Wednesday, 31 July 2013

KETAHUI PENTINGNYA AIR YANG BERSIH DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Kali ni saya membawakan satu isu yang amat penting dalam menentukan tahap kesihatan kita. Orang kata macam akar umbi la. Elok akarnya maka InsyaAllah eloklah pokoknya kan...Terfikir isu ni sebabnya air di rumah saya amat kuat bau klorin. Bemula dari sini saya berusaha mencari maklumat mengenai bahaya air yang tercemar. Sebagai ibu saya tak ingin anak-anak saya yang masih kecil menerima tempias hasil dari meminum air yang tidak selamat.

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan selepas udara. Tiga per empat bahagian dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorang pun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Air banyak digunakan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran yang ada disekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi dan banyak lagi. Penyakit-penyakit yang menyerang manusia juga disebarkan melalui air.

Badan manusia secara puratanya terdiri dari 70% air . Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakkan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air penting untuk fungsi penghadaman, membuang sisa toksin dalam tubuh, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air melalui pernafasan. Kita perlu meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengganti keperluan air yang hilang. Malangnya kita biasanya minum air sekadar untuk menghilangkan rasa haus semata bukan untuk mencukupkan keperluan air yang hilang hasilnya kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang ditandai dengan simptom seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kapanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan dan meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.

Soalnya selamatkan air minuman kita?

Mengikut statistik yang dijalankan kira-kira 1.1 billion orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan pencemar dan selamat untuk diminum. Setiap tahun hampir 5 juta manusia mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air.

Banyak faktor yang menyebabkan air tercemar antaranya termasuklah pencemaran daripada paip yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun. Kos penggantiannya amat mahal dan sangat merumitkan untuk dijalankan. Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk melakukan pelbagai cara bagi menangani pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu amat sukar untuk dielakkan. Cuba kita bayangkan paip air yang dah berpuluh tahun itu sudah tentu mempunyai kandungan karat yang amat tinggi!

Faktor pencemaran menyebabkan semakin banyak air di bumi ini hilang bentuk eksogennya. Bahan kimia seperti klorin, racun pertanian dan perindustrian, alkohol, gas beracun, bahan radioaktif dan bermacam lagi merupakan punca utama. Bila bilangan molekul air eksogen dalam badan semakin berkurangan air akan cenderung mengganggu tindak balas kimia dalam sel badan kita dan seterusnya mengakibatkan penyakit. Oleh itu kualiti air yang bersih amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan kita.


Risiko meminum air tercemar

Sampah sarap menyebabkan punca air tercemar

Bahan buangan sisa industri


Oleh itu sedarlah kita bahawa badan kita perlukan air yang bersih untuk terus kekal sihat!

Nantikan entry seterusnya untuk ketahui bagaimana saya memastikan air di rumah bebas daripada bahan berbahaya dan semestinya selamat diminum tanpa was-was terus dari paip!

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Tuesday, 30 July 2013

PENYAKIT PANAU ADAKAH BERJANGKIT ATAU TIDAK?

Harini terasa nak menulis entry mengenai penyakit panau ni. Sebab utama mungkin kerana ramai orang yang memandang ringan mengenai penyakit ini. Lain pulak bagi orang yang menengoknya ni. Tengok kulit kawan kita tu macam bertompok-tompok je kita pun dah mula risau nak lelama duduk ngan dia takut berjangkit kan. Hihi..mungkin ada baiknya kita berwaspada begitu kan.

Ok, penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan tertentu. Penyakit ini biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang menghidapnya berpeluh.

Rupa penyakit panau tu macam dalam gambar ni





Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadangkala bercantum menjadikan permukaan yang terlibat lebih luas.

Siapa yang boleh dapat panau?

ツ Panau boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. 
ツ Pesakit yang kekurangan zat makanan  atau mengambil ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.
ツ Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan

Adakah panau berjangkit?

Jawapannya tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah

Bagaimanapun, kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri dari mencegah berlakunya jangkitan, elakkan dari perkara berikut :
✔ berkongsi tuala mandi
✔ mandi tanpa menggunakan sabun mandi
✔ memakai baju yang sama berulang kali
✔ membasuh muka atau mandi semasa badan berpeluh
✔ sentiasa amalkan tabiat menjaga kebersihan diri

Supplement shaklee dalam merawat panau :

ESP - ESP kaya dengan protien yang penting untuk membina sel-sel yang sihat
Herb-Lax - membantu tubuh untuk detoksifikasi
Garlic - mengandungi bahan semulajadi melawan fungus dan kulat
Vitamin C - membantu tubuh melawan infeksi kulat
Zinc Complex -  menghalang fungus dan meransang sistem imun
Alfalfa - bersifat anti kulat bagi melawan jangkitan 

sumber : myhealth.gov,wikipedia

Owhh..kalau sesapa yang ada masalah dengan panau ni boleh la berikhtiar dengan supplement shaklee ni. Selamat dan semulajadi!

Beli sendiri Set Untuk Kulit ini ---------->>ORDER SEKARANG

atau

Boleh hubungi saya :
Aniey Yusoff (013-7773122)
emel : aniey434@yahoo.com

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE


Sunday, 28 July 2013

Vitamin Shaklee Untuk Wanita Yang Cantik Sampai Tak Pandang Set Kecantikan Lain Dah

Assalamualaikum...Salam ceria di Bulan Ramadhan

Wahh!!..dengar tajuknya macam menarik..wanita dan kecantikan mana boleh dipisahkan kan?? Hihi saya yang menulis ni pun begitu teruja nak berkongsi mengenai kebaikan vitamin shaklee bukan untuk cantik saja bahkan bonus kesihatan pun dapat. Sihat dalam barulah terpancar kecantikan hingga ke luar betul tak?? Barulah kecantikan semulajadi. Awesome gitu!

Ok, supplement yang paling hangat dan laris dan menjadi kegilaan wanita untuk mencantikkan kulit ialah ESP (energising soy protien). ESP ni memang kena buat stok siap-siap kat rumah sebab asyik licin aje stoknya kt branch. Out stok tu maknanya demand tinggi la kan. Tak nak cuba ke? hihi

ESP



Antara manfaat ESP :
  • menyihatkan kulit, kuku, rambut dan otot
  • membekalkan tenaga berpanjangan (penting untuk ibu hamil dan menyusukan)
  • membaik pulih sel yang rosak. Protien kan makanan kepada sel sebab itulah protien penting untuk semua aktiviti tubuh
  • boleh baca selanjutnya lagi tentang manfaat dan kelebihan ESP

VITAMIN B COMPLEX



Haa..ini satu lagi vitamin favorite wanita. B complex ni rahsia untuk awet muda kalau nak tahu. Penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, kurangkan migrain, keletihan, tekanan, insomnia, meredakan senggugut dan mencegah rekahan mulut. Menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Mengurangkan garis-garis halus di kulit. Bila sel darah merah cukup dan sihat memancarkan refleksi pada wajah. Wahh!! Bestnya!


GLA COMPLEX


GLA Complex ni pendamping setia wanita kalau nak tau. Untuk betulkan hormon wanita yang tak stabil,  yang ada masalah senggugut (PMS), kawal paras kolesterol, kurangkan simptom menopaus, dan of cource untuk kulit yang cantik berseri-seri.


VITAMIN C


Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ni ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein) supaya kulit sentiasa kenyal. Kurangnya kolagen dalam tubuh menyebabkan kulit jadi calar, lebam dan bersisik. Kolagen daripada vitamin C membuatkan kulit jadi bersinar dan gebu!


VITAMIN E


Siapa yang tak tahu Vitamin E atau lebih dikenali sebagai Vitamin cinta memang sinonim dengan kecantikan kulit dan melawan penuaan. Ia bersifat antioksidan dan melawan kerosakan sel akibat dari radikal bebas

COLLAGEN POWDER


Uihh collagen powder ni lagi best tau! Kolagen meningkatkan kelembapan, keanjalan dan memberi keserian kepada keseluruhan wajah dan badan. Mengurangkan garis halus dan pigmentasi juga untuk kesihatan rambut

Ok, mari kita tengok apa kata mereka yang dah dapat hasil kulit cantik dari vitamin shaklee ni





On budjet? Kena amik semua ke? Tak tahu nak amik yang mana?
Lagi best mestilah kalau amik semua tapi kalau budjet terhad hubungilah saya. Saya boleh membantu anda melalui konsultasi yang berterusan. Of course!

Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA






Friday, 26 July 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL


Tatkala seorang wanita disahkan hamil, merupakan satu saat yang sangat bahagia. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah lama menantikan kehadiran cahayamata dalam hidup mereka. Perasaan ketika hamil sangatlah bahagia dan indah.

Pengambilan makanan yang seimbang ketika hamil sangat penting kerana pada ketika ini nutrisi yang lengkap bukan sahaja penting untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :
  • mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir
  • mengurangkan risiko kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • membantu si ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh berpantang
  • mencukupkan keperluan nutrisi si ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan
Vitamin Shaklee Untuk Ibu hamil antaranya :

B- Complex 
✎ lengkap dengan 8 keluarga vitamin B termasuk asid folikyang penting untuk perkembangan tuib neural dan tumbesaran janin





Vitalea
✎ multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA. Iron penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan


Ostematrik
✎ kapsul kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, mangan, dan boron untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Kekurangan kalsium menyebabkan ibu hamil cenderung untuk kejang kaki dan kebas di bahagian pinggang



Vitamin C
✎ Anti oksidan, mengandungi nutrien yang mempunyai fungsi yang menyeluruh bagi menyokong dan menguatkan sistem imun



ESP (Energising Soy Protien)
✎ sumber protien soya non GMO yang bagus untuk mempercepatkan baik pulih luka
✎ membantu menguatkan rahim si ibu, memberi tenaga kepada ibu dan menghalang keguguran



Omega Guard 
✎ mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega -3 semulajadi iatu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Sumber omega -3 terbaik dari minyak ikan tulen. Omega penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang aik

Mahu yang terbaik untuk anda dan juga bayi? 
Jom dapatkan set vitamin untuk ibu hamil sekarang!
Hubungi saya untuk konsultasi :

Aniey Yusoff (013-7773122)
emel : aniey434@yahoo.com

atau klik sahaja untuk pembelian sendiri

------->>ORDER : VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE


Thursday, 25 July 2013

KELEBIHAN OSTEMATRIK SHAKLEE JADIKAN GIGI SAYA KUAT!

Assalamualaikum..Salam ceria semua..

Oowh harini saya dengan sukacitanya dan penuh excitednya nak berkongsi dengan semua kelebihan ostematrik shaklee. Saya panggil oste je nama manja dia. Hihi.. Kisah ni adalah kesinambungan daripada kisah saya yang kesakitan gigi. Boleh baca di sini

Kisahnya walaupun selepas pergi cuci gigi, 3 batang gigi depan yang bergoyang tu amat merisaukan hati...ye la buatnya tanggal 3 gigi tu mau tak rongak ke dah la gigi depan lak tu. Sakit gigi dah hilang goyang je belum hilang. Doktor pun tak jamin yang gigi goyang tu boleh baik balik ke tak..huhu

Bermulalah kegigihan daku menelan 4 biji ostematrik untuk memastikan penyerapan 99% kalsium untuk bantu kuatkan semula gigi saya. Dan alhamdulillah setelah 2 minggu hasilnya hari ni gigi saya dah tak goyang dah...so excited! Syukur! Thanks oste!





Kenapa saya pilih ostematrik? 

Kelebihan ostematrik kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang penting untuk menghalang sembelit dan selamat dari risiko batu karang. Setiap tablet ostematrik mengandungi 250mg kalsium. Kita digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari. Pengambilan 4 biji ostematrik sehari untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan risiko osteoporosis kerana kalsium dalam badan semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan umur. 

Inilah antara manfaatnya :

  • membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
  • menghalang osteoporosis
  • memulihkan kekejangan dan kebas-kebas (penting untuk ibu-ibu hamil dari terjadinya kaki cramp)
  • meringankan stress
  • memperbaiki masalah haid
  • pengalkalian tubuh
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Ok sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan oste ni. Nantikan entry yang lain pulak ye saya cerita panjang-panjang. Sekian saja testimoni saya. Testimoni terbaik mestila dari diri sendiri. Nanti saya kongsikan lagi pengalaman2 saya bersama shaklee ni. Banyak...

Dah tau kelebihan ostematrik? Jadi tunggu apa lagi?
Nak order? Hubungi :
Aniey Yusoff (013-7773122 -sms/whatsapp)
emel : aniey434@yahoo.com

Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE





PENYEBAB BUASIR DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ia boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau kawasan luar. Kebiasaannya pesakit akan merasa sakit kesan daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan menonjol dan kadangkala pecah apabila meneran. Selain bengkak pada bahagian dubur pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.






Buasir Dalaman 
~ lazimnya tidak berasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum
~ tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan

Buasir Luaran
~ mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur
~ jika buasir ini tesepit (terputus bekalan darah) bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit
~ apabila salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkankan sepenuhnya
~ buasir akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding sebelumnya

Terdapat 4 tahap yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir iaitu :

Tahap 1 - berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
Tahap 2- disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)
Tahap 3 - keadaan yang sama seperti tahap 2 tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal
Tahap 4 - darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur

Antara penyebab terjadinya buasir adalah :
  • duduk untuk jangka masa yang lama
  • mengandung atau bersalin
  • meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • batuk yang teruk
  • mengangkat berat
  • pengamalan seks melalui dubur oleh golongan homoseksual
  • regangan yang melampau semasa pergerakan usus  atau ketika sembelit
  • cirit-birit yang kronik
  • kurang mengambil makanan berserat dalam diet harian

Bagi mengelakkan terjadinya buasir sentiasa amalkan perkara-perkara berikut :
  • minum air sekurang-kurangnya 1.5L hingga 3L setiap hari
  • hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda
  • jika pekerjaan memerlukan untuk anda selalu duduk, sekali-sekala anda perlu bangun berjalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Sentiasa bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum
  • jangan amalkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas
  • amalkan pemakanan yang tinggi serat, lebihkan sayur dan buah-buahan agar najis sentiasa lembut
  • elakkan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol)
  • dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit
  • segera berjumpa doktor sekiranya berlaku pendarahan

Aaa duduk lama dalam tandas pun boleh sebabkan buasir ye...saya selalu tengok ada orang bila nak masuk tandas mula mencari bahan bacaan seperti majalah atau surat khabar untuk membaca di dalam tandas..jangan selalu amalkan ye..hihi

Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah buasir :
1) Omega - baik untuk sendi dan otot, membantu mengecutkan otot yang bengkak
2) Ostematrik - membantu mengurangkan sembelit, melancarkan pembuangan air besar dan memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur
3) Zinc - membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat
4) Meal shakes - kaya dengan serat untuk membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah sembelit

Awas! buasir yang yang tidak dirawat boleh menyebabkan anda menjalani pembedahan. Cegah sebelum ia melarat!

Ingin dapatkan vitamin shaklee?
Hubungi : 013-7773122 (aniey yusoff)
Konsultasi berterusan diberikan

Tunggu apa lagi!

Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE








Monday, 22 July 2013

TESTIMONI KEKAL BERTENAGA DENGAN SET MIGHTY 3 GEM SHAKLEE

Ramadhan masih lagi berbaki 17 hari lagi. Macam mana kita-kita semua? Rahsia untuk segar dan cergas semasa bepuasa? Inilah dia set mighty 3 gems. Baca lebih lanjut di sini

Mari kita tengok apa kata mereka yang dah mengambilnya












Rahsianya dah tersebar..orang yang dah cuba je yang tau macam mana. Badan sihat dan cergas barulah senang nak buat amal ibadat..kalau tidak terlepek je.  Belum terlambat nak dapatkannya..habis puasa pun boleh amik lagi..sapa kata untuk bulan puasa je..cepat-cepat hubungi : 

Aniey Yusoff (013-7773122)
emel : aniey434@yahoo.com
PM Page : Nikmat Hidup Sihat

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

9 ORANG SITI YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera

Entry kali ni merupakan artikel yang sangat saya sayang sebabnya? Saya pun salah seorang yang bernama 'Siti". Hihi..Terima kasih mak dan ayah kerana telah memberikan nama ini pada saya. Mari sama-sama kita hayati kisah teladan 9 orang Siti yang hebat ini.

1) Siti Khatijah

Beliau merupakan isteri Rasullullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasullullah, setia, dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira'

2) Siti Fatimah

Anak Rasullullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karramallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasullullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

Beliau isteri Rasullullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasullullah. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh NAbi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu yang mithali)

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia

8) Siti Muti'ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja

9) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah SWT



Gambar credit to  IluvIslam.com


Semoga kita dapat mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Amin...


HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Saturday, 20 July 2013

SENARAI SET MENYUSU DAN BERSALIN SHAKLEE

Kehadiran berbagai jenama dalam pemilihan set bersalin adalah suatu yang memeningkan bagi para ibu yang akan melahirkan anak tidak lama lagi. Tradisional atau moden? 

Memilih set bersalin bukan sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan pemakanan si ibu dan juga kesan pada bayi nanti melalui penyusuan susu ibu. Pengambilan set bersalin yang sembarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundice atau 'kuning' dan memberi kesan kepada sel otak jika dibiarkan berlarutan.

Shaklee menawarkan beberapa set bersalin moden yang khasiatnya sehandal set bersalin tradional yang mana boleh disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan budjet si ibu. Set bersalin shaklee semakin mendapat tempat di hati para ibu kerana telah banyak membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Produknya juga selamat, berkesan dan berasaskan sumber semulajadi semata. Set besalin ini juga sesuai untuk set menyusu dan ibu-ibu yang pantang pembedahan.

Secara asasnya, semua vitamin dalam set vitamin untuk bersalin dan menyusu ini memberikan manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu seperti rasa lebih bertenaga, cergas walaupun kurang tidur, mengurangkan stress, mengimbangi keperluan nutrisi si ibu kerana ibu yang berpantang banyak kehilangan nutrisi. Apabila si ibu sihat, cergas, kurang stress maka penghasilan untuk susu ibu akan meningkat dan ibu dapat menyusukan bayi dengan lebih lancar. Hati yang tenang menghasilkan suatu keputusan yang gembira!

Berikut antara set bersalin dan menyusu yang ditawarkan :

SET B 


  • set asas untuk ibu menyusu dengan kehadiran alfalfa sebagai milkbooster
  • sesuai untuk ibu yang ingin memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi
  • Juga untuk ibu-ibu yang ada masalah keputihan 
  • Vitamin C - untuk mengukuhkan sistem imun
  • Vitalea - penting untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
  • Alfalfa - membantu menangani masalah eczema, sbg milkbooster dalam penghasilan susu ibu (*alfalfa tidak boleh diambil oleh ibu yang menghidapi SLE atau autoimune sistem*)
  • Alfalfa juga penting untuk masalah wanita seperti mengurangkan keputihan, merapatkan vagina dan agen menyahtoksinkan 
  • B-complex - penting untuk pembinaan sel darah merah, mengurangkan kemurungan dan stress

SET EUFOR PACK



  • set vitamin ibu menyusu dengan ostematrik tanpa alfalfa
  • alternatif kepada set B untuk ibu yang ada alahan dengan alfalfa
  • kehadiran ostematrik dalam set ini penting untuk mencegah sembelit bagi ibu
  • Ostematrik sumber kalsium yang penting untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi ibu dan bayi

SET EUFOR PACK PLUS


  • Set Eufor Pack + ESP
  • ESP - protien soya non GMO bantu pekatkan susu ibu, cantikkan kulit, rambut dan kuku
  • Vitamin asas penyusuan dengan kalsium dan protien
  • paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi
  • bantu ibu cergas dan bertenaga walau kurang tidur

SET E


  • untuk ibu yang ada masalah untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian
  • Ostematrik - formula lengkap kalsium, mangan dan vitamin D
  • sesuai untuk ibu yang mengalami kemeruduman susu setiap kali PMS

SET TRIPLE M


  • Highly recommend!
  • set yang terbaik dan paling laris kerana paling lengkap
  • digalakkan pada ibu yang ada masalah penyusuan
  • untuk ibu-ibu yang mula nak menyimpan stok EBM
  • untuk ibu yang mahu anaknya lena pada waktu malam
  • untuk ibu relaktasi @ induce lactation
Bagaimanapun ibu-ibu menyusu perlu faham dengan konsep 'more demand more supply'. Penting untuk ibu menyusukan bayi mereka sekerap yang mungkin dan mengepam 2-3 jam sekali bagi merangsang hormon untuk lebih keluarkan susu. Ibu-ibu perlu tenang dan rilek semasa menyusu. Tanpa pengosongan payudara, otak tidak dapat menghantar signal ke otak untuk lebih keluarkan susu. Banyakkan juga berdoa mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan agar terus menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Pastikan pengambilan air putih 3L sehari bagi membantu penyerapan supplement dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. 

Ingin dapatkan set bersalin atau menyusu tapi tak tahu yang mana satu sesuai?
Hubungi saya untuk konsultasi
013-777-3122 Aniey Yusoff
emel : aniey434@yahoo.com

Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat!

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Friday, 19 July 2013

Omega Bantu Anak Saya Pulih Dari Asma

Assalamualaikum..Alhamdulillah..

Masih lagi diberi nafas untuk terus berada pada pagi Jumaat yang penuh berkat di bulan Ramadahan. Entry kali ni saya nak kongsikan pengalaman anak sulung saya Amirah Alyaa berumur 5 tahun yang menghidapi asma semasa berumur 2 tahun.

Semenjak dia dapat asma pantang batuk skit mesti semput dan akan amik nebulizer. Kadang-kadang sebulan sekali dan kadang-kadang 2 kali sebulan. Perasaan risau hanya Allah je yang tau. Segala jenis ubat memang sentiasa stanby di rumah. Nak balik kampung pun risau je kot-kot dia kena asma kat sana. Ye la kat kampung klinik kebanyakkannya kul 9 dah tutup. 


Alyaa-masa tengah semput sangat2 ni Disember 2012

Itulah dia tiap kali suruh ibu amik gambar - Februari 2013

 Kali terakhir - Mac 2013

Hari pertama bagi dia makan omega masa tu dia batuk, risau jugak kalau dia dapat healing crisis dapat asma lagi teruk ke tapi saya kuatkan hati dan berdoa pada Allah mintak sentiasa diberikan kemudahan dan kesihatan pada anak-anak dan keluarga. Siangnya saya bagi nutriferon untuk aktifkan sistem imun dia. 2 hari selepas amik omega dan nutriferon malam berikutnya dia muntah-muntah yang teruk sampai lembik. Keluar semua kahak-kahak dan lendir-lendir. Habis semua cadar, bantal, katil dan lantai jadi tempat muntah. Jenuh la jugak saya nak membersihkannya..huhu


Dalam hati berdoa agar tak ada apa-apa yang memudaratkan berlaku. Alhamdulillah masuk ke malam balik dia dh boleh makan dan tak muntah dah. Masa tu teruskan jugak bagi omega dan nutriferon. Miracle..alhamdulillah, esok pagi hilang terus batuk kahak dia. Ada batuk-batuk biasa je. Syukur sesangat. Inilah kali terakhir dia batuk teruk. Sampai ke saat ini alyaa masih lagi diberi kesihatan yang baik. Dh lama tak kena asma. Hampir 4 bulan lamanya. 


Kali terakhir amik nebulizer bulan 3 yang lalu iaitu sebelum amik vitamin shaklee. Satu tempoh yang agak lama untuk alyaa tidak kena asma. Bukan setakat asma, demam dia pun dah takde. Kalau tidak, demam mesti berlarutan sampai 3-5 hari itupun dengan bantuan antibiotik. Sekarang tidak lagi bergantung pada ubat. Hanya pastikan di rumah sentiasa ada omega, nutriferon dan vitamin C. Inilah yang anak-anak saya konsisten makan sehingga sekarang. Nasib baik anak-anak saya suka. Siap kena sorok lagi kalau tidak asyik mintak nak makan vitamin yang ada air je...huhu

Alhamdulillah..semoga anak-anak saya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik..amin


Omega
Nutriferon Shaklee

Sesiapa yang ada anak-anak yang asma boleh berikhtiar dengan vitamin Shaklee. In shaa Allah dipermudahkanNya. Yang penting kita berusaha kan. Penawar Allah ada di mana-mana bagi mereka yang tak putus-putus berusaha.

Kisah kawan kita kat bawah ni lagi memberi motivasi. Kasih isteri yang mahu melihat suaminya bebas dari asma.




Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.


Jangan malu jangan segan hubungi saya :

Aniey Yusoff - 013-7773122
emel : aniey434@yahoo.com



HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Wednesday, 17 July 2013

MASALAH GASTRIK DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Assalamualaikum..Selamat Sejahtera

Memandangkan kita dalam bulan puasa, hari ini saya nak bercerita mengenai sakit gastrik atau orang kampung selalu panggil 'sakit angin'. Bila urut-urut sikit mula sendawa. Haa angin la tu.. Selalu bulan puasa memang ramai yang ada masalah gastrik..gastrik betul ye..bukan trick nak elak puasa..


Oowh...saya pernah sekali kena gastrik. Sakit sampai tergolek-golek, pening dan rasa nak muntah je. Nak bangun pun tak boleh. Saya tak tahu pun kena gastrik. Last-last pegi hospital la jawabnya. Macam tu rupanya kalau kena gastrik. Sejak dari hari tu memang jaga makan, makan ikut masa. Tak nak dah kena gastrik ni.


Gastrik adalah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut tersebut. Biasanya pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati. Pedih ini juga dikatakan merebak ke bahagian tengah dada yang menyebabkan rasa seperti 'terbakar' di bahagian tersebut. Pesakit juga boleh pening, loya dan muntah.


Gastrik terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.







Antara tanda-tanda penyakit gastrik :

  1. kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan 
  2. rasa loya, mual, sebu perut dan hilang selera makan
  3. muntah yang berwarna kuning
  4. sakit perut yang teramat sangat
  5. keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut
Gastrik Semasa puasa :

Semasa berpuasa tahap asid dalam perut akan meningkat berikutan ketiadaan makanan menyebabkan sakit gastrik lebih dirasai. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semulajadi berdasarkan tindak balas kimia. 

Orang yang menghadapi gastrik dimestikan supaya tidak mengabaikan sahur sebagai pembekal tenaga. 

Langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda menghidap gastrik :
  • elakkan dari perut kosong. Makan secara kerap dan teratur
  • banyakkan berehat
  • elakkan dari makan junk food seperti jeruk dan mee segera
  • elakkan minuman yang berkafein dan bergas
  • kurang dan elakkan makan makanan yang pedas dan yang boleh menyebabkan perut kembung
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis dan broccoli kerana kehadiran sulfur akan akan membentuk glutathione yang akan melindungi lapisan perut
  • tambahkan zinc dalam pemakanan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka 
Ambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan gastrik menjadi bertambah teruk!

Vitamin Shaklee dalam membantu menangani gastrik :

>> ESP - membaik pulih luka dalaman & menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat
>> Ostematrik - sumber kalsium yang bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut
>> Carotomax - membantu memelihara membran mukosa perut dan usus
>> Zinc Complex - menggalakkan dan mempercepatkan pemulihan segera 
>> Omega Guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser

Membantu anda ke arah hidup yang lebih sihat!


Dapatkan Sekarang! Jangan malu-malu
Hubungi : 013-7773122 - sms/whatsapp
Emel : aniey434@yahoo.com

Atau boleh didapati dengan pembelian sendiri tanpa melalui pengedar!

Hanya klik ------->>ORDER SET GASTRIK

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA BERSAMA SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...