Wednesday, 12 November 2014

Masalah Kulit Kusam Dan Gelap Buat Bakal Pengantin Malu Nak Naik Pelamin

Saat diri kita bakal diraikan dalam satu majlis perkahwinan merupakan satu saat yang amat dinanti-nantikan oleh setiap bakal pengantin. Segala bagai persiapan untuk majlis itu kita atur dengan begitu sempurna dan tentunya setiap bakal pengantin terutamanya perempuan sibuk mencantikkan diri dengan mengunjungi spa dan mula mencari set untuk kecantikan. Betul kan?


Apatah lagi kalau bakal pengantin perempuan tu mempunyai masalah kulit muka dan badan yang gelap dan kusam. Mesti kita rasa malu untuk bersanding nanti kan? Apakata cuba Exclusive Royal Scrub Homemade ni dan Set Kecantikan Shaklee. Sure korang akan jatuh cinta nanti. Bukan saya je yang kata malah ramaiiii lagi yang dah jatuh cinta! Scrub badan dan luaran dengan ERS ini dan sihatkan dalaman dengan vitamin kecantikan kulit shaklee!

Exclusive Royal Scrub ~ Cerah Lembab Sihat Semulajadi

~ dihasilkan 100% dari bahan semulajadi
~ tumbuhan dan herba semulajadi
~ ramuan turun temurun
~ antara bahan utama ialah beras, kulit kayu manis dan halia
~ buatan bumiputera


Kebaikan ERS ini :

~ mengatasi masalah kulit kusam dan gelap dan menjadikan kulit lebih cerah, licin dan cantik
~ memudarkan dan menghilangkan parut
~ menghilangkan selulit
~ menghilangkan bau badan
~ mengecut dan menghilangkan jerawat
~ amat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang, lelaki dan kanak-kanak
~ juga amat sesuai untuk bakal-bakal pengantin yang ingin memudarkan parut, menghilangkan bau badan dan melicinkan kulit!

Antara Yang Popular Untuk Bakal Pengantin juga adalah Collagen Powder! Nak tau kenapa?

~ supplemen kolagen yang unggul mengandungi 4000mg kolagen RSS (sisik ikan merah)
~ kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




Fungsi Ramuan Utama Collagen Powder

1. Kolagen dari Sisik Ikan merah

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.



2. Ekstrak Biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oliek satu emolien dan pelembab kulit yang hebat dan isoflavon antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas



3. Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica membantu formasi kolagen dan asid hyaluronik. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.


4. Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.


5. Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


6. Ekstrak Kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.



7. Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen



Jadi bakal-bakal pengantin sekalian! Jom dapatkan Set Cantik Untuk Bakal Pengantin ini sekarang!!

Wajib dapatkan sekarang supaya suami nanti tak putus-putus memuji kecantikan dan kehalusan kulit isterinya!!

Aniey Yusoff 0137773122


Tuesday, 11 November 2014

Petua Dan Amalan Untuk Ibu Bapa Agar Mendapat Anak Yang Soleh Dan Yang Mendengar Kata

Assalamualaikum..


Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang soleh dan solehah, yang mendengar kata dan baik akhlaknya.


Tips yang saya kongsikan dari laman facebook Prof Dr Muhaya. Saya kongsikan agar dapat menjadi rujukan kita pada bila-bila masa akan datang.



Anak merupakan nikmat daripada Allah, kita sebenarnya memerlukan pertolongan Allah untuk mensyukuri nikmat Allah supaya tidak ada rasa bangga diri, riak atau sombong. Beberapa tips yang boleh diamalkan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat anak yang Allah berikan :


1. Ketika basuh beras kita niatkan " Ya..Allah lembutkanlah hati anak-anakku (sebut nama anak) untuk faham agamanya ", (kenapa nak kena faham agamanya kerana anak-anak yang tidak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka) sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Masa buat kerja ni hati jangan lalai dan ingat pada Allah selalu.


2. Pandang wajahya semasa tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cuba amalkan (ini umpama kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat

3. Jika bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat di dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4.  Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga ada anak sepertinya. 

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini juga berlaku kerana kita TER..kata cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. (Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)

9. Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi jika tidak punya keperibadian yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Jika teringatkan anak tiba-tiba, kirimkan bacaan Al fatihah padanya. Sampai ke ayat " iyyakanakbudu waiyyakanastain" yang ertinya " Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongaan.." mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat itu, habiskan bacaan Al fatihah dan doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


Semoga bermanfaat untuk kita semua! Jom kita amalkan!

Aniey Hidup Sihat


Facebook : Tips Kebahagiaan Anak Dari Prof Dr Muhaya

Saturday, 8 November 2014

Bagaimana Omega-3 Bertindak Bagi Membantu Mengurangkan Serangan Pada Pesakit Asma / Asthma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tengkorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.




Meskipun, ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi. Malah pakar-pakar turut mennganggarkan 80% daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. 



Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.



Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat lebih dari 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.



Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Torasik Malaysia mandapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.



Statistik menunjukkan lebih dari 53% kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001. Malah, ibubapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.


"Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

"Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan," katanya

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

"ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)

"Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya," jelasnya


Kebaikan Omega Guard Shaklee Berbanding yang lain 

1. Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies)
2. Bukan dari hati minyak ikan (hati ikan selalunya mengandungi toksik)
3. 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
4. minyak ikan paling tulen di dunia dengan mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi
5. satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA
6. Menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutical teknologi terkini untuk menghasilkan omega 3 yang paling tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik,kadminum dll

Jadi jom kita beri Omega 3 untuk anak-anak kita!

Sumber gambar : Google Images

Friday, 7 November 2014

Mengapa Kita Perlu Lebihkan Minum Air Apabila Demam?

Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya jumlah air yang disedut melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya. Tubuh akan menurun keadaannya apabila kadar air menurun jika kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut.




Justeru, disarankan agar minum air seliter lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh rasa dahaga kita. Ini kerana kehilangan 4% cairan sahaja akan mengakibatkan penurunan tenaga kita sebanyak 22%!





Bayangkan jika kita kehilangan 7% air, sudah pasti kita akan mulai berasa lemah dan lesu.



Air yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah kira-kira 2 hingga 2.5 liter (8-10 gelas sehari) 



Kandungan air dalam otak meliputi 80%, ginjal 82%, jantung 86%, paru-paru 80%, tulang 22% dan darah 90%. Apabila kandungan air di dalam organ-organ ini tetap dipertahankan sesuai dengan keperluan maka organ tersebut akan tetap sihat. Sebaliknya apabila menurun, fungsinya juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus dan lain-lain. Betapa besarnya peranan air di dalam tubuh kita.


Air diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar daripada tubuh melalui air kencing, perpeluhan, pernafasan dan lain-lain.




Manfaat Air :



1. Melancarkan sistem percernaan ~ air mencukupi akan menghindari masalah sembelit



2. Kecantikan ~ Apabila kita kurang minum air tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkedut

3. Membantu Kesuburan ~ pengambilan air yang mencukupi akan meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita


4. Membantu mengubati strok ~ kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah


5. Menyegarkan badan ~ Jika kita tidak minum air dalam masa beberapa hari kita akan mengalami dehidrasi yang sangat teruk yang akan melumpuhkan seluruh organ dan badannya.

6. Relaks ~ Ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37c

7. Keseimbangan Badan ~ Jika jumlah air menurun di dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus

Apabila kita demam, selera hilang, segala-gala yang kita makan terasa pahit kan..nasi terasa pahit air juga berasa payau. Sudah tentu kita tidak mampu untuk makan dan minum mengikut keperluan tubuh. Huhu...sewaktu saya demam saya hanya minum Performance Drink sahaja. Nasib baik kesedapan rasa orennya masih terasa ditekak. Malah ia menghidrat lebih baik dari air. Alhamdulillah rasa bertenaga skit.

Oleh itu, sekiranya kita demam kena pastikan seboleh-bolehnya minum air dalam kadar yang mencukupi bagi mengelakkan kita dari nyahhidrasi. Dengan sebab kurang air juga menyebabkan kita letih, lesu, tak bermaya dan mungkin mengakibatkan pitam.

Semoga bermanfaat!

Aniey Hidup Sihat

Wednesday, 5 November 2014

Panduan Memasak Cara Sihat Untuk Kesihatan Jantung

Pemakanan yang baik bukan sekadar memilih makanan yang betul. Amat penting untuk menyediakan makanan dan pada masa sama mengekalkan kebaikan malahan mungkin menambah nilai pemakanan terhadap hidangan kegemaran anda.

Matlamat pemakanan bagi individu yang mengalami masalah penyakit jantung ialah mengurangkan pengambilan garam, lemak, kolesterol dan meningkatkan pengambilan serat.

Amalan pemakanan sihat bukan hanya memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita amalkan :

1. Mengekalkan rasa, warna dan nutrien di dalam sayuran
  • pilih cara memasak kukus, tumis atau ketuhar gelombang mikro
  • masukkan sayur daun di waktu akhir sekali ketika memasak sup sayur
  • elakkan masak sayur terlalu lama
  • tambah sayur ke dalam pelbagai hidangan anda
Bertukar cara memasak kepada memanggang mungkin boleh menyelamatkan nyawa kita
2. Kurangkan Pengambilan Garam
  • Kurangkan separuh penggunaan garam dalam resepi kegemaran sebaliknya lebihkan herba dan rempah semulajadi untuk menambah perisa dalam masakan
3. Kurangkan Pengambilan Lemak
  • guna kuali tidak melekat untuk memanggang atau menumis untuk mengurangkan penggunaan minyak
  • kerap memanggang, merebus, menumis dan mengukus. cara masak ini kurang penggunaan minyak. Masakan singgang, asam pedas, asam rebus, ikan bakar dan ikan kukus antara contoh yang baik
  • kurangkan kekerapan menggoreng kepada tidak lebih 2 kali seminggu. Gunakan minyak kelapa sawit apabila menggoreng (deep fry)
  • kurangkan memanggang dengan api secara terus kepada makanan kerana ia menghasilkan sebatian yang boleh menyebabkan kanser
  • keluarkan dan buang minyak berlebihan pada sambal dan kari, serap minyak dalam makanan bergoreng dengan menggunakan tisu
  • sejukkan sup dan buang lapisan lemak diatasnya sebelum dipanaskan dan dihidangkan
  • gunakan produk rendah lemak seperti keju rendah lemak, krim salad rendah lemak dan tanpa kolesterol
  • ganti santan dengan susu sejat, susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak
  • gunakan telur rendah kolesterol atau guna 2 putih telur sebagai ganti satu biji telur untuk resepi kek
  • gantikan separuh lelemak dalam resepi kek dengan menggantikannya dengan applesauce, prun yang dikisar, pisang yang dihancur atau yogurt
  • gunakan dalam kuantiti sedikit marjerin, kaya, mentega kacang dan mentega sebagai sapuan

Di samping mengamalkan gaya masakan dan pemakanan yang sihat, pengambilan supplement atau makanan tambahan banyak memberikan kebaikan.

Shaklee Untuk Kesihatan Jantung







Selamat Menjaga Kesihatan Jantung Anda!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

Saturday, 1 November 2014

Hidup Sihat Tanpa Kesan Sampingan Dadah Sintetik ~ Testimoni Shaklee Effect

Kami berbesar hati ingin menyebarkan kebaikan shaklee yang telah diakui oleh ramaiiii orang di luar sana.

Shaklee membantu membina kesihatan yang lebih baik. Jika boleh kurangkan kebergantungan kita kepada ubat-ubatan sintetik maka itu lebih baik kan. Ubat untuk mengubati dan menyembuh manakala vitamin untuk membina  kesihatan yang lebih baik.

Jom kita tengok apa kata mereka di luar sana yang telah mengurangkan penggunaan dadah sintetik dalam kehidupan mereka.









Wednesday, 29 October 2014

Scrub Badan Dan Muka Tradisional Homemade

Exclusive Royal Scrub dihasilkan 100% dari bahan tradisional, 100% secara tradisional dan 100% menggunakan bahan yang halal dan menggunakan ramuan turun temurun orang kampung.

Antara khasiat Exclusive Royal Scrub ialah :

~ memudarkan dan menghilangkan parut
~ mengurangkan selulit
~ menghilangkan bau badan
~ mencerah dan melicinkan kulit
~ melembabkan kulit
~ mengurang dan mengecutkan jerawat
~ amat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang
~ untuk ibu-ibu selepas bersalin bagi melicin dan menghaluskan kulit dari kesan semasa mengandung

Dengan hanya 4 langkah mudah penggunaan ERS :

Langkah 1 : sediakan ERS, air suam dan bekas yang sesuai
Langkah 2 : ambil ERS dalam kuantiti yang dikehendaki
Langkah 3 : campurkan dengan sedikit air suam dan gaul sekata
Langkah 4 : gosokkan di bahagian badan yang dikehendaki seperti muka, tangan, dan badan. Biarkan selama 2-5 minit sebelum dibilas


Hasilnya memang jelas dapat dirasai walau dengan minima penggunaan!

Ramai yang sudah berpuas hati!


Jom dapatkan ERS dengan harga promosi sekarang!

Hubungi : Aniey Yusoff 0137773122

Tuesday, 28 October 2014

Asma Di Kalangan Kanak-kanak

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10-14% kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walaubagaimanapun banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Asma terjadi di kalangan kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga atau pun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti  ekzema, allergik rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Apakah asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi :
  • merah 
  • bengkak
  • menghasilkan lendir berlebihan 
  • mudah terangsang (hypersensitive)
  • apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas
Atau di dalam bahasa melayu atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat.



Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Antara Faktor Pencetus Asma :
  • jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • merokok
  • perubahan cuaca
  • alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan
  • senaman
  • bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai
  • makanan dan perasa tambahan makanan
  • ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer)
  • gangguan emosi
  • gastro-oesophageal reflux (pengaliran asid dalam perut ke atas)

Gejala Utama Penghidap Asma :
  • batuk berulang dengan berdehit terutama batuk di waktu malam (waktu tidur)
  • rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel)
  • kesukaran berbafas
Tanda-tanda Asma :
  1. sebahagian kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma
  2. dada berbentuk dada burung (barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik
  3. adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergis rhinitis) juga menyokong diagnosa asma
  4. bafas berbunyi (audible wheeze)
  5. susah untuk menghembus nafas
  6. nafas laju
  7. denyutan jantung cepat
Serangan yang teruk akan menyebabkan kanak-kanak :
  • warna kebiruan pada bibir dan kuku
  • kelihatan gelisah
  • letih lesu
  • bimbang
  • kulit berpeluh dan sejuk
Kanak-kanak asma di peringkat teruk mungkin memerlukan inhaler

Asma boleh dielak sekiranya faktor pencetus asma dapat dikurangkan. Ia boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. 

Walaubagaimanapun, pencegahan kepada faktor pencetus asma secara berterusan dan rawatan yang betul serta pengambilan nutrisi makanan yang sihat mampu menghindarkan asma. Ramai kanak-kanak yang sudah bebas daripada asma.

Alhamdulillah, anak saya Amirah Alyaa sudah bebas dari asma. Selain kurangkan pendedahan kepada faktor pencetus asma saya juga memberi dia makan Supplement Shaklee iaitu Omega Guard Shaklee dan Nutriferon

Boleh baca link Testimoni anak saya ni Omega Bantu Anak Saya Pulih Dari Asma


Mengikut kajian klinikal di University Of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Penyelidik mencadangkan pengambilan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan berkesan untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

Interferon semulajadi tubuh dan satu-satunya di dunia yang dibangunkan oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. 

Kanak-kanak yang mudah mendapat asma adalah kanak-kanak yang mempunyai keimunan badan yang rendah dalam melawan jangkitan penyakit dan tidak dapat bertahan terhadap serangan allergen oleh faktor pencetus asma.

Interferon dapat membantu dengan mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian-kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofaj

sumber : myhealth

www.ginasthma.com

Sampai masanya kita perlu meningkatkan keperluan nutrisi kanak-kanak agar mereka dapat membina sistem pertahanan badan yang kuat.

Segera dapatkan Set Asma Shaklee untuk kanak-kanak ini!

Hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com
Page : Nikmat Hidup Sihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...