Friday, 9 May 2014

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Untuk Kanak-Kanak Yang Membesar


Kenapa dikatakan omega guard antara yang terbaik di dunia? Kita tengok saje pada ia diperbuat dari apa dan teknologi apa yang diguna.

Shaklee omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan daripada hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA,  ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA.

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengesktrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, doiksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



Kenapa Omega Guard dihasilkan Dari ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia! iaitu penduduk eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang eskimo yang hidup di greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Kebaikan DHA untuk Kesihatan Dan Pembesaran Kanak-kanak

Asid Dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting pada setiap peringkat kehidupan terutamanya bagi kanak-kanak. Kebaikan asid lemak Omega 3 telah diketahui sejak berdekad lamanya dan termasuk membantu perkembangan otak, mengekalkan ketajaman penglihatan dan membantu sistem anti-radang badan.


Pembentukan minda amat bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang khasiat akan mengalami pembantutan perkembangan otak dan menunjukkan tahap IQ yang rendah, lambat pemahaman bahasa dan menunjukkan perkembangan serta koordinasi motor yang rendah.


Asid lemak penting untuk perkembangan manusia terutama pada pingkat awal kehidupan. Ketika ini, otak sedang dibentuk dan berkembang, pendedahan yang mencukupi terhadap asid lemak pentiing dan diperlukan untuk pembentukan dan fungsi optimal minda kanak-kanak. 

DHA membantu mengekalkan fleksibiliti membran sel yang bertanggungwab untuk membantu komunikasi antara otak dan sel saraf. Ini bertujuan untuk memperbaiki kemampuan belajar. Kekurangan DHA sering dikaitkan dengan kelemahan untuk belajar.

Bekalkanlah DHA Kepada Anak Anda

Ibu-ibu yang prihatin yang mementingkan kesihatan dan perkembangan anak mereka haruslah memastikan diet anak anda mengandungi tahap DHA yang mencukupi. Ia bukan sahaja menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf malah turut membantu meningkatkan jangka tumpu anak-anak.

Berilah anak anda Omega Guard sebagai pilihan makanan tambahan DHA untuk kanak-kanak yang tidak mendapat cukup DHA dalam diet mereka.

Ibu yang ingin mendapatkan Omega Guard ini boleh hubungi :

iR Aniey Yusoff 0137773122
Nikmat Hidup Sihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...