Showing posts with label madu asli. Show all posts
Showing posts with label madu asli. Show all posts

Friday, 24 October 2014

Khasiat Madu Dalam Perubatan Islam

Madu telah dikenali oleh manusia sejak zaman dahulu lagi bahawa ia merupakan ubat dan mempunyai pelbagai khasiat dalam mengubati segala penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu" (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. "

(Surah an-Nahl 16:68-69)

Maksud Hadis : Hendaklah kalian menggunakan dua jenis penawar iaitu madu dan al-quran

(riwayat Ibnu Majah no.3452)


Kandungan Nutrisi madu boleh rujuk di sini

Antara Kebaikan Madu ialah :

1. Madu Mudah Dicerna

Molekul gula pada madu boleh berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa). Oleh itu madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walaupun memiliki kandungan asid yang tinggi.

Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik. Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walaupun memberi tenaga yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.

Jika dicampur dengan air panas, madu dapat meresap ke dalam darah dalam masa 7 minit. Molekul gula bebasnya membuatkan otak berfungsi lebih baik kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

2. Madu Membantu Pembentukan Darah

Madu membantu pembersihan darah dan berpengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapilari dan arteriosklerosis.

3. Madu merawat luka dan cedera ringan

Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

4. Penawar kepada selsema, sakit tekak dan batuk

Selsema ringan dan berat dapat disembuhkan dengan satu sudu makan madu suam-suam kuku dan setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari selama 3 hari

5. Baik untuk Percernaan Badan

Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Madu mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. selain tu, madu juga efektif untuk melegakan masalah sakit perut

6. Merawat keguguran rambut

Orang yang mengalami keguguran rambut atau kebotakan boleh menggunakan campuran minyak zaitun panas yang dicampur dengan satu sudu makan madu dan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis. Campuran ini diramas dan lumurkan di kepala dan dibiarkan selama kira-kira 5-15 minit kemudian dibasuh

7. Merawat Masalah kolesterol

Kadar kolesterol darah dapat diturunkan dengan 2 sudu makan madu dan 3 sudu teh serbuk kulit kayu manis bersama air teh. Madu asli yang diminium setiap hari akan membantu mengatasi masalah kolesterol.

8. Masalah keletihan

Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula dalam madu lebih bermanfaat daripada merugikan tubuh. Warga emas yang menggunakan madu terbukti lebih segar dan sihat

9. Menjadikan kulit lebih cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembab dan menghaluskan kulit. untuk wanita yang baru melahirkan anak mereka disyorkan untuk mengambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan cantik seperti sedia kala.

Madu penuh dengan pelbagai penawar dalam mengubati segala penyakit. Bacaan lanjut boleh rujuk sini.

Rutin saya sekarang adalah meminum segelas ESP Shaklee bersama sesudu madu. Madu ni saya beli dari seorang pakcik kat kampung. Kata pakcik ni dia bersabung nyawa mencari madu ni. Tapi nak buat macam mana demi mencari rezeki.

Hari-hari tanpa segelas ESP dan madu terasa perbezaannya!

Cubalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...