Wednesday, 29 October 2014

Scrub Badan Dan Muka Tradisional Homemade

Exclusive Royal Scrub dihasilkan 100% dari bahan tradisional, 100% secara tradisional dan 100% menggunakan bahan yang halal dan menggunakan ramuan turun temurun orang kampung.

Antara khasiat Exclusive Royal Scrub ialah :

~ memudarkan dan menghilangkan parut
~ mengurangkan selulit
~ menghilangkan bau badan
~ mencerah dan melicinkan kulit
~ melembabkan kulit
~ mengurang dan mengecutkan jerawat
~ amat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang
~ untuk ibu-ibu selepas bersalin bagi melicin dan menghaluskan kulit dari kesan semasa mengandung

Dengan hanya 4 langkah mudah penggunaan ERS :

Langkah 1 : sediakan ERS, air suam dan bekas yang sesuai
Langkah 2 : ambil ERS dalam kuantiti yang dikehendaki
Langkah 3 : campurkan dengan sedikit air suam dan gaul sekata
Langkah 4 : gosokkan di bahagian badan yang dikehendaki seperti muka, tangan, dan badan. Biarkan selama 2-5 minit sebelum dibilas


Hasilnya memang jelas dapat dirasai walau dengan minima penggunaan!

Ramai yang sudah berpuas hati!


Jom dapatkan ERS dengan harga promosi sekarang!

Hubungi : Aniey Yusoff 0137773122

Tuesday, 28 October 2014

Asma Di Kalangan Kanak-kanak

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10-14% kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walaubagaimanapun banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Asma terjadi di kalangan kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga atau pun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti  ekzema, allergik rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Apakah asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi :
  • merah 
  • bengkak
  • menghasilkan lendir berlebihan 
  • mudah terangsang (hypersensitive)
  • apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas
Atau di dalam bahasa melayu atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat.



Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Antara Faktor Pencetus Asma :
  • jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • merokok
  • perubahan cuaca
  • alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan
  • senaman
  • bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai
  • makanan dan perasa tambahan makanan
  • ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer)
  • gangguan emosi
  • gastro-oesophageal reflux (pengaliran asid dalam perut ke atas)

Gejala Utama Penghidap Asma :
  • batuk berulang dengan berdehit terutama batuk di waktu malam (waktu tidur)
  • rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel)
  • kesukaran berbafas
Tanda-tanda Asma :
  1. sebahagian kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma
  2. dada berbentuk dada burung (barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik
  3. adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergis rhinitis) juga menyokong diagnosa asma
  4. bafas berbunyi (audible wheeze)
  5. susah untuk menghembus nafas
  6. nafas laju
  7. denyutan jantung cepat
Serangan yang teruk akan menyebabkan kanak-kanak :
  • warna kebiruan pada bibir dan kuku
  • kelihatan gelisah
  • letih lesu
  • bimbang
  • kulit berpeluh dan sejuk
Kanak-kanak asma di peringkat teruk mungkin memerlukan inhaler

Asma boleh dielak sekiranya faktor pencetus asma dapat dikurangkan. Ia boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. 

Walaubagaimanapun, pencegahan kepada faktor pencetus asma secara berterusan dan rawatan yang betul serta pengambilan nutrisi makanan yang sihat mampu menghindarkan asma. Ramai kanak-kanak yang sudah bebas daripada asma.

Alhamdulillah, anak saya Amirah Alyaa sudah bebas dari asma. Selain kurangkan pendedahan kepada faktor pencetus asma saya juga memberi dia makan Supplement Shaklee iaitu Omega Guard Shaklee dan Nutriferon

Boleh baca link Testimoni anak saya ni Omega Bantu Anak Saya Pulih Dari Asma


Mengikut kajian klinikal di University Of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Penyelidik mencadangkan pengambilan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan berkesan untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

Interferon semulajadi tubuh dan satu-satunya di dunia yang dibangunkan oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. 

Kanak-kanak yang mudah mendapat asma adalah kanak-kanak yang mempunyai keimunan badan yang rendah dalam melawan jangkitan penyakit dan tidak dapat bertahan terhadap serangan allergen oleh faktor pencetus asma.

Interferon dapat membantu dengan mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian-kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofaj

sumber : myhealth

www.ginasthma.com

Sampai masanya kita perlu meningkatkan keperluan nutrisi kanak-kanak agar mereka dapat membina sistem pertahanan badan yang kuat.

Segera dapatkan Set Asma Shaklee untuk kanak-kanak ini!

Hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com
Page : Nikmat Hidup Sihat

Monday, 27 October 2014

Testimoni Terbaru! ~ Herbal Blend Untuk Aczema, Kulit Gatal Dan Allergik

Anak saya amirah ni memang selalu gatal-gatal di bawah leher akibat sering berpeluh. Sebelum ni memang selalu guna Hydrocortisone, hydrocort, Elomet dan Elosone. Kesan memang cepat. Esoknya dah baik bila guna ubat-ubat ni. Memang la kesannya cepat kandungan steroid pun memang banyak.

Paedatrik sendiri memang tak galakkan kita guna ubat-ubat ni sebab kandungan steroidnya. Selepas saya kenal shaklee dan krim serbagunanya Herbal Blend memang terus tak guna dah ubat-ubat yang ada. Mesti la saya pilih krim yang paling selamat dan semulajadi.

Minggu lepas amirah kena gatal-gatal dan naik bintik merah-merah sekitar leher dan tangan. Lama dah tak kena gatal-gatal ni. Esoknya memang ingat nak ke klinik takut pulak kenapa kena macam tu sebab sebelum ni tak pernah kena seteruk macam ni. Malam tu saya sapu dulu herbal blend. Alhamdulillah nampak bintik tu kering sedikit. Kebetulan memang tak sempat nak ke klinik hari tu. Jadi malam kedua tu sapu herbal blend lagi. 

Amirah sendiri yang sapu bawah leher dia. Saya bagi dia letak sendiri sebab herbal blend ni bukan racun macam ubat dia sebelum ni. Malah selamat, tak ada racun mahupun steroid. Bau pun harum dan rasanya dingin je. Kulit anak-anak yang gatal dan eczema memang saya sapu herbal blend je.

Esoknya bintik makin menghilang. Dan hasilnya hari ke 3 kulit dah licin dan bintik semakin menghilang.



Herbal Blend Shaklee

~ krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan tumit kaki
~ dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
~ dirumus dari ekstrak tulen herna semulajadi yang menyegarkan horse chestnut, yarrow dan rosemary

Dan yang paling PENTING ia BEBAS PARABEN! Paling selamat untuk kanak-kanak dan kulit kita!

Jom bertukar kepada yang lebih selamat!

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com
Page : Nikmat Hidup Sihat

Sunday, 26 October 2014

Petua Tradisional Bagi Mengurangkan Bengkak Susu

Setiap ibu yang baru lepas bersalin pasti akan berdepan dengan masalah bengkak susu. Perkara ini terjadi selalunya pada awal tempoh berpantang. Pada waktu ini susu ibu akan dihasilkan dengan banyak sebagai persediaan untuk keperluan bayi.

Dari pengalaman saya yang sudah 3 kali berpantang, apa yang saya selalu lakukan setiap kali bengkak susu ialah saya akan kerap susukan baby. Bila baby tido lebih dari 2 jam saya akan kejutkan baby untuk menyusu, tapi biasanya baby dalam usia 0-3 minggu hanya menyusu dalam kuantiti yang sedikit. 

Apabila payudara mula membengkak adalah amat mustahil untuk mula mengepam kerana keseluruhan payudara adalah keras dan terlalu sakit untuk dipegang apatah lagi untuk mengepam.

Saluran susu yang tersumbat

Selain dari kerap menyusukan bayi tips berikut boleh diamalkan. Tips dan petua mengurangkan bengkak susu ini diberitahu oleh mak saudara saya dan juga dari bidan di kampung.

Antara tips yang boleh diamalkan adalah :

1. Menyikat Payudara

Ye..menyikat! Pakai sikat yang bergigi tu. Mungkin bunyinya pelik tapi ini adalah seperti yang diberitahu oleh ibu saudara saya. Menggunakan sikat yang bergigi besar dan dengan perlahan-lahan menyikat dengan lembut payudara keluar ke bahagian areola. Ini bertujuan melancarkan saluran duktus susu yg bersumbat. Boleh ulang-ulang lakukan setiap hari. InsyaAllah boleh membantu. Teknik ini juga dikenali sebagai "pressure massage"

2. Menuam Dengan tuala suam

Tuala kecil yang direndam dalam air panas kemudiannya ditekap di payudara. Sangat membantu melegakan bengkak. Boleh dilakukan sampai ibu-ibu merasa sedikit selesa. Semasa tuala dilekapkan di payudara boleh nampak susu akan mula keluar. Haba akan mencairkan sedikit susu yang membeku.

3. Menekapkan Payudara dengan Kobis

Menurut orang-orang tua kobis bersifat sejuk. Boleh dilekapkan 2 atau 3 helai daun kobis sebentar sehingga daun kobis sedikit layu. Cubalah!

4. Mengurut

Walaupun cara ini mungkin agak mengerikan kerana faktor kesakitan yang teramat tapi ia perlu dilakukan. Mengurut boleh dilakukan oleh orang yang bertauliah. Saya mengurut dengan bidan di kampung sahaja. Ia penting bagi melancarkan saluran susu yang tersumbat.

5. Mengambil Lecithin Shaklee

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3600-4800mg lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.



Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts. 

~ Kelly Bonyata ~ IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant)

sumber : Lecithin Treatment for Plugged Ducts
Bengkak susu tidak boleh dibiarkan berlanjutan untuk satu tempoh yang lama. Ibu-ibu mungkin akan terdedah risiko demam dan bentan. Adik ipar saya yang mengalami bengkak susu sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk membuang ketulan susu lama dan masam yang tersumbat. Sehingga pengeluaran air susu terpaksa dihentikan. Kesian kan...Jika dibiarkan lama besar risiko untuk ibu mendapat penyakit yang berbahaya.

Dapatkan sebotol Lecithin Shaklee Hari ini!

Sebotol Lecithin Shaklee Berharga RM52.50 untuk 180 biji

Hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122


Saturday, 25 October 2014

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut Pada Kanak-kanak - Tingkatkan Sistem Imun Dengan Chewable Vitamin C

Assalamualaikum...Salam Sejahtera

Baru-baru ini anak saya Aimy setahun 5 bulan kena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Itupun selepas dia demam selama 3 hari dan masih belum baik lagi. Bawak jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Dia ada ulser dalam mulut dan naik ruam-ruam merah di tangan tapi tak banyak.

Dia pun masih aktif bermain dan makan minum macam biasa. Kata doktor itu adalah simptom penyakit kaki tangan dan mulut. Dan penyakit ni akan sembuh sendiri dan tak perlukan antibiotik sebab penyakit bawaan virus tak berkesan dengan antibiotik. Doktor cuma bagi ubat demam macam biasa dan pencuci Hibitine untuk sapu pada ruam-ruam. Sistem antibodi kanak-kanak juga perlu kuat untuk melawan virus ni. Doktor pun ada bagi ubat untuk kuatkan sistem imun (owh ada ubat untuk kuatkan imun jugak ye...hihi)

Setelah itu, saya cari maklumat tentang penyakit HFMD ni. Penyakit HFMD ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyakit HFMD boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Antara Tanda Dan Gejala HFMD
~ demam
~ luka (ulser) di dalam mulut
~ ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki


Antara Simptom HFMD : sumber dari Google (gambar aimy tak sempat nak amik)

Langkah-langkah Yang Harus Diambil Sekiranya anak kita Dijangkiti :

1. Kanak-kanak yang dijangkiti digalakkan untuk meminum air yang mencukupi
2. Pastikan kebersihan anak-anak dan persekitaran. Kebersihan lantai, baju dan alatan permainan mereka harus diperhatikan. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran yang mana ia mudah berlaku di tempat sesak dan mutu kebersihan yang rendah.
3. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD untuk mendapatkan rawatan dan tidak membawa mereka ke tempat awam seperti sekolah dan tempat asuhan kanak-kanak.
4. Sentiasa memantau keadaan anak seperti keadaan luka (ulcer) yang terlampau banyak sehingga menyebabkan mereka tidak mahu makan
5. Sentiasa memeriksa suhu dan keadaan demam anak-anak
6. Ibu bapa perlu sentiasa kerap mencuci tangan setiap kali selepas menukar lampin anak kerana kebanyakkan virus berada dalam najis dan cecair yang keluar dari lepuhan di tangan dan kaki
7. Segera bawa anak ke hospital sekiranya didapati mereka lemah, tidak bermaya, tidak makan dan minum serta demam yang tidak kebah walaupun telah diberi ubat demam.

Alhamdulillah walaupun aimy masih demam dia masih aktif dan mahu makan dan minum. Saya hanya pastikan kebersihan diri dan kebersihan diri aimy. Saya jugak hanya bagi aimy makan Chewable vitamin C kegemaran dia di samping ubat demam. Selepas 2 hari aimy sudah tidak demam lagi. Malah ruam merah di tapak tangan pun dah hilang.

Kelebihan Vitamin C Kanak-kanak Shaklee ini :
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh 
  • Juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik
  • Chewable vitamin C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1 1/2 buah oren 
  • sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sukar nak telan tablet
  • tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
  • Pengambilan yang berterusan terbukti dapat meningkatkan tahap keimunan badan seseorang menentang jangkitan penyakit






sumber : HFMD

Dapatkan sebotol Chewable Vitamin C hari ini untuk si manja anda tercinta!

Hubungi : 

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com


Friday, 24 October 2014

Testimoni Mealshakes Mengurangkan Eczema

Assalamualaikum semua..

Selalu bila sebut mealshakes je mesti rata-rata testimoni bagitau anak-anak semakin berselera makan la, anak dah tak sembelit lagi la, anak dah kurang demam dan selsema la dan macam-macam feedback positif lagi. Tapi kali ni saya kongsikan testimoni dari seorang sahabat saya Pn. Norshahida Binti Hamdan.

TESTIMONI ECZEMA

- Anak sha sekarang berumur 7 tahun. Dia mengidap eczema seawal usia 8 bulan lagi. Mcm2 kaedah rawatan dh cuba tapi semuanya tidak sesuai dengan badan dia.
Nak dijadikan cerita lewat tahun 2013 (8-12) sha telah try MEALSHAKES SHAKLEE dan mmg sesuatu yg diluar jangkaan keputusannya amat memberangsangkan. Selera makan bertambah. Kulit semakin beransur baik perlahan2..mmg taktau mcm mana sukanya hati ni. -




Apa yang Mealshakes beri untuk kanak-kanak?

1. Mealshakes mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih sihat. Sebab itu ia bagus untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kulit.

2. Membekal nutrisi yang lengkap untuk sel tubuh. Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Pengambilan zat dan mineral yang mencukupi membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, sistem imun dan lain-lain.

3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kalsium, magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar

4. Rasa vanilla yang lazat dan harum. sesuai diambil bersama minuman kegemaran kanak-kanak. Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tiada sebarang pewarna dan gula tiruan.

Cubalah beri mealshakes untuk si manja anda hari ini! Pelaburan yang sangat berbaloi!

Hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122 

untuk sebarang pertanyaan!

Khasiat Madu Dalam Perubatan Islam

Madu telah dikenali oleh manusia sejak zaman dahulu lagi bahawa ia merupakan ubat dan mempunyai pelbagai khasiat dalam mengubati segala penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu" (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. "

(Surah an-Nahl 16:68-69)

Maksud Hadis : Hendaklah kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan al-quran

(riwayat Ibnu Majah no.3452)


Kandungan Nutrisi madu boleh rujuk di sini

Antara Kebaikan Madu ialah :

1. Madu Mudah Dicerna

Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi.

Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi tenaga yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.

Jika dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa 7 minit. Molekul gula bebasnya membuatkan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

2. Madu Membantu Pembentukan Darah

Madu membantu pembersihan darah dan berpengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapilari dan arteriosklerosis.

3. Madu merawat luka dan cedera ringan

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

4. Penawar kepada selsema, sakit tekak dan batuk

Selsema ringan dan berat dapat disembuhkan dengan satu sudu makan madu suam-suam kuku dan setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari selama 3 hari

5. Baik untuk Percernaan Badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Madu mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. selain tu, madu juga efektif untuk melegakan masalah sakit perut

6. Merawat keguguran rambut

Orang yang mengalami keguguran rambut atau kebotakan boleh menggunakan campuran minyak zaitun panas yang dicampur dengan satu sudu makan madu dan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis. Campuran ini diramas dan lumurkan di kepala dan dibiarkan selama kira-kira 5-15 minit kemudian dibasuh

7. Merawat Masalah kolesterol

Kadar kolesterol darah dapat diturunkan dengan 2 sudu makan madu dan 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis bersama air teh. Madu asli yang diminium setiap hari akan membantu mengatasi masalah kolesterol.

8. Masalah keletihan

Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula dalam madu lebih bermanfaat daripada merugikan tubuh. Warga emas yang menggunakan madu terbukti lebih segar dan sihat

9. Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembab dan menghaluskan kulit. untuk wanita yang baru melahirkan anak mereka disyorkan untuk mengambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan cantik seperti sedia kala.

Madu penuh dengan pelbagai penawar dalam mengubati segala penyakit. Bacaan lanjut boleh rujuk sini.

Rutin saya sekarang adalah meminum segelas ESP Shaklee bersama sesudu madu. Madu ni saya beli dari seorang pakcik kat kampung. Kata pakcik ni dia bersabung nyawa mencari madu ni. Tapi nak buat macam mana demi mencari rezeki.

Hari-hari tanpa segelas ESP dan madu terasa perbezaannya!

Cubalah!

Tuesday, 21 October 2014

Membeli Sambil Menderma Dengan Mealshakes Shaklee

Ayuh sama-sama kita menjayakan kempen 

#shakleefightshunger!

Bermula bulan September dan bakal berakhir 31 oktober 2014, 10% daripada pembelian Mealshakes Promo Buy 3 Free 1 akan didermakan kepada 2000 buah keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan di bawah Yayasan Mykasih.

Jom sama-sama kita jayakan program ini!

Untuk Pertanyaan Dan Pembelian Hubungi saya : 

Aniey Yusoff 0137773122

Rahsia Tradisional Untuk Kembali Cantik Selepas Bersalin

Bersalin adalah suatu keadaan di mana banyak tenaga diperlukan untuk proses kelahiran. Oleh itu sangat penting bagi wanita untuk memulihkan tenaga dan menegangkan kembali urat yang kendur.

Rasa rendah diri kerana bimbang dengan penampilan diri selepas bersalin sangat menghantui wanita kan. Risau perut menggeleber, kulit hitam, perut buncit, gemuk, payudara kendur dan segala bagai lagi. Tetapi...kelihatan cantik tidak datang dengan sendiri dan kita perlu berusaha untuk mengekalkannya malah boleh lebih cantik dari sebelumnya.

Selain dari rawatan moden untuk pulih jangan sekali kita pinggirkan rawatan tradisional yang sudah sebati dengan amalan orang-orang tua kita dahulu. Rawatan tradisional juga membantu ibu-ibu agar kekal langsing dan cantik selepas bersalin.



Berurut

Berurut boleh dilakukan seawal 3 hari mengikut keadaan luka bersalin si ibu. Untuk mengurut boleh dilakukan oleh orang berpengalaman seperti bidan atau pusat-pusat urut yang berlesen dalam mengurut orang berpantang.

Urutan dapat menegang dan mengendurkan otot kejang serta meningkatkan pergerakan sendi. Urutan juga boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatis tubuh untuk melawan respon negatif tubuh terhadap stress. Selain itu, urutan boleh meredakan ketegangan otot dan membolehkan degupan jantung, tekanan darah dan peredaran darah kembali nomal.



Kekejangan otot ketika bersalin perlu diredakan kerana otot yang kejang mengurangkan peredaran darah dan memberi kesan penat dan sakit. Otot kejang boleh menekan atau menyempit saraf dan menyebabkan rasa kebas, sakit dan sering kejang otot. Dengan berurut dapat meningkatkan aliran darah vena ke jantung. Peningkatan ini membawa lebih oksigen ke sel serta membuang sisa metabolisme yang membuat tubuh lesu.

Urutan juga membantu si ibu untuk tidur lebih lena kerana terapi urutan merehatkan otot-otot tegang, menenangkan sistem saraf, menyebabkan ritma tubuh jadi perlahan, tekanan darah menurun, degup jantung perlahan dan nafas lebih dalam dan berirama.

Peningkatan peredaran darah membantu melembap dan memperbaiki tekstur kulit selain menghilangkan kekeringan.

Bertungku

Bertungku ketika berpantang membantu melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan dan juga boleh menguruskan badan. Terdapat dua pilihan batu tungku iaitu batu sungai atau besi. Batu tungku lebih ringan tetapi cepat sejuk manakala besi pula berat tetapi lambat sejuk.

Sebelum bertungku, batu tungku dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit di atas api sederhana di atas dapur gas. Lapikkan dengan kain dan daun mengkudu dan boleh memulakan bertungku.

Bertungku dapat mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkan rahim. Cara bertungku yang betul adalah menolak batu di ari-ari ke atas.

Bertungku juga boleh dilakukan di tapak kaki dengan menggolekkan batu tungku di sekitar tapak kaki. Sementara menunggu batu tungku sejuk boleh dibiarkan kaki sentiasa di batu tungku.

Mandi Rempah Atau Daun Sireh

Mandi rempah atau boleh juga digunakan daun sireh penting untuk perawatan selepas bersalin kerana ia memberi keharuman pada tubuh. Selain itu, ia boleh membantu vagina, merapatkan vagina, mengatasi insomnia dan memanaskan badan.
Dari Google image
Ia juga boleh menghilangkan rasa penat, memecah lemak yang berlebihan, menaikkan sistem peranakkan, menyihatkan peranakkan dan menghaluskan kulit serta membetulkan perjalanan darah agar lancar.

Antara bahan semulajadi yang boleh dipilih sebagai ramuan adalah daun pisang segar, daun limau purut, daun serai wangi, halia muda, daun pandan, daun kunyit, lengkuas dan daun sireh.

Bahan-bahan ini disatukan dan direbus di dalam periuk yang agak besar. Mandi air rebusan sahaja tanpa mencampurkan air biasa lagi baik. Tunggu sehingga agak suam dan boleh di buat mandi dan air cebok untuk membersihkan bahagian vagina. Seeloknya mandi rempah di amalkan pada setiap pagi dan petang sebelum senja selama 44 hari.

Bertangas

Fungsi utama bertangas adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mengecutkan rahim, merapatkan semula rahim dan mengharumkan kewanitaan. Selain itu, tangas mampu mengecut, mengering dan mengetatkan rahim serta otot yang kembang semasa mengandung dan proses bersalin.

Antara bahan yang boleh dijadikan bahan tangas adalah seperti sirih, halia, biji manjakani, daun inai, garam bukit dan sebagainya.

Bahan tanags direbus terlebih dahulu dan dimasukkan di dalam baldi dan diletakkan kerusi atau diletakkan di sisi mangkuk tandas dan bertangas la selama 30 minit dengan memakai kain pelikat atau kain sarung.

Selamat Di amalkan wahai ibu-ibu cantik sekalian!

Untuk dalaman boleh la diamalkan pemakanan yang sihat dan tambahkan dengan supplement bagi mengganti nutrien-nutrien yang hilang semasa proses kehamilan dan kelahiran. Selain mengamalkan amalan pantang tradisional seperti di atas saya juga amalkan Set Bersalin Shaklee. 

Alhamdulillah..banyak membantu saya kekal cergas, sihat dan tiada masalah sembelit semasa pantang malah amat membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu.

Wow! ibu ni turun 20kg selepas pantang. Hebat betul! Macam mana dia buat??



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Sebarang Pertanyaan Hubungi :

Aniey Yusoff
0137773122

Saya sedia membantu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...