Monday, 22 July 2013

9 ORANG SITI YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera

Entry kali ni merupakan artikel yang sangat saya sayang sebabnya? Saya pun salah seorang yang bernama 'Siti". Hihi..Terima kasih mak dan ayah kerana telah memberikan nama ini pada saya. Mari sama-sama kita hayati kisah teladan 9 orang Siti yang hebat ini.

1) Siti Khatijah

Beliau merupakan isteri Rasullullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasullullah, setia, dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira'

2) Siti Fatimah

Anak Rasullullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karramallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasullullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

Beliau isteri Rasullullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasullullah. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh NAbi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu yang mithali)

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja

9) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah SWT



Gambar credit to  IluvIslam.com


Semoga kita dapat mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Amin...


HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...