Tuesday 30 July 2013

PENYAKIT PANAU ADAKAH BERJANGKIT ATAU TIDAK?

Harini terasa nak menulis entry mengenai penyakit panau ni. Sebab utama mungkin kerana ramai orang yang memandang ringan mengenai penyakit ini. Lain pulak bagi orang yang menengoknya ni. Tengok kulit kawan kita tu macam bertompok-tompok je kita pun dah mula risau nak lelama duduk ngan dia takut berjangkit kan. Hihi..mungkin ada baiknya kita berwaspada begitu kan.

Ok, penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan tertentu. Penyakit ini biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang menghidapnya berpeluh.

Rupa penyakit panau tu macam dalam gambar ni





Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadangkala bercantum menjadikan permukaan yang terlibat lebih luas.

Siapa yang boleh dapat panau?

ツ Panau boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. 
ツ Pesakit yang kekurangan zat makanan  atau mengambil ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.
ツ Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan

Adakah panau berjangkit?

Jawapannya tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah

Bagaimanapun, kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri dari mencegah berlakunya jangkitan, elakkan dari perkara berikut :
✔ berkongsi tuala mandi
✔ mandi tanpa menggunakan sabun mandi
✔ memakai baju yang sama berulang kali
✔ membasuh muka atau mandi semasa badan berpeluh
✔ sentiasa amalkan tabiat menjaga kebersihan diri

Supplement shaklee dalam merawat panau :

ESP - ESP kaya dengan protien yang penting untuk membina sel-sel yang sihat
Herb-Lax - membantu tubuh untuk detoksifikasi
Garlic - mengandungi bahan semulajadi melawan fungus dan kulat
Vitamin C - membantu tubuh melawan infeksi kulat
Zinc Complex -  menghalang fungus dan meransang sistem imun
Alfalfa - bersifat anti kulat bagi melawan jangkitan 

sumber : myhealth.gov,wikipedia

Owhh..kalau sesapa yang ada masalah dengan panau ni boleh la berikhtiar dengan supplement shaklee ni. Selamat dan semulajadi!

Beli sendiri Set Untuk Kulit ini ---------->>ORDER SEKARANG

atau

Boleh hubungi saya :
Aniey Yusoff (013-7773122)
emel : aniey434@yahoo.com

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE


2 comments:

  1. kalau makan supplement alfafa dulu, adakah panau boleh dirawat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis tina, insyaAllah boleh bantu mengurangkan simptom panau. Asalkan kebersihan diri pun kita jaga jugak. Tapi utk dapat hasil lagi baik elok lg kalau ada tambahan supplement lg.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...