Sunday, 4 August 2013

HALALKAH SHAKLEE?

Mungkin kerana shaklee adalah poduk keluaran negara luar ramai yang ragu-ragu tentang status kehalalan shaklee. Adakah ianya halal? Persoalan yang sering diajukan. Jangan bimbang jangan risau, saya sebagai pengedar yang beragama islam meletakkan perihal HALAL tu satu keutamaan. Saya sendiri pun tak nak jual dan makan benda-benda yang tak halal.

Walaupun Shaklee keluaran negara luar tetapi untuk pasaran Malaysia semua produknya adalah Halal menepati undang-undang di negara Malaysia. Dibawah ini dilampirkan sijil halal shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) untuk produk-produk keluarannya. Dan sijil Halal ini sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa. 

SIJIL HALAL TAHUN 2013







Anda boleh juga merujuk website Portal Rasmi Halal Malaysia dalam Senarai Badan Islam yang Diiktiraf Jakim. ISA mempunyai standard yang ketat untuk meluluskan sijil halal. Begitu juga dengan JAKIM, jadi sekiranya JAKIM telah memperakui standard HALAL ISA maka anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan poduk shaklee.

Sebarang keraguan, pertanyaan, konsultasi jangan segan untuk hubungi saya :

Aniey Yusoff 
SMS/whatsapp :013-7773122
Emel : aniey434@yahoo.com
Fb Page : Nikmat Hidup Sihat

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA BERSAMA SHAKLEE

SHAKLEE PRODUK US PERLU DIBOIKOT?

Saya bukan seorang yang arif mengenai isu boikot memboikot ni cuma sekadar berkongsi sedikit pandangan. Memang ramai orang yang mempertikaikan mengenai Shaklee adalah keluaran US dan wajib diboikot. Yup memang betul Shaklee keluaran US beribu pejabat di Amerika Syarikat.  Mengikut kata orang yang berpengalaman boikot perlu dilakukan secara berterusan dan selama-lamanya dan bukannya bila ada perang baru nak boikot.

Dan tahukan anda juga sekiranya anda memang anti barangan US anda sepatutnya tidak menggunakan barangan seperti komputer, Android, software, microsoft, Apple, tesco, carrefour, FB, google, yahoo dan banyak lagi termasuk yang famous McD dan KFC kerana semuanya adalah keluaran dari sana. Ini belum termasuk barangan keluaran Belanda dan Denmark, negara yang menghina Nabi melalui karikaturnya. 

Banyak kan barangan keluaran yahudi dan tak mungkin kita mampu untuk 'membuang' semua barangan keluaran yahudi dari keperluan kita. Antara fenomena yang sering saya lihat di kalangan rakan-rakan di pejabat atau di mana-mana saja. Bila perang sedang hangat diberitakan mula la diaorang sibuk untuk memboikot apa-apa produk yahudi tanpa mereka sedar yang mereka bekerja juga menggunakan komputer, microsoft dan sofware yahudi. Mulalah memboikot McD tak boleh makan tapi menariknya bila ada orang nak belanja makan McD laju jer pergi. Katanya rezeki jangan ditolak dan bila tiba time promosi contohnya beli burger McD 2 percuma 1..haa yang tang percuma laju jer nak. Katanya sebab tak payah bayar jadi tak menyumbang..hurmm...dalam apapun yang kita lakukan, lakukanlah secara berterusan dan istiqomah dan tetaplah pada pendirian anda. Bukan boikot bermusim. Musim perang boikot, perang reda habis boikot. Kalau nak boikot silakanlah itu hak anda tapi biarlah boikot tu selama-lamanya. 

Hukum Membeli Produk Yahudi
Credit:kemusykilan.islamgrid.gov.com

Apakah hukum membeli produk keluaran Yahudi? Dan macam mana kalau ianya ada tanda halal JAKIM tetapi keluaran yahudi adakah ia dianggap halal juga? Produk ada tanda halal JAKIM tetapi keluaran Yahudi. Macam mana tu?

Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berjual-beli) dengan Yahudi Khaibar. Nabi Muhammad dan Abu Bakar pernah memberi upah kepada salah seorang dari Bani Dil sebagai penunjuk jalan dan menghantar Nabi SAW dan Abu Bakar ke Madinah.  Antara contoh yang lain, Saidatina Aisyah pernah mengirim utusan kepada orang Yahudi untung membeli pakaian darinya dengan pembayaran yang ditunda, tetapi orang yahudi tersebut menolaknya. Bukti ini menunjukkan bahawa Islam mengharuskan urusan muamalah dengan orang kafir.

Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah halal dan tidak mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli. Bahkan terdapat bukti Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah (sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. 


Oleh yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka ia halal untuk diguna atau dimakan.
Terpulang pada diri kita sendiri. Sekian. Wallahua'lam

PENGALAMAN LUAR BIASA BERSAMA GROUP MLM SHAKLEE YANG HEBAT! MANTAP FIZIKAL, HEBAT ROHANI!

Assalamualaikum...Salam sejahtera.

Sebagai pembuka bicara elok saya ceritakan mengenai saya seorang yang anti MLM. Dan jugak seorang yang bukan jiwa 'berbisnes' dan amat pantang dengar perkataan MLM. Mesti saya tak akan amik tau langsung pun mengenainya sebabnya duk terbayang mesti kena  keluarkan modal dan sibuk duk mencari orang bawah kita. Perjumpaan siang malam..huh..sangat tidak minat.

Tapi entah kenapa berkenalan dengan shaklee merupakan satu detik yang indah. Nak tau macam mana saya boleh berkenalan dengan shaklee? Boleh baca apa yang best tentang shaklee. Apatah lagi sesudah berada di bawah group Jutawan Muslimah Shaklee kelolaan Master-master hebat seperti Presidential Master Cery dan Master Lyna Noh yang merupakan super duper upline kami. Mereka inilah idola saya yang penuh dengan semangat dan aura yang positif. 

Tapi betul la bak kata Master-master ni dalam apa jua bisnes MLM pentingnya kita masuk group yang betul dan mentor yang betul. Dari sini kita pun akan dibimbing dengan cara yang betul juga. Pastikan kita selidik dan amik tahu serba sedikit tentang syarikat dan produk yang dijual, adakah mematuhi sistem MLM yang betul (mematuhi syariah atau tidak) dan paling penting kita tengok siapa leader-leadernya (serius saya paling tak berminat tengok syarikat MLM yang tunjuk-tunjuk kereta mewah, duit berguni-guni, cakap berbunga-bunga, siapa nak join siap kena buat loan berpuluh-puluh ribu lagi, kena cari orang bawah yang kena buat loan jugak..hurm tak payah la ye korang join yang macam ni) 

Dalam group kami, Jutawan Muslimah Shaklee kami diberikan galakan dan dorongan 24 jam sehari oleh ramai mentor-mentor yang hebat. Walaupun ada yang boleh bergelar jutawan tapi tetap 'down to earth' sangat merendah diri, membantu dan membimbing kami untuk berjaya seperti diaorang. Dan yang paling saya kagum dengan mereka adalah amalan rohani yang diterapkan pada kami. Allahu Akbar terasa hina sekali diri ini. Mereka ni tangan tak pernah lepas dari tasbih, mulut tak pernah berhenti berzikir, dhuha dan amalan sunat lain tak pernah tinggal. Yang wajib sentiasa di awalkan. Masya Allah, begitu hebat mereka ini dengan amalan rohani. Bak kata mereka. Rezeki semuanya dari Allah, kita nak mintak rezeki dariNya tapi kita lupakan Dia..macam mana tu?? Nak mintak sesuatu yang bertuan kena la mintak izin dengan Tuannya.

Dan dari bimbingan mereka ini jugalah jiwa saya kembali hidup. Kalau dulu dhuha ada la buat skali dua lepas tu tak ada dah. Zikir-zikir semua ni memang semua ke laut. Tapi sekarang tidak lagi semua ni dah jadi amalan dan makanan jiwa kami. Mungkin pada mula-mula buat rasa macam tak ikhlas sebabnya nak mintak rezeki datang tapi MasyaAllah kesannya menusuk ke jiwa dan lama-kelamaan menjadi makanan rohani kami semua. Kalau tak buat tu jiwa terasa lapar. Alhamdulillah..Tak buat tak tahu dah amal baru merasa manisnya..

Kalau anda semua nak rasa semua bimbingan yang hebat dari mereka ini. Boleh join di bawah saya. Tidak terdapat di group yang lain. Hanya Jutawan Muslimah Shaklee sahaja.

Antara kelebihan join di bawah saya, korang akan dapat :

✔ saya terus akan addkan anda ke group-group yang hebat ni di bawah pimpinan Leader-leader yang saya sebutkan tadi
✔ bimbingan secara online 24 jam sehari dari saya dan leader-leader upline yang lain melalui facebook dan secret group kami
✔ Bimbingan cara kami, NO head counting, tak ada kelas yang tak tentu masa cuma kadang-kadang ada kelas atau gathering yang direquest elok la pegi. Boleh serap semua aura-aura positif dari leader-leader muslimah ni
✔ Group yang sentiasa membantu, menyokong, menunjuk ajar jalan yang betul untuk berbisness
✔ Perkongsian tentang ilmu-ilmu kesihatan dari kawan-kawan Doktor, Farmasist, Nurse, Nutritionist, Saintis dan ramai lagi ahli yang berpengetahuan luas tentang ilmu kesihatan
✔ Tiada jaminan wang berjuta , berpuluh ribu tetapi dengan azam dan usaha yang bersungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga  insya Allah rezeki kejayaan itu pasti milik kita. Lambat atau cepat itu urusan Allah yang penting kita berbisnes bukan dengan manusia sahaja tetapi berbisnes dengan Allah juga. Tanamkan azam untuk menjadi menjadi pembayar zakat terbanyak di Malaysia. Semua ini tak mustahil!


Sertai Kami! Kaya Ilmu, Kaya Fizikal Kaya Rohani


Apapun saya dah merasa manisnya berada di sini, manisnya berbisnes dengan Allah. Walaupun saya masih lagi bergelar Distributor biasa tetapi anda di luar sana yang berimpian besar boleh bergerak lebih maju dan jauh dari saya. Saya hanya pembimbing sahaja. Tetapi bisnes ini milik anda, anda yang menentukannya. Bukan satu kesalahan untuk menanam impian yang besar kerana semuanya boleh jadi kenyataan. Jom berimpian besar Jom sertai kami untuk meramaikan lagi pembayar zakat terbanyak di Malaysia! Jom niatkan untuk menolong ramai lagi orang yang susah dan sakit di luar sana untuk mengecap kebahagiaan hidup!

Hubuni Aniey Yusoff 013-7773122. Saya sedia membantu

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Friday, 2 August 2013

JOM KITA MEMPELAJARI TEKNIK MARMET

Selain daripada menggunakan pam bagi mengumpul susu perahan, tahukah anda yang kita juga boleh melakukannya secara manual. Tanpa memerlukan kos, hanya menggunakan tangan sebagai alat untuk memerah payu dara. Teknik inilah yang dikenali sebagai Marmet. 

Mungkin bagi setengah orang teknik marmet ni menyusahkan dan dipandang remeh sahaja. Tapi dengan teknik yang betul dan latihan berterusan kita akan sedar bahawa teknik ini bagus dan amat membantu kita dalam usaha mengumpul susu perahan tanpa perlu bergantung kepada pam payu dara. Ya betul! Saya akui teknik marmet ni amat bagus dan saya berpuas hati sebab 2 kelahiran yang lepas saya memang saya gunakan kaedah marmet ni. Masih lagi tengah mengumpul susu perahan sekarang ni untuk anak saya yang ke 3 berusia 3 bulan. Hanya dengan kaedah marmet ni. Saya dapat mengumpul susu perahan lagi banyak berbanding penggunaan pam.

Menyusukan si manja merupakan satu saat yang indah



Mengikut kajian dari pakar laktasi, sentuhan dari kulit ke kulit (tangan dan payudara) lebih efektif dalam meransang payudara untuk mengalirkan susu dengan lancar jika dibandingkan dengan breast shield yang dihasilkan dari plastik itu. Lagi menarik, dengan teknik marmet anda dapat mengurangkan kerosakan tisu payu dara, payu dara lebam mahupun kulit di sekitar payu dara melecet akibat penggunaan pam yang berlebihan.

Sebelum memulakan teknik mamet seharusnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

✎ Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut :

Massage
❤ Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan

Stroke
❤ Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh 'menyikat' payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola

Shake
❤ Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membnatu meransang pengeluaran susu ibu

MEMERAH

Langkah 1
➳ 1) buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara)
memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6

➳ 2) tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

➳ 3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

➳ 4) ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan

➳ 5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. lakukan gerakan memerah sama sepperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

➳ 6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

➳ 7) beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara

Langkah 2
Melancarkan aliran susu

➳ 1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain

➳ 2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu

Elakkan Pergerakan ini!

✘ Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit - 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 - 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara

Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu

sumber:pa&ma

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE



Thursday, 1 August 2013

TIADA LAGI AIR BERBAU KLORIN HANYA AIR BERSIH DAN SELAMAT DENGAN GET CLEAN WATER PITCHER

Hurmm..hari yang indah dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah kerana dapat menikmati sumber air yang bersih di rumah dan di mana-mana sahaja..macam menarik jer!..hihi

Sudah baca belum mengenai pentingnya air yang bersih dalam kehidupan? Good! Macam cikgu sekolah pulak. Ok, saya nak cerita mengenai keistimewaan Get Clean Water Pitcher Shaklee ni. Dah sebulan lebih saya menggunakan penapis air ni dan dah menjadi bahan yang paling saya sayang sekali. Kenapa? Meh kita tengok apa keistimewaan penapis air dari shaklee ni.

Memperkenalkan Get Clean Water

✤ get clean water merupakan sistem penurasan air multipaten yang baru yang menghasilkan air yang lebih sihat
✤ istimewanya air yang lebih bersih dan sihat datangnya dari sebuah jag air!
✤ berbanding dengan jag yang lain get clean water shaklee menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%..wow amazing!
✤ merupakan sistem penuras air jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang...i like selamat untuk alam sekitar!
✤ berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan 1 blok karbon


Get Clean Water Pitcher

Meter Automatik


Menandingi Jenama Terkemuka yang lain!
➳ disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
➳ disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
➳ disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) bagi setiap turasan-dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka yang lain
➳ sistem penuras jag air berblok - karbon isian semula yang pertama

Pilihan Bijak!
✔ hanya beberapa sen bagi seliter air
✔ air yang bersih dan rasanya yang enak (bau klorin dah tak ada..yey)
✔ jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras-tidak perlu kuasa elektrik (jimat elektrik)
✔ ringan dan mudah dibawa (nak berkelah ke bercuti ke harus bawak)
✔ menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak
✔ mesra alam - blok karbon yang digunakan diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar!

sumber:website shaklee

Jadi apa lagi yang anda fikirkan? Saya dah anda bila lagi?
Highly recommend sangat2. Produk yang baik harus dikongsi infonya untuk kesihatan bersama..betul tak?

Nak dapatkannya? Meh hubungi saya..jangan segan-segan saya tak makan orang saya jual barang yang baik sahaja..(✿◠‿◠)

Aniey Yusoff (013-7773122)
emel : aniey434@yahoo.com
Fb Page : Nikmat Hidup Sihat

Sincere sharing from the bottom of my heart!

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...