Tuesday 17 February 2015

Bahaya Sakit Gastrik Kronik Dengan Simptom Muntah Dan Pedih Perut Seperti Terbakar

Bila diingat hari sewaktu mendapat sakit gastrik beberapa tahun yang lalu rasa kecut perut. Bukan kecut perut sebab takut tetapi mengingatkan perasaan yang teramat sakit ketika itu. Bergolek berguling suatu kesakitan yang tak terluah nak diceritakan. Perut umpama seperti terbakar.

Selepas dari itu saya serik, tak biarkan perut bernyanyi kelaparan. Mesti saya dahulukan makan. Waktu tu masih belajar. Dan saya selalu pastikan roti selalu ada di waktu kecemasan. Tapi sekarang kenangan kesakitan tu dah berlalu. Bangun pagi sebelum perut berbunyi minta diisi saya pastikan saya minum dulu segelas madu bersama minuman protien.

Sakit gastrik kronik banyak mengundang bahaya komplikasi kesihatan

Kenapa protien? Protien sebenarnya adalah komponen utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita perlukan protien. 

Kehadiran asid amino di dalam protien yang penting untuk membina otot, organ dan merangsang pembentukan semula kulit juga membantu mempercepatkan pembaikan keradangan perut pesakit gastrik. 

Saya juga amalkan pengambilan konsisten 4 biji tablet kalsium. Selain saya dapat manfaat untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, sakit otot dan kebas-kebas anggota badan setelah penat seharian melakukan kerja rumah, kalsium sebenarnya penting bagi pesakit gastrik untuk meneutralkan asid di dalam perut kerana kalsium adalah bersifat alkali.

Tetapi saya tidak mengambil sembarangan protien dan kalsium kerana tersalah memilih produk berunsurkan sintetik lebih memberikan keburukan berbanding kebaikan. Saya amalkan ESP dan Ostematrik dari Shaklee yang sememangnya terkenal dengan kesemulajadian vitaminnya. Tambahan pula produk shaklee mempunyai beratus-ratus ujian klinikal dan diiktiraf dunia sebagai vitamin semulajadi yang terbaik.

Baru-baru ini shaklee dinobatkan sebagai 'The best brand in Nutritional Supplement'


Dengan shaklee, pengguna dijamin SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI

Peppermint ginger plus yang dihasilkan dari 4 herba iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis juga sangat membantu mengatasi gastrik dan loya. Pengambilannya membantu mencuci usus dan perut, membantu melegakan kesakitan gastrik dan mempunyai kesan penenang bagi melegakan kesan sampingan seperti pening, muntah dan hilang selera makan.

Pasti kita tidak mahu meletakkan diri kita dalam golongan berisiko tinggi untuk penyakit lain. Bahaya gastrik yang tidak dikawal boleh mengakibatkan :

1. Ulser perut yg kronik akan menyebabkan pendarahan pada dinding perut dan boleh mengakibatkan najis berdarah berwarna hitam dan muntah darah

2. Pendarahan dinding perut yang tak terkawal boleh mengakibatkan seseorang itu anaemia atau pengsan akibat kekurangan darah

3. Kajian menunjukkan pesakit gastrik yang kronik boleh menyumbang kepada kanser perut

Cuba dengar kisah pesakit gastrik di bawah ni. Bertahun menderita sakit gastrik dan alhamdulillah akhirnya bertemu penawarnya 


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Mencegah itu pasti lebih baik bukan. Jom cegah sebelum kronik!

Aniey Yusoff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...