Tuesday 9 June 2015

Blog Baru Wajah Baru


Assalamualaikum..

Lama tak berkesempatan nak mengupdate di sini. Sebenarnya sibuk duk mengupdate blog baru yang insyaAllah lebih berinformasi dan lebih ada gaya (eh puji sendiri nampak)

Sudi-sudikanlah singgah dan menjengah kat blog baru ye! Kalau korang sedang mencari-cari ilmu tentang keibubapaan dan semestinya tercari info tentang kesihatan korang mesti singgah punya!

Ini link blog baru kami ye


Love To Share With Others
AnieyYusoff

Monday 23 March 2015

Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil Buat Ibu Trauma

Pengalaman mengandung merupakan satu memori yang indah. Tetapi mengalami kejang kaki sepanjang kehamilan merupakan satu perkara yang agak memeritkan bukan? Boleh trauma dibuatnya.

Banyak betul dugaan ibu2 ni. Inilah tanda besarnya pahala Allah nak bagi pada kita. Lepas masalah kejang kaki waktu mengandung mesti korang akan alami masalah seperti ibu kat bawah ni pulak selepas bersalin sekiranya tak ubah jugak tabiat makan tu. Kenapa dengan ibu dan anak-anak dia ni?




Kejang kaki boleh trauma sebabnya tengah best tidur lena tiba-tiba kita terkejut dengan rasa sakit yang amat mengilukan. Betis terasa tegang sekali. Menjerit la jugak panggil suami kan? hihihi... Berlarutan selama beberapa minit.  

Mengapa Kejang Otot Berlaku Semasa Hamil?

Kejang betis atau kejang otot adalah masalah yang biasa dialami semasa hamil dan ia biasanya berlaku dalam trimester ke 2 dan ke 3. Ia berlaku disebabkan pengumpulan asid di dalam serat otot yang membuatkan otot anda menjadi kejang.




Kekejangan otot berlaku adalah disebabkan beberapa faktor :
  • kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan anda
  • uterus (rahim) wanita hamil yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan ini memberi kesan kepada otot kaki
  • berdiri sepanjang hari juga boleh menyebabkan otot kaki kita keletihan umpama orang bersukan dan berlari
  • sering berlaku pada trimester ke 2 apabila rahm semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah mendapat kekejangan

Cara Mengatasi Kekejangan Otot

1. Cara paling terbaik adalah dengan merehatkan otot kaki. Kurangkan berdiri dalam masa yang lama kerana ia boleh memberikan ketegangan pada otot kaki

2. Semasa kejang kaki menyerang, dengan perlahan-lahan cuba luruskan kaki ke lantai dan menggerakkan jari-jari kaki

3. Urut perlahan-lahan otot yang tegang

4. Minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi

5. Mandi dengan air suam sebelum tidur untuk membantu melancarkan perjalanan darah

6. Letakkan tuala suam di atas betis sebelum tidur

Bagaimana Ostematrik Shaklee Membantu Melegakan Kejang Kaki?

Ostematrik Shaklee amat membantu dalam mengurangkan kejang otot kerana ia tablet lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D dan mineral lain yang baik dalam merehatkan saraf dan otot.



Kurangkan trauma kejang kaki ibu hamil sekalian dengan pengambilan Ostematrik setiap hari. 

Untuk mendapatkan ostematrik anda hubungi :


Aniey Yusoff
sms/wasap 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
FB Page : Nikmat Hidup Sihat
COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai

Sunday 22 March 2015

Awas! Bahaya Gout ~ Penghidap Berisiko Sakit Buah Pinggang

Sakit gout ni kalau menyerang memang kesian tengok kat pesakit tu menanggung kesakitan sampai tak boleh berjalan.

Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hilang. 




Asid Urik

Gout terjadi akibat gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan lutut.

Asid urik adalah bahan hasil daripada pemecahan sel2 matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. 

Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien purina. Protien ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian asid amino pula akan diuraikan menjadi asid urik.

Gout Berisiko Penyebab Sakit Buah Pinggang

Sakit gout dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang kerana kekerapan pesakit mengambil ubat tahan sakit akan mengundang bahaya pada buah pinggang.

Jika buah pinggang gagal berfungsi ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang akan disingkirkan melalui air kencing dan najis. 

Kesannya lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Dan akhirnya pesakit gout juga akan mengalami sakit batu karang. 


sumber gambar : nature.com

Simptom Sakit Gout


  • gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit
  • serangan selalunya terjadi secara tiba-tiba
  • sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari

Langkah Pencegahan

Ubah cara hidup kita untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan juga cara hidup yang sihat untuk mengelakkan dari menghidap penyakit yang berhubung kait dengan gout.

Elakkan dari memakan makanan seperti hati, paru, ginjal, ikan bilis, ikan kembung, sardin, ketam, udang dan kerang.



Rujukan : http://www.webmd.com/arthritis/gout-severe

Aniey Yusoff
sms/wasap 013.777.3122
emel : aniey434@yahoo.com
FB Page : Nikmat Hidup Sihat
COD : Setiawangsa, Wangsa Maju, Sri Rampai






Wednesday 18 March 2015

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..saya kini join segmen ni. Pertama kali join segmen macam ni. Syukur tengah blogwalking Allah lorongkan hati untuk tahu tentang segmen ni. Sesuatu yang bermanfaat apa salahnya kita sebarkan kan?

Objektif utama segmen ini ialah untuk mengwar-warkan pada orang luar tentang hajat sekolah ini INGIN MEMBINA SURAU MEREKA SENDIRI. InsyaAllah dengan tersebarnya segmen ini di alam maya, diharapkan ramaiiii umat di Malaysia ini akan mengetahuinya. Mana tau ada insan-insan yang bermurah hati setelah membaca berita ini.

Untuk detail dan join boleh klik pada banner ni.



"Ada tujuh jenis amal yang akan terus mengalir pahalanya untuk orang yang sudah meninggal dunia di alam kubur. Tujuh amal itu adalah mengajarkan ilmu agama, membuka aliran sungai ataupun membuat tali air, menggali perigi, menanam pokok kurma ataupun pokok yang berbuah, membina masjid, mewariskan Al-quran dan meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa bagi memohonkan keampunan untuknya" (Hadith direkodkan oleh Al-Bazar)

Jom kita sebarkan kebaikan agar ramaiii orang dapat membeli saham akhirat.

Hidup hanya sekali. Sama2 kita jadikan hidup kita ke arah yang bermanfaat.

Salam Sayang, 
AnieyYusoff


Friday 13 March 2015

Cara Menguruskan Tekanan Hidup Agar Sentiasa Gembira Dan Bahagia

Alhamdulillah...dan Assalamualaikum

Sesiapa yang membaca kalimah Hamdalah akan mendapat segala faedah dan fadilat serta keuntungan yang besar, berkat nikmat yang terkandung di dalamnya. 

Kalimah Hamdalah adalah satu ucapan yang mengandungi puji-pujian kepada Allah sebagai rasa syukur dan terima kasih atas sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya.

Ucapkanlah Alhamdulillah yang bererti "segala puji bagi Allah"

Sekiranya kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau nak cerita tentang tekanan dalam hidup masya Allah setiap hari tak tersenarai. 




Kita akan jadi lebih bijak andai pandai menguruskan stress.

Tips di bawah ni amat berguna agar kita sentiasa tenang menghadapi setiap tekanan.

1. Bangun Tidur Dengan Mengingati Allah

Bersyukur kerana Allah masih menghidupkan kita pada hari ini. Bermohon doa kepada Allah agar Allah sentiasa memberikan kita hati yang selalu dekat Padanya. Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

2. Mulakan Sesuatu Dengan Bismillah

Bila bangun sahaja dari tidur baca Bismillah, semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang selalu membuat kita lalai, marah, letih, bersyak wasangka buruk dan malas. 

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Bermotivasi

Awal2 pagi cuba kita ambil sedikit masa untuk motivasikan diri sendiri. Boleh juga menonton kuliah2 agama atau kata2 motivasi di TV atau youtube. Jika kesempatan lagi bagus menghadirkan diri ke ceramah2 ilmu di masjid2 atau mana2 pusat ilmu. Penuhkan jiwa rohani dengan ilmu. Kesannya kita akan jadi lebih bersemangat, rajin dan sentiasa positif


Contoh macam dalam video ni. Nikmat yang mana kita mahu dustakan lagi.




4. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan


Sebelum tidur maafkan semua orang. Maafkan segala kesalahannya. InsyaAllah hati akan tenang, jiwa akan bersih dari dendam, cemburu, iri hati, rasa riak dan sakit hati.

5. Terapi Diri Dengan Melihat Warna2 Yang Tenang

Pengaruh warna dapat memainkan mood yang baik. Warna terang dan lembut akan membuatkan kita ceria, penuh semangat dan tenang. 

~suka tengok warna hijau pokok yang disimbahi cahaya matahari pagi~

6. Amalkan Membaca Zikir Al-Mathurat

Al-mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW

7. Elakkan Marah

Marah adalah tanda mental yang tidak sihat dan amat dekat dengan syaitan. 

Semoga kita menjadi insan terhebat yang sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.

Semoga bermanfaat,
AnieyYusoff

Saturday 7 March 2015

Rahsia Ibu Yang Kekal Cergas Walau Bekerja 7 Hari Seminggu

Sememangnya kerjaya sebagai seorang ibu amat mencabar. Betul tak ibu-ibu hebat sekalian? Kitalah tulang belakang kepada keluarga kita kan. Menguruskan anak-anak, rumahtangga serta kerjaya hakiki sememangnya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan menuntut emosi yang tinggi.

Seawal sebelum subuh lagi bangun menyediakan sarapan. Menyiapkan anak dan menghantar mereka ke sekolah. Cuba sehari tu kita sakit belakang atau sakit kaki ke, sakit sendi tangan ke atau terlampau penat nak uruskan keluarga agak2 apa akan terjadi? 

Kain menggunung tak berlipat, lantai melekit, anak tak terurus, dapur bersepah..betul tak?



Rutin saya sebagai WAHM setiap hari memang menuntut kecergasan yang maksimum. Menguruskan bisness online di samping menguruskan rumahtangga bersama 3 anak yang masih kecil amat memenatkan dan membuatkan segala sendi rasa seperti nak tercabut. Tapi alhamdulillah saya mampu menguruskan semuanya dengan baik.

penat melayan karenah anak?

Eh..rupanya bukan saya sorang sahaja yang mampu cergas buat kerja rumah. Cuba tengok apa rahsia kakak ni boleh buat apa saja yang dia suka sampai suami makin sayang la 

Setiap pagi saya mesti pastikan saya bersarapan dengan segelas ESP yang membantu saya memberikan tenaga segera untuk kekal cergas. Disertai dengan mengambil Vitalea, omega dan Ostematrik sebelum tidur untuk kesihatan sendi dan otot.

Hanya dengan langkah mudah begini saya mampu menjadi ibu yang boleh buat semua kerja la. 

Ibu-ibu yang sentiasa penat melakukan kerja rumah dan selalu stress TAPI tak nak dah keadaan ini berterusan boleh berhubung dengan saya. Kita sama-sama jadi ibu hebat! Mau?

Salam Sayang,
Aniey Yusoff ~ 013.777.3122

Thursday 5 March 2015

8 Perkara Penting Wajib Dilakukan Sekiranya Berpantang Sendirian

Macam-macam perkara jenayah yang menakutkan berlaku sejak akhir-akhir ini. Kejadian seorang wanita mati dibunuh ketika masih dalam pantang amat menakutkan para ibu yang dalam situasi yang sama. 


Saya percaya disebabkan atas faktor-faktor tertentu, kita ibu-ibu ni terpaksa berpantang sendirian. Saya sendiri sebelum ini 2 kali berpantang sendirian. Selalunya kita berpantang mak yang jaga kan? Tapi saya, mak sudah meninggal sewaktu 8 bulan mengandungkan anak sulung lagi iaitu 7 tahun lepas. Mak mertua pula semakin berusia dan saya tidak mahu menyusahkan dia. Jadi bermula dari sini saya memang berpantang sendirian. 

Berpantang sendirian bermaksud suami telah kembali bekerja setelah seminggu cuti. Maka sepanjang waktu bekerja memang tinggal di rumah keseorangan. Tapi saya bernasib baik mempunyai jiran-jiran yang baik. Itulah pentingnya bersilaturrahim sesama jiran. 

Perkara Penting Yang Wajib Ibu Pastikan :

1. Sewaktu dalam tempoh berpantang jangan sesekali bersendirian di waktu malam. Jika suami balik lambat minta jiran atau kawan terdekat atau saudara temankan. Pesan orang tua, ibu dalam pantang masih lemah fizikal dan mental.

2. Sentiasa berhubung dengan orang terdekat contohnya jiran kita lah. Kalau jiran pun tak ada boleh berhubung juga dengan saudara mara dan suami. Ini supaya diaorang sentiasa dalam prihatin. Kot tetiba ada emergency dan diaorang pulak tak jawab telefon atau reply mesej.

3. Sila simpan no telefon balai polis yang berdekatan

4. Pastikan kredit telefon dan bateri sentiasa ada. Ok, saya pernah kehabisan bateri telefon dan waktu tu pulak black-out. Masa ni belum kenal power bank ke apa bank lagi. Baby pulak meragam dan saya tidak dapat memasak. Hanya makan biskut sahaja. Sangat lapar dan stress. Jadinya saya tak dapat nak telefon mak mertua supaya hantarkan makanan. Ini juga amat penting apabila ada keadaan mencurigakan memudahkan kita untuk berhubung dengan Pihak Polis.

5. Pastikan bekalan makanan segera (bukan maggi atau makanan merapu) seperi Brahim sentiasa ada bekal di rumah. Supaya kita dapat menyediakan makanan dalam masa yang singkat. Dan selebihnya kita boleh berehat.

6. Sebelum suami pergi kerja suruh dia pastikan semua tingkap dan pintu dikunci  sempurna. 

7. Sekiranya anda mempunyai kereta pastikan kunci kereta sentiasa berada berdekatan supaya bila kita curiga tentang sesuatu cepat-cepat bunyikan alarm kereta.

Kunci ni siang malam ada bersama senang nak bunyikan alarm kalau ada apa-apa berlaku

8. Sentiasa bertawakkal dan ingatkan Allah selalu. Berdoa dan letakkan sepenuh penjagaan padaNya kerana hanya Allah yang sebaik-baik penjaga.

Tak dinafikan, berpantang sendiri memang agak menakutkan. Sebabnya sekiranya apa-apa berlaku kita masih belum kuat untuk berbuat apa-apa bersama dengan baby lagi. 

Masa tengah tempoh berpantang saya dulu ada satu kes iaitu cubaan merogol ibu dalam pantang dan menculik baby. Memang amat takut tapi saya sentiasa berdoa mintak dijauhkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Alhamdulillah berpantang anak ke 3  dua tahun lalu saya mampu menguruskan semuanya dengan baik. Berpantang dengan baby dan dua anak yang masih kecil memang menuntut kesabaran yang tinggi dan pengurusan stress yang betul. Kalau tak boleh pengsan dan bentan agaknya.

Mungkin jugak sebab saya amalkan Set Bersalin Shaklee. Amat penting ibu mengambil supplement ni sebab pemakanan kita pun tak menentu jadi dengan nutrisi tambahan ni  dapat membantu badan kembali sihat. Sebelum ni saya sampai demam bentan sebab terlampau penat berpantang sendiri tapi kali ini alhamdulillah semua terurus. Stress juga kurang. Luka jahitan cepat sembuh dan saya sentiasa rasa bertenaga sepanjang hari. 

Selain mengambil supplement ni, saya juga bertungku sendiri. Bila baby tidur, saya akan mula bertungku di bahagian rahim untuk mengecutkan peranakan.

Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu kan demi anak-anak tercinta. Jadi ibu-ibu, sentiasa pastikan kita cepat sihat dalaman dan luaran supaya dapat jadi supermom!

Salam sayang,
Semoga Bermanfaat

AnieyYusoff ~ 013.777.3122








Wednesday 4 March 2015

Perut Buncit Selepas Bersalin Sampaikan Orang Ingat Kita Mengandung 5 Bulan

Best kan kalau dapat jadi macam ibu dalam video ni. Masalah perut menggeleber pun hilang.


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Mengandung Lagi?

Agak-agak ada tak sesiapa yang ada masalah seperti ni. Berjalan ke mana-mana orang bertanyakan perihal 'kandungan' kita sudah berapa bulan? Atau yang lagi malu apabila menaiki pengangkutan awam dan ada yang mempelawa tempat duduk mereka kepada anda kerana disangka anda hamil!

Erk sangat malu pada diri sendiri kan. Rasa nak sorok muka, down sangat. Pakaian semua tak muat nak pakai. Seboleh mungkin nak ketatkan bahagian perut supaya tak nampak sangat buncitnya.

Sebenarnya masalah perut buncit dapat diatasi sekiranya penjagaan di dalam pantang diamal secara betul. Pesanan bidan supaya amalan tungku dan berurut jangan ditinggalkan di dalam tempoh berpantang. Ia bertujuan mengecutkan peranakan dan 'menaikkan' peranakan ke tempat asal. Sekaligus mengembalikan tubuh ke bentuk asal. Baca Rahsia kembali langsing selepas bersalin


Pemakanan semasa berpantang perlu dijaga supaya proses 'pembuangan' berjalan lancar dan mengelakkan sembelit. Pelawasan proses pembuangan membantu perut untuk kekal kempis.

Pernah tak ibu-ibu tak membuang selama berhari-hari? Bagaimanakah keadaan perut kita? Buncit atau kempis?
Apa yang saya amalkan semasa berpantang sampai la selepas habis tempoh berpantang dan hingga la sekarang ialah pengambilan Ostematrik, Alfalfa dan Omega.

Ia sangat-sangat membantu melancarkan proses pembuangan tanpa 'delay' dan sembelit semasa berpantang. Omega membantu 'bakar' lemak berlebihan di bawah lapisan perut.

Menurut Kementerian Kesihatan, wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.

Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul didalam badan.

Oleh itu, kita sebagai ibu-ibu mesti berazam menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga 2 tahun. Banyak membantu membakar kalori dan membuang lemak. 

Anak yang hebat bermula dari pemakanan yang hebat iaitu susu ibu. 

Semoga selepas ini, tak ada dah yang nak offer tempat duduk mereka pada kita dalam pengangkutan awam kan. 

Ibu yang ingin tahu lebih lanjut mengenai cara kempiskan perut seperti saya jangan segan hubungi saya!

AnieyYusoff ~ 013.777.3122


Sunday 1 March 2015

Tips Memandu Jauh Agar Tidak Sakit Pinggang Dan Bahu

Memandu lama dalam jarak yang jauh samaada mahu bercuti atau perjalanan ke tempat kerja atau pulang menemui keluarga kerana 'perkahwinan jarak jauh'..bunyi menyeronokkan namun terselit rasa penat. Terbayang sakit bahu dan pinggang yang mencucuk sampai hendak bangun selepas duduk pun tak boleh.

Saya ada ramai kawan, salah sorangnya yang tinggalnya di Seremban tetapi bekerja di Bangsar. Ada tinggal di Tanjung Malim dan bekerja di KL. Berulang alik setiap hari. Rata-rata mereka mengadu penat dan stress tambah lagi apabila terpaksa menempuh jalan yang sesak hampir setiap hari! Untuk mengelakkan jem terpaksa keluar rumah seawal jam 6.00 pagi. Ini mengundang rasa mengantuk dan letih pada waktu bekerja.

Sewaktu travel overland dari Malaysia menjelajah bumi Thailand dan Myanmar yang menjangkau 10,000 km selama 29 hari pada bulan Disember lalu, lenguh kaki, tangan, sakit pinggang, kebas punggung kerana perjalanan yang jauh di dalam kereta tak payah cerita la. Walaupun hanya co-pilot tapi 6-12 jam perjalanan setiap hari mau kebas segala anggota badan.

sewaktu kembara di Myanmar
Fuhh..boleh pengsan kepenatan pada malamnya. Tapi kalau pengsan awal-awal kesian kat anak-anak pulak. Travel bersama anak-anak memang sangat memenatkan tapi nak tahu bagaimana saya enjoy dan rilek je tanpa fikirkan kepenatan?

Rahsia dia dengan pengambilan kalsium Ostematrik, Omega dan breakfast dengan segelas ESP sebelum memulakan perjalanan. InsyaAllah yang mana otot-otot yang kejang akan lembut kembali. Urat-urat yang berdenyut dan rasa mencucuk hilang pagi esoknya. Malah dengan pemberi tenaga segera segelas protien ESP memastikan kita kekal cergas sepanjang hari. 

Cer tengok kakak kat bawah ni. Sokmo letih bila travel sampai amik mc penat nak gi keje.



Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

Jom kita amalkan macam kakak ni. Bye-bye dah penat, letih, stress, mc, panadol dan sakit kepala.

Hubungi saya :
Aniey Yusoff ~ 013.777.3122

Cara Elak Senggugut Tahap Nak Patah Pinggang Supaya Tak Perlu Amik MC

Dulu selalu dengar orang bagitau ubat supaya senggugut hilang adalah berkahwin. Ye ke..ada kaitan ke? Ada je orang dah berkahwin tapi masih alami senggugut sampai pengsan lagi. Justeru ada cara ke untuk elakkan senggugut ni?

Senggugut merupakan masalah paling kerap dihadapi oleh wanita dan menjadi penyebab rungutan kepada ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah dan aktiviti lain. 

Kesakitan yang dialami semasa berlangsungnya haid dipanggil senggugut atau dismenorea (dysmenorrhea). Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.  Senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Bahaya kan kalau senggugut ni kalau dibiarkan berlanjutan. 


Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada endometrium. 

Sejenis hormon 'prostaglandin' dikatakan antara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku. Prostaglandin ini diperoleho dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita dan menyebabkan senggugut ini. 

Cara Untuk Mengatasi Senggugut

1. Dengan Ubat

~ ubat penahan sakit seperti paracetamol
~ ubat anti prostaglandin seperti ibuprofen atau ponstan
~ pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku
~ langkah ini adalah langkah terakhir diambil apabila langkah tanpa ubat telah diambil

2. Tanpa Ubat

~ tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
~ tuam dengan sesuatu yang suam - air panas dalam beg khas/botol dibungkus dengan kain tebal yang kemudian diletak di bahagian abdomen (hot water bag) 
~ rajin melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal
~ teknik relaksasi - banyakkan berzikir
~ mengamalkan supplemen yang membantu memberi kelegaan pada otot 

Set Senggugut Shaklee Idaman Ramai Remaja Perempuan

Bukan sahaja remaja malah ibu-ibu pun tercari-cari set untuk senggugut ini kerana kelebihannya bukan sekadar untuk melegakan kesakitan akibat senggugut malah membantu ibu-ibu kekal awet muda, cergas dan melegakan lenguh-lenguh badan setelah penat seharian melakukan kerja-kerja rumah mahupun pejabat.


Akak kita kat bawah ni siap sakit pinggang tahap macam contraction lagi mujur tak mengandung je kalau tak dah bersalin hihi..beliau ambil B-compleks dan Ostematrik

Daripada pinggang nak putus dua alhamdulillah baik senggugutnya.

Tak nak dah asyik makan pil tahan sakit yang ada side effect pada buah pinggang? 

Saya boleh dihubungi :
Aniey Yusoff 013.777.3122 

Thursday 19 February 2015

Kerana Sembelit Berdarah Sampai Serik Nak Berpantang Lagi

Mengandung, bersalin dan berpantang mungkin pengalaman manis bagi seorang ibu demi anak tercinta. Mana mungkin kesakitan yang ditanggung boleh ditukar ganti apabila mendengar gelak tangis bayi yang dilahirkan. Apa jua sakit rela seorang ibu menanggungnya.



Tetapi pengalaman sembelit masa berpantang amat merisaukan ibu-ibu sampai fobia mahu ke tandas. Betul tak? 2 kali pengalaman saya sendiri sewaktu berpantang ketika melahirkan Alyaa dan Affan amat serik bila diingatkan. Serik nak berpantang lagi. 

Pernah 2 jam duduk termenung di dalam tandas kerana takut untuk 'membuang'. Dengan luka jahitan yang belum sembuh, risau sekiranya sembelit mau terbukak jahitan tu lagi ngeriii.. Pernah juga berpengalaman kerana sembelit terdapat rekah pada anus sehingga berdarah dan penuh satu mangkuk tandas. Sangat berdebar dan cuak waktu tu mujur tiada apa yang serius.

Bagaimana ibu boleh mengelakkan sembelit selepas bersalin?

1. Wajib memenuhi rutin makan dan minum secara teratur. Tidak boleh melengahkan makan apabila tiba waktu makan. Sekiranya berpantang sendiri seperti saya boleh minta tolong dari suami belikan roti atau biskut untuk sarapan. 

2. Lebihkan makanan yang berserat tinggi terutama buah-buahan dan lebihkan minum air putih. 

3. Apabila hasrat untuk ke tandas mula datang, jangan pula tidak endahkannya. 

4. Tidak kerap duduk atau berbaring untuk jangka masa yang lama kerana akan membuatkan sembelit lebih teruk.

5. Mengamalkan pengambilan magnesium. Ye..kerana magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu proses peristalsis iaitu menolak makanan ke perut. 

Alhamdulillah sewaktu berpantang melahirkan Aimy anak ketiga saya mula amalkan perkara di atas dan mengambil Set bersalin Shaklee. Pengambilan Ostematrik dan Alfalfa sangat membantu melancarkan urusan ke tandas. Malah membantu mengurangkan sakit-sakit badan dan membantu melancarkan penyusuan.

Saya pilih tablet kalsium ostematrik sebab ia satu-satunya tablet kalsium yang lengkap dan paling seimbang dengan mengandungi formula unik mineral seperti kalsium, magnesium, boron, vitamin d, fosforus, kuprum, mangan dan zinc. Semua mineral ini perlu hadir bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Bila cek tablet kalsium lain belum ada lagi yang lengkap macam ostematrik ni.

Sebab tu ramai pilih Ostematrik ni sebab tiada risiko penyakit batu karang. 

Rupanya ramai lagi ibu-ibu kat luar sana yang ada masalah sembelit ni kan. Dalam video ni salah sorang darinya. 




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Ibu-ibu yang pengalaman sama macam saya jom cuba Set Bersalin Shaklee untuk elak sembelit.

Aniey Yusoff
013.777.3122


Tuesday 17 February 2015

Bahaya Sakit Gastrik Kronik Dengan Simptom Muntah Dan Pedih Perut Seperti Terbakar

Bila diingat hari sewaktu mendapat sakit gastrik beberapa tahun yang lalu rasa kecut perut. Bukan kecut perut sebab takut tetapi mengingatkan perasaan yang teramat sakit ketika itu. Bergolek berguling suatu kesakitan yang tak terluah nak diceritakan. Perut umpama seperti terbakar.

Selepas dari itu saya serik, tak biarkan perut bernyanyi kelaparan. Mesti saya dahulukan makan. Waktu tu masih belajar. Dan saya selalu pastikan roti selalu ada di waktu kecemasan. Tapi sekarang kenangan kesakitan tu dah berlalu. Bangun pagi sebelum perut berbunyi minta diisi saya pastikan saya minum dulu segelas madu bersama minuman protien.

Sakit gastrik kronik banyak mengundang bahaya komplikasi kesihatan

Kenapa protien? Protien sebenarnya adalah komponen utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita perlukan protien. 

Kehadiran asid amino di dalam protien yang penting untuk membina otot, organ dan merangsang pembentukan semula kulit juga membantu mempercepatkan pembaikan keradangan perut pesakit gastrik. 

Saya juga amalkan pengambilan konsisten 4 biji tablet kalsium. Selain saya dapat manfaat untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, sakit otot dan kebas-kebas anggota badan setelah penat seharian melakukan kerja rumah, kalsium sebenarnya penting bagi pesakit gastrik untuk meneutralkan asid di dalam perut kerana kalsium adalah bersifat alkali.

Tetapi saya tidak mengambil sembarangan protien dan kalsium kerana tersalah memilih produk berunsurkan sintetik lebih memberikan keburukan berbanding kebaikan. Saya amalkan ESP dan Ostematrik dari Shaklee yang sememangnya terkenal dengan kesemulajadian vitaminnya. Tambahan pula produk shaklee mempunyai beratus-ratus ujian klinikal dan diiktiraf dunia sebagai vitamin semulajadi yang terbaik.

Baru-baru ini shaklee dinobatkan sebagai 'The best brand in Nutritional Supplement'


Dengan shaklee, pengguna dijamin SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI

Peppermint ginger plus yang dihasilkan dari 4 herba iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis juga sangat membantu mengatasi gastrik dan loya. Pengambilannya membantu mencuci usus dan perut, membantu melegakan kesakitan gastrik dan mempunyai kesan penenang bagi melegakan kesan sampingan seperti pening, muntah dan hilang selera makan.

Pasti kita tidak mahu meletakkan diri kita dalam golongan berisiko tinggi untuk penyakit lain. Bahaya gastrik yang tidak dikawal boleh mengakibatkan :

1. Ulser perut yg kronik akan menyebabkan pendarahan pada dinding perut dan boleh mengakibatkan najis berdarah berwarna hitam dan muntah darah

2. Pendarahan dinding perut yang tak terkawal boleh mengakibatkan seseorang itu anaemia atau pengsan akibat kekurangan darah

3. Kajian menunjukkan pesakit gastrik yang kronik boleh menyumbang kepada kanser perut

Cuba dengar kisah pesakit gastrik di bawah ni. Bertahun menderita sakit gastrik dan alhamdulillah akhirnya bertemu penawarnya 


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Mencegah itu pasti lebih baik bukan. Jom cegah sebelum kronik!

Aniey Yusoff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...