Alhamdulillah...dan Assalamualaikum
Sesiapa yang membaca kalimah Hamdalah akan mendapat segala faedah dan fadilat serta keuntungan yang besar, berkat nikmat yang terkandung di dalamnya.
Kalimah Hamdalah adalah satu ucapan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah sebagai rasa syukur dan terima kasih atas sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya.
Ucapkanlah Alhamdulillah yang bererti "segala puji bagi Allah"
Sekiranya kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau nak cerita tentang tekanan dalam hidup masya Allah setiap hari tak tersenarai.
Kita akan jadi lebih bijak andai pandai menguruskan stress.
Tips di bawah ni amat berguna agar kita sentiasa tenang menghadapi setiap tekanan.
1. Bangun Tidur Dengan Mengingati Allah
Bersyukur kerana Allah masih menghidupkan kita pada hari ini. Bermohon doa kepada Allah agar Allah sentiasa memberikan kita hati yang selalu dekat Padanya. Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.
2. Mulakan Sesuatu Dengan Bismillah
Bila bangun sahaja dari tidur baca Bismillah, semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang selalu membuat kita lalai, marah, letih, bersyak wasangka buruk dan malas.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Bermotivasi
Awal2 pagi cuba kita ambil sedikit masa untuk motivasikan diri sendiri. Boleh juga menonton kuliah2 agama atau kata2 motivasi di TV atau youtube. Jika kesempatan lagi bagus menghadirkan diri ke ceramah2 ilmu di masjid2 atau mana2 pusat ilmu. Penuhkan jiwa rohani dengan ilmu. Kesannya kita akan jadi lebih bersemangat, rajin dan sentiasa positif
Contoh macam dalam video ni. Nikmat yang mana kita mahu dustakan lagi.
4. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Sebelum tidur maafkan semua orang. Maafkan segala kesalahannya. InsyaAllah hati akan tenang, jiwa akan bersih dari dendam, cemburu, iri hati, rasa riak dan sakit hati.
5. Terapi Diri Dengan Melihat Warna2 Yang Tenang
Pengaruh warna dapat memainkan mood yang baik. Warna terang dan lembut akan membuatkan kita ceria, penuh semangat dan tenang.
~suka tengok warna hijau pokok yang disimbahi cahaya matahari pagi~
6. Amalkan Membaca Zikir Al-Mathurat
Al-mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
7. Elakkan Marah
Marah adalah tanda mental yang tidak sihat dan amat dekat dengan syaitan.
Semoga kita menjadi insan terhebat yang sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.
Semoga bermanfaat,
AnieyYusoff
No comments:
Post a Comment