek dan belajar. Dari 0 ok! Saya memang tak reti huhu

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat (nak pakai serbuk koko pun boleh tapi sedap lg pakai serbuk coklat)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan di atas di ayak bersama

1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air panas
3/4 cawan susu pekat


Cara-cara

1. Larutkan gula bersama air panas. Kacau skit bagi larut
2. Masukkan susu cair, susu pekat dan minyak
3. Masukkan bahan yang diayak tadi
4. Kacau sampai sebati
5. Dalam bekas asing pukul telur dengan esen vanilla. Macam nak buat telur dadar tu
6. Masuk dalam adunan tadi dan kacau
7. Hehe siap dh. Tuang dalam loyang yang dah sapu marjerin sikit
8. Kukus! Dlm masa sejam (Nak bakar pun boleh tapi moist lagi yang kukus) kalau nak bakar suhu 160 selama sejam atau sampai kek masak!


Sebab terlajak suka dan anak-anak pun suka asyik buat kek coklat je hehehe

Untuk topping atas boleh la curahkan cairan coklat. Saya cairkan coklat dengan sedikit marjerin dan whipp cream secara double boil.

Selamat mencuba! Resepi biasa- biasa dari orang biasa tapi Gerenti menjadi hihi

Biarlah rupa tak brapa elok asalkan rasanya sedap hihi
makan dengan cheese leleh pulak hrmmmm terlajak sedap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...