Wednesday 31 July 2013

KETAHUI PENTINGNYA AIR YANG BERSIH DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Kali ni saya membawakan satu isu yang amat penting dalam menentukan tahap kesihatan kita. Orang kata macam akar umbi la. Elok akarnya maka InsyaAllah eloklah pokoknya kan...Terfikir isu ni sebabnya air di rumah saya amat kuat bau klorin. Bemula dari sini saya berusaha mencari maklumat mengenai bahaya air yang tercemar. Sebagai ibu saya tak ingin anak-anak saya yang masih kecil menerima tempias hasil dari meminum air yang tidak selamat.

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan selepas udara. Tiga per empat bahagian dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorang pun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Air banyak digunakan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran yang ada disekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi dan banyak lagi. Penyakit-penyakit yang menyerang manusia juga disebarkan melalui air.

Badan manusia secara puratanya terdiri dari 70% air . Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakkan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air penting untuk fungsi penghadaman, membuang sisa toksin dalam tubuh, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air melalui pernafasan. Kita perlu meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengganti keperluan air yang hilang. Malangnya kita biasanya minum air sekadar untuk menghilangkan rasa haus semata bukan untuk mencukupkan keperluan air yang hilang hasilnya kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang ditandai dengan simptom seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kapanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan dan meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.

Soalnya selamatkan air minuman kita?

Mengikut statistik yang dijalankan kira-kira 1.1 billion orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan pencemar dan selamat untuk diminum. Setiap tahun hampir 5 juta manusia mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air.

Banyak faktor yang menyebabkan air tercemar antaranya termasuklah pencemaran daripada paip yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun. Kos penggantiannya amat mahal dan sangat merumitkan untuk dijalankan. Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk melakukan pelbagai cara bagi menangani pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu amat sukar untuk dielakkan. Cuba kita bayangkan paip air yang dah berpuluh tahun itu sudah tentu mempunyai kandungan karat yang amat tinggi!

Faktor pencemaran menyebabkan semakin banyak air di bumi ini hilang bentuk eksogennya. Bahan kimia seperti klorin, racun pertanian dan perindustrian, alkohol, gas beracun, bahan radioaktif dan bermacam lagi merupakan punca utama. Bila bilangan molekul air eksogen dalam badan semakin berkurangan air akan cenderung mengganggu tindak balas kimia dalam sel badan kita dan seterusnya mengakibatkan penyakit. Oleh itu kualiti air yang bersih amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan kita.


Risiko meminum air tercemar

Sampah sarap menyebabkan punca air tercemar

Bahan buangan sisa industri


Oleh itu sedarlah kita bahawa badan kita perlukan air yang bersih untuk terus kekal sihat!

Nantikan entry seterusnya untuk ketahui bagaimana saya memastikan air di rumah bebas daripada bahan berbahaya dan semestinya selamat diminum tanpa was-was terus dari paip!

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA BERSAMA SHAKLEE

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...