Tuesday 28 October 2014

Asma Di Kalangan Kanak-kanak

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10-14% kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walaubagaimanapun banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Asma terjadi di kalangan kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma di kalangan ahli keluarga atau pun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti  ekzema, allergik rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

Apakah asma?

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi :
  • merah 
  • bengkak
  • menghasilkan lendir berlebihan 
  • mudah terangsang (hypersensitive)
  • apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas
Atau di dalam bahasa melayu atau dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat.



Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Antara Faktor Pencetus Asma :
  • jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • merokok
  • perubahan cuaca
  • alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan
  • senaman
  • bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai
  • makanan dan perasa tambahan makanan
  • ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer)
  • gangguan emosi
  • gastro-oesophageal reflux (pengaliran asid dalam perut ke atas)

Gejala Utama Penghidap Asma :
  • batuk berulang dengan berdehit terutama batuk di waktu malam (waktu tidur)
  • rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel)
  • kesukaran berbafas
Tanda-tanda Asma :
  1. sebahagian kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma
  2. dada berbentuk dada burung (barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik
  3. adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergis rhinitis) juga menyokong diagnosa asma
  4. bafas berbunyi (audible wheeze)
  5. susah untuk menghembus nafas
  6. nafas laju
  7. denyutan jantung cepat
Serangan yang teruk akan menyebabkan kanak-kanak :
  • warna kebiruan pada bibir dan kuku
  • kelihatan gelisah
  • letih lesu
  • bimbang
  • kulit berpeluh dan sejuk
Kanak-kanak asma di peringkat teruk mungkin memerlukan inhaler

Asma boleh dielak sekiranya faktor pencetus asma dapat dikurangkan. Ia boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. 

Walaubagaimanapun, pencegahan kepada faktor pencetus asma secara berterusan dan rawatan yang betul serta pengambilan nutrisi makanan yang sihat mampu menghindarkan asma. Ramai kanak-kanak yang sudah bebas daripada asma.

Alhamdulillah, anak saya Amirah Alyaa sudah bebas dari asma. Selain kurangkan pendedahan kepada faktor pencetus asma saya juga memberi dia makan Supplement Shaklee iaitu Omega Guard Shaklee dan Nutriferon

Boleh baca link Testimoni anak saya ni Omega Bantu Anak Saya Pulih Dari Asma


Mengikut kajian klinikal di University Of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Penyelidik mencadangkan pengambilan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan berkesan untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

Interferon semulajadi tubuh dan satu-satunya di dunia yang dibangunkan oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. 

Kanak-kanak yang mudah mendapat asma adalah kanak-kanak yang mempunyai keimunan badan yang rendah dalam melawan jangkitan penyakit dan tidak dapat bertahan terhadap serangan allergen oleh faktor pencetus asma.

Interferon dapat membantu dengan mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian-kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofaj

sumber : myhealth

www.ginasthma.com

Sampai masanya kita perlu meningkatkan keperluan nutrisi kanak-kanak agar mereka dapat membina sistem pertahanan badan yang kuat.

Segera dapatkan Set Asma Shaklee untuk kanak-kanak ini!

Hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com
Page : Nikmat Hidup Sihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...