Wanita selepas bersalin selalu diingatkan agar sentiasa menjaga diri dengan berpantang iaitu menjaga kesihatan diri demi mengelakkan dari terkena 'meroyan'.
Apakah meroyan?
Meroyan atau gila meroyan merupakan satu istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia dianggap sinonim dengan orang Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa ia juga turut menimpa wanita profesional. Meroyan juga dikenali sebagai kemurungan posnatum dianggap satu masalah yang biasa pada hari ini. Mengikut kajian seorang dari empat ibu menghidap penyakit ini.
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang. Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya.
kemurungan |
Antara tanda dan simptom meroyan adalah :
- perasaan putus asa
- bersalah
- amat letih
- muram
- sering menangis
- sunyi
- gelisah
- terperangkap
Meroyan biasanya berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu tetapi adakalanya ia bermula beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.
Apa yang menyebabkan meroyan ini terjadi?
- Mengikut kajian ia mungkin disebabkan tindakan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku di dalam badan
- sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil
- suami yang kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan
- masalah kewangan, kawasan tempat tinggal, kerja atau perhubungan yang tidak baik dengan jiran-jiran
- kelahiran yang bermasalah, rumit dan masalah kesihatan yang muncul selepas itu
- mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat dan memerlukan penjagaan rapi
- rasa sukar dan susah untuk menyusu badan
- mengingati perkara sedih yang berlaku dalam hidup anda seperti kematian salah seorang ahli keluarga
- kurang rehat
Mengikut kajian, wanita yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang banyak mendatangkan kesan positif kerana dapat menghilangkan tekanan pada wanita disamping mereka boleh berbual dengan orang lain sepanjang prosedur tersebut.
Tips mengelakkan dari meroyan
- banyakkan berehat
- makan makanan yang sihat dan seimbang
- buat senaman ringan
- bergaul dengan ibu-ibu lain
- sentiasa bersikap positif pada diri sendiri dan paling penting sentiasa mengingati Allah dengan selawat dan berzikir
Supplement shaklee yang boleh membantu mengelakkan meroyan : SET BERPANTANG SHAKLEE
- B-complex - B6, asid folik & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal tekanan
- Vtamin C - vitamin C berperanan menukarkan tryptophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi
- Ostematrik - mengandungi magnesium, kekurangan magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan
Ingin Dapatkannya?
Hubungi - SMS/WHATSAPP : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com
PM page : www.facebook.com/nikmatsihat
HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA..BERSAMA SHAKLEE
No comments:
Post a Comment