Friday, 23 May 2014

Tips Hilangkan Eyebag Atau Lingkaran Gelap Bawah Mata Seperti Mata Panda

Aww sensitip pulak kalau sebut panda sekarang ni..hihi. Memang famous kisah panda sekarang ni. Panda memang comel. Saya pun sukakan panda sebab bagi saya panda ni unik. Warna pun hitam putih. Di sekeliling mata ada bulatan hitam besar. Comel nyer!

Tapi kan bila wanita dikaitkan dengan mata panda sangat tak menarik kan? Mata panda atau kita sebut jugak lingkaran gelap bawah mata dan sekeliling mata. Memang satu masalah yang besar apabila seorang wanita tu ada mata panda. Macam mata panda ni..

Gambar Wu Fa dan Feng Yi dari Utusan Online
Alolo comernyer panda ni. Rasa nak peluk sekali. hihi..lingkaran gelap bawah mata membuatkan wanita tersebut nampak tak bermaya, letih, lesu dan kurang berpenampilan menarik. Terutama wanita yang bekerjaya tentu satu masalah kan.


Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuat seseorang itu kelihatan sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah dirundung masalah.

Lingkaran gelap bawah mata terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antaranya adalah:

~ kurang tidur atau rehat
~ badan kekurangan nutrisi
~ kurang air dalam badan
~ Terdedah kepada cahaya matahari
~ Merokok
~ Alahan atau alergi

Antara tips yang boleh di amalkan untuk mengurangkan eyebags :

1. Cukupkan Pengambilan Air Putih

Dehidrasi dapat menyebabkan kelopak mata terasa berat dan membuatkan mata kelihatan sayu. Kulit akan kehilangan kenyal dan kelembapannya sehingga kulit menjadi kering dan cepat berkedut. Terutama sekali kulit di bahagian mata kerana kulit di sekitar mata adalah nipis. Oleh itu, amat penting mencukupkan pengambilan air putih. Seeloknya 3 liter sehari.

2. Zat Besi

Kekurangan zat besi dapat menyebabkan pembuluh darah kelihatan dengan jelas di sebalik kulit yang nipis di sekitar mata. Kurang oksigen menyebabkan darah kelihatan biru gelap. Oleh itu perbanyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi seperti roti gandum, kekacang dan bayam.

3. Vitamin C

Tubuh yang kekurangan vitamin C akan memperlihatkan garis hitam di bawah mata menjadi semakin gelap. Vitamin c berperanan memcerahkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

4. Vitamin K

Kurangnya vitamin K dalam tubuh menyebabkan penggumpalan darah sehingga menampakkan kantung mata menjadi semakin hitam. 

Ini adalah antara testimoni yang amalkan Collagen Powder Shaklee dan ESP Shaklee


Dengan pengambilan nutrisi yang seimbang dan rehat yang cukup. Masalah eyebag atau lingkaran hitam bawah mata ni insyaAllah dapat di atasi.

Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi :

iR Aniey Yusoff
PM/WA 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

Thursday, 22 May 2014

Set Cantik Budget Shaklee Untuk Kulit Muka

Hari tu dah wat entry pasal Set Kecantikan Shaklee tapi kali ni buat lagi entry special khas untuk korang-korang yang betul-betul nak cantik. Tapi terhad dengan BUDGET. Jangan risau.. nak yang budget pun ada. 

Pasal apa entry khas? Sebabnya teruja dapat feedback dari customer yang sebelum ni ada masalah kulit muka yang agak teruk akibat jerawat-jerawat batu yang menyerang. Dengan parut yang merah dan dalam...ish memang teruk la kalo tengok muka dia.

Alhamdulillah...sebelum ni dia ada amik beberapa produk kecantikan lain. Aura sana aura sini pemutih sana pemutih sini tapi mungkin belum kena dengan keserasian kulit sebab itu satu pun tak memberi kesan yang baik. 

Oleh sebab kulit muka dia macam kemerah-merahan dan keluarnya jerawat yang teruk dan dia jugak ada simptom resdung pertama skali saya cadangkan dia amik alfalfa dulu untuk proses detokskan dulu darah. Bagi buang semua toksin-toksin dalam badan. Pada masa ni mungkin jerawat akan keluar dengan banyak sebab di dalam proses penyucian dan penyingkiran toksin penyebab jerawat.

Ini Alfalfa. Botol kecik 300 tablet Harga RM53.75. Botol Besar 700 tablet Harga RM97.50


Selepas 2 minggu amalkan Alfalfa Shaklee barula dia amik Set Cantik Budget ni



Nak tau kenapa saya cadangkan ini sebagai set budget? Jom kita tengok harga set ni brapa.

Sustained Released Vita-C Plus
  • Harga sebotol RM92.50
  • Sebotol ada 180 biji
  • Pengambilan sebiji sehari tahan 6 bulan (budget tak??)
  • Kalau dikira-kira sebiji kita cuma bayar RM0.51 sahaja (mana nak dapat barang sekarang dengan harga ni tambah-tambah nak beli vitamin semulajadi pulak tu)
Vitamin E
  • Harga sebotol Vitamin E RM149
  • Ada 120 biji
  • Pengambilan sebiji sehari tahan 4 bulan (budget tak??)
Ok! Total Harga Set Kulit Cantik Budget Shaklee ni RM241.50. Kegunaan untuk 4 hingga 6 bulan tau! Nahh..guna sampai boring hihi..

Kebaikan Set ini untuk kulit :

~ membantu membina kolagen kulit (umpama bina batu-bata untuk anjalkan kulit)
~ menganjalkan kulit
~ mencerahkan kulit
~ memberi tona sekata pada kulit hasilnya kulit jadi lebih cerah sekata
~ mengecilkan pori-pori pada kulit
~ mengurangkan keguguran rambut (kurang vitamin E dikaitkan dengan keguguran rambut)
~ awet muda sentiasa
~ kulit jadi cerah, licin, putih, halus dan berseri-seri
~ memudarkan parut jerawat dan jeragat
~ paling penting dapat mengembalikan keyakinan diri anda..dah tak malu dah untuk berdepan dengan masyarakat yang asyik memandang jerawatmu itu hihi

Tahniah buat customer saya itu. Saya hanya membantu dengan memberikan cadangan bertukar kepada produk semulajadi tanpa campuran bahan-bahan kimia.

Ramai yang dah dapat kebaikan anda tak ingin berkongsi kebaikan juga ke?

Kalau malu nak hubungi saya boleh order di sini 
------>>ORDER SET CANTIK PALING BUDGET SHAKLEE!

iR Aniey Yusoff
PM/WA 0137773122
Page : Nikmat Hidup Sihat

Tuesday, 20 May 2014

Harga Vitamin Shaklee Menurun Tiap Bulan Walaupun Harga Barangan Setiap Hari Semakin Naik

Assalamualaikum..Semua!

Pada saat pelbagai harga barangan setiap hari semakin naik sekarang agak-agak korang rasa terkesan tak? Pegi pasar bawak duit RM50 budget dah besar rupanya lepas bayar 2,3 barang sahaja. Bukak surat khabar baca bil letrik semakin naik, kadar tol akan dinaikkan, harga minyak akan dinaikkan, harga tu harga ni semua bagitau nak naik. 
Erk! Jangan Tertekan sangat okey
Pengsan kejap mak jemah. Korang rasa best tak kalau saya nak bagitau ni bahawasanya ada harga barangan yang turun harga. Barang tu pulak sangat high standard. Bukan calang-calang barang. Meh saya bagitau..Shaklee tiap-tiap bulan buat promosi vitamin terpilih BUY 6 FREE 1. Jadinya...apa yang korang boleh dapat kalau beli masa promosi ni? Apa yang murahnya?

Bulan May punya promosi vitamin shaklee adalah Mealshakes. Harga runcit Mealshakes adalah RM113.50. Cuba bayangkan kalau korang beli 6 terus dan dapat percuma 1. Jimat tak? Siap dapat percuma lagi satu. Sapa nak bagi kan. Kalau anak-anak korang memang jenis penggemar aiskrim vanilla memang akan sukakan mealshakes ni. Sebab..baunya manis, harum dan rasanya sesedap aiskrim vanilla. Saya cakap sebab saya dan anak-anak memang sukakannya.



Ok, ini cerita bulan ni. Bulan lepas punya promosi adalah Ostematrik shaklee. Tablet kalsium yang bukan sekadar kalsium tu. Nak tau harga dia brapa. Harga Ostematrik sebotol RM61. Beli 6 Percuma 1..korang la banding sendiri berbaloi ke tak berbaloi beli sempena promosi..grab 6 terus!




Jadi sangat tak rugi kalau korang ambik peluang nak beli vitamin shaklee time promosi. Harga memang berbaloi-baloi. Lebih berbaloi-baloi lagi kalau korang sign up jadi ahli. Alang-alang memang pengguna shaklee baik beli dengan id sendiri. Ye tak? Banyak kelebihan dia tau. Kalau join jangan join group yang lain join Group Jutawan Shaklee tau. Heee

Banyak sangat nak beli 6 tin mealshakes bulan ni? eh korang..cuba korang tanya jiran-jiran sebelah ke yang ada anak-anak kecik, kawan-kawan ofis ke, adik-beradik ke ada tak yang nak kongsi-kongsi beli sama-sama..rugi tau tak beli masa promosi.

Nak beli vitamin shaklee yang promosi Beli 6 Percuma 1?
Meh contact:

iR Aniey Yusoff
0137773122

Page : Nikmat Hidup Sihat

Friday, 16 May 2014

Set Kecantikan Shaklee Buat Pengguna Tidak Perlu Bermekap Lagi

Korang rasa best tak kalau kulit wajah korang cantik, halus, mulus, anjal, putih berseri, licin jer tanpa perlu dikenakan sebarang mekap pun. Bukan setakat muka satu badan pun rasa kulit halus dan lembut, tona kulit sekata. Woo kalau saya memang teramat best tu. Kesihatan dari dalam terserlah hingga ke kulit wajah.

Best sebab..
~ ia kecantikan asli
~ best sebab jimat masa tak payah nak mekap-mekap bagai
~ jimat duit tak payah beli alat mekap haha
~ rasa keyakinan diri meningkat 100%
~ semakin menghargai diri ini cukup cantik ciptaan Allah..subhanallah

Berani cakap macam ni sebab apa? Sebab saya dah rasa sendiri..kulit cantik dengan shaklee..Alhamdulillah..tak tau lagi dah nak cakap apa nak bagitau memang BEST LA!


Ok! Mari kita tengok apa supplement shaklee untuk kecantikan, kesihatan dan bagi effect kulit yang cantik.

Sustained Released Vita c-Plus

1.Membantu membentuk Kolagen

Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ia merupakan komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada kulit muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanpa penuaan.

2.Perlindungan Dari Sinaran UV dari Cahaya Matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam vitamin C mmelindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. 

Vitamin C mengurangkan kesan sunburn disebabkan oleh radiasi ultraungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

3.Penyembuhan Luka

Badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

4.Memperbaiki Tekstur Kulit

Kolagen menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

5.Melindungi Dari Perubahan Warna Kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fitokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyridimine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Mari kita tengok apa kelebihan ESP shaklee pulak :

Energising Soy Protien

1.ESP memudarkan parut jerawat pada kulit 

Apabila kita luka dan selepas poses penyembuhan berlaku, parut akan terbentuk selepas itu. Sel-sel mati pada parut perlu diganti supaya ia cepat pudar dan hilang. ESP yang mengandungi protien bertindak membantu badan menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel-sel mati tersebut.

2.Badan Lebih Bertenaga dan cergas dengan ESP

Selain membentuk sel-sel badan yang sihat, protien pada ESP juga membantu organ dan sistem dalam badan menjalankan fungsinya dengan baik. Sistem peredaran darah yang baik membuatkan badan lebih cergas.

Badan cergas, peredaran darah menjadi lebih baik dan kesannya boleh dilihat pada kulit secara tidak langsung.

3.Kulit Lebih Anjal

Protien diperlukan untuk mengekalkan sel kulit yang sihat. Kulit menjadi gebu dan berseri-seri apabila ia mendapat khasiat asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

Vitamin E 

Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit pada parut. 

Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat yang kelihatan pada kulit. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.

Jom kita tengok apa kata mereka yang berjaya dengan jayanya dapatkan kulit cantik!





Cantik manis kat luar sana kalau nak dapatkan hasil macam ramaiiii orang yang dah cantik, halus, mulus, anjal, licin dan berseri-seri ni meh pakat cuba!

Aniey Yusoff
013-7773122

Page : Nikmat Hidup Sihat


Wednesday, 14 May 2014

Sakit Lutut Dan Sendi Di kalangan Warga Emas

Sakit sendi lutut merupakan rungutan yang sering kedengaran terutamanya di kalangan warga emas. Punca utamanya adalah osteoarthritis dan terjadi akibat sendi yang tidak sihat.

Penyakit osteoarthritis selalunya berlaku akibat peningkatan umur. Oleh itu ia juga disebut sebagai penyakit 'degenerative' dan mula dikesan apabila seseorang mengalami sakit pada sendi atau tulang belakang, serta rasa sukar menggerakkan sendi (stiff joints) atau mengalami kecederaan sendi yang berulang.




Apabila usia bertambah, tubuh tidak dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam tubuh (terutamanya sendi). ini kerana Glucosamine Sulphate (GS) yang merupakan bahan semulajadi dalam tubuh yang memperbaiki radang sendi, tidak dikeluarkan oleh tubuh dengan mencukupi. 

Osteoarthritis sendi lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang 'menyerang' apabila seseorang berjalan, berdiri dan kadangkala semasa rehat juga. Antara tanda-tanda awal penyakit osteoarthritis adalah rasa sakit apabila mula berjalan  atau hendak bangun, lutut tidak dapat dilipat penuh, mengadu sakit sendi lutut apabila naik atau turun tangga dan kadang kala terdapat bunyi meretih (krepitus) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi dan menyebabkan pesakitnya mula sembahyang di atas kerusi.



Kajian menunjukkan seorang daripada empat wanita dan seorang daripada lima lelaki berumur 50 tahun ke atas menghidap osteoarthritis. Walaubagaimanapun, osteoarthritis juga boleh menyerang mereka yang lebih muda.

Glucosamine Sulfate dan Condroithin didapati dalam tubuh pada 'synovial fluid' iaitu cecair pelicin yang berada dalam sendi dan tulang rawan 'cartilage'

Rawan bertindak sebagai kusyen dan penyerap renjatan di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Sakit osteoarthritis berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan ini terjadi apabila rawan rosak atau haus.

Sakit juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot peha dan betis terutamanya apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

Antara Punca Osteoarthrtis berlaku

Umumnya rawan akan haus akibat geseran atas sebab inilah ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoarthritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.

Seseorang yang berat atau obes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoarthritis sendi lutut dan juga sendi pinggul. Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil. Rawan akan cepat rosak dan mendapat radang.

Pengambilan supplement yang mengandungi Glucosamine boleh membantu membina semula pelincir pada sendi tetapi AWAS Advanced Joint Health Tablet tidak seperti kebanyakkan supplement di pasaran yang mengandungi kondroitin iaitu satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan gukosamin.

Advanced Joint Health Tablet Shaklee Untuk Pesakit Sendi

AJHT mengandungi satu bentuk esktrak boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangka masa seawal 5 hari hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh jenama terkemuka!


Rumusan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas : zinc, kuprum, manganese dan vitamin C yang setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat. 


Aniey Yusoff
SMS/WA 0137773122
Page : Nikmat Hidup Sihat


Tuesday, 13 May 2014

Alfatihah Dan Doa Untuk Ibu Sempena Hari Ibu

12 May 2008 - 12 May 2014 genap 6 tahun pemergian arwah ibu. Di saat orang lain menyampaikan ucapan hari ibu buat ibu masing-masing saya hanya kekal dengan doa dan alfatihah sepanjang 6 tahun ini dan insyaAllah selagi hidup selagi itulah terus saya kirimkan doa buat ibu di sana. Semoga ibu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Alfatihah...

Saat seorang bayi dilahirkan juga maka lahirlah seorang ibu. Makanya saya adalah ibu, ibu dan ibu pada anak-anak saya hihihi. Amirah Alyaa, Ahmad Ahmad Noh, Siti Nur Aimy dan .. hurmm

Tiada apa yang seorang ibu mahukan dalam hidup selain nak tengok anak-anak dia membesar dengan sihat dan berjaya di dunia juga akhirat. Apa yang ibu mampu lakukan akan ibu lakukan demi nak tengok anak-anak ibu berjaya.

Pejam celik rupanya dah besar dah anak-anak ibu. Kakak Alyaa dah 6 tahun, abang Affan dah 4 tahun dan adik aimy pun dh 1 tahun. Sakit bersalinkan kakak alyaa pun masih terasa lagi. Begitu cepat masa berlalu. Tahun depan dah masuk darjah 1. Dah pandai tulis kad untuk hari ibu.


Terima kasih kakak. Ibu sayang kakak dan anak-anak ibu semuanya. Jadi kakak yang baik untuk adik-adik ye. Satu je pesan ibu buat semua anak-anak ibu. Sesekali jangan tinggal solat walau kat mana kita berada. Walau di mana bumi dipijak di situlah juga Islam dibawa. Solat dan Quran jangan sesekali tinggalkan.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia!

Salam sayang buat semua!

~Aniey Yusoff~

Monday, 12 May 2014

Khasiat Bawang Putih Dalam Sebotol Garlic Complex Shaklee

Assalamualaikum...salam sayang semuanya...

Wow tajuk entry kali ni ada berkait dengan bahan wajib adoo kat dapur. Kat dapur sapa yang tak ada bawang putih kan?

Kalau kat google taip saje bawang putih keluar la macam-macam tentang khasiat dan kebaikan bawang putih. Berbagai-bagai khasiat dia. Hurmm...sebelum ni saya pun tak pernah amik tau tentang kebaikan bawang putih ni tapi sejak bershaklee segala benda tentang kesihatan saya nak amik tau dan sebarkan. Rasa best sangattt kalau dapat berkongsi ilmu walau secoet.

Oh ya..saya mula amik tau tentang kebaikan bawang putih ni selepas maklong saya telah dapat manfaat bawang putih dalam menurunkan tekanan darah tinggi ke paras normal. Alhamdulillah..

Ok, dalam wikipedia, bawang putih atau nama saintifik dia Allium Sativum meupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan.



Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Kajian saintis menunjukkan, setiap 100 gram bawang putih mengandungi :
  • 623 kj kalori
  • 33g karbohidrat
  • 1g gula
  • 2.1 g serat
  • 0.5g lemak
  • 6.39g protien
  • 5 microgram beta karotine
  • thiamine (Vitain B1)
  • riboflavin
  • niacin
  • asid panthitenik
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. 

Ok, sekarang kita tengok apa yang shaklee bawakan dalam mendapatkan khasiat bawang putih. Bawang putih shaklee dikenali sebagai Garlic.

Apa perbezaannya yang shaklee bawakan?

Dalam pembuatan Garlic, ia dibuat dari bawang putih jenis preminum, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif).

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg esktrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Manfaat Utama Garlic Shaklee
  1. Mengandungi spearmint ~ mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi ~ garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang Elergi ~ Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman ~ Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
  5. Memoderatkan tekanan darah tinggi ~ Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  6. Detoksifikasi ~ Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  7. Menurunkan kolesterol ~ garlic mampu mengurangkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah Kanser ~ membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan terjadinya kanser iaitu nitrosamine
  9. Menstabilkan Glukos ~ menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita

Banyak kan khasiat dalam sebotol Garlic ni. Rasanya kalau kita nak makan 2 biji bawang putih segar setiap hari tak adalah la kan sebab utama dia bau dan rasa..betul tak? Telan tablet Garlic ni je senang. 

Ingin dapatkannya boleh hubungi saya :
Aniey Yusoff 0137773122


Sunday, 11 May 2014

Pengalaman Hebat Bersama Vitamin C Shaklee Vitamin Kesayangan Saya

Assalamualaikum..salam sayang buat semua pembaca blog sihat ini.

Teruja nak kongsikan pengalaman saya. Pengalaman saya mengamalkan pengambilan Sustained Released Vitamin C Plus Shaklee. Semalam masa nak amik vitamin c saya bilang ada brapa biji lagi balance yang tinggal. Dalam 30 biji lagi tinggal bermakna dah 5 bulan saya amalkan vitamin c ni. Sebabnya? Dah sebotol ada 180 biji amik sebiji sehari memang sampai 6 bulan la tahannya. 

Owh inilah antara vitamin kesayangan saya. Nak tau kenapa saya sayang sangat?? Ye la saya tunggu dekat setahun SR vitamin C ni ada stok. Tau je masa ada stok terus sambar sampai berpuluh botol..huhu risau habis stok lagi dan kempunanlah nak rasai manfaat dan kelebihan vitamin c shaklee ni.
SR Vitamin C

Aritu ada rasa macam nak selsema, gatal-gatal tekak, hidung rasa nak berair. Saya upkan dos vitamin c kepada 2 biji. Lepas tu tidur. Alhamdulillah...bangun pagi hilang terus dah rasa perit-perit dan gatal-gatal tekak tu. Ajaib rasanya...tapi tu semua kuasa Allah kan..

Eh ada lagi...sejak amik vitamin c ni jerawat tak berani nak singgah. Samaada kat muka atau belakang badan. Jerawat pasir ke apa ke keturunan jerawat memang tak ada yang singgah. Kulit rasa lembab dan licin je. Kulit muka rasa lebih bersih dan putih gebu je. Itulah side effect vitamin shaklee ni. Teruja tak?? Ditambah-tambah lagi side effectnya... sebab saya pun amalkan ESP skali. 

Eh belum habis lagi...alhamdulillah resdung saya dah hilang! Kalau tak pagi-pagi mesti bersin tak henti.

Jom berkenalan dengan SR vitamin c plus ni. Percayalah! Sekali amal memang terus jatuh cinta habis!



Kebaikan Sustained Released Vitamin C Shaklee :

  • Membentuk kolagen ~ merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan ~ kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun ~ membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan pengurangan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser ~ Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit ~ Pengambilan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kepada jeragat
  • Memperbaiki imsonia ~ stress dan massalah berkaitan mental seperti keresahan dapat diaatasi
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat ~ Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi

Saya dah amalkan dan rasa kebaikannya. Kalau nak cuba atau ada sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122
Page : Nikmat Hidup Sihat


Friday, 9 May 2014

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Untuk Kanak-Kanak Yang Membesar


Kenapa dikatakan omega guard antara yang terbaik di dunia? Kita tengok saje pada ia diperbuat dari apa dan teknologi apa yang diguna.

Shaklee omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan daripada hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA,  ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA.

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengesktrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, doiksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



Kenapa Omega Guard dihasilkan Dari ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia! iaitu penduduk eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang eskimo yang hidup di greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Kebaikan DHA untuk Kesihatan Dan Pembesaran Kanak-kanak

Asid Dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting pada setiap peringkat kehidupan terutamanya bagi kanak-kanak. Kebaikan asid lemak Omega 3 telah diketahui sejak berdekad lamanya dan termasuk membantu perkembangan otak, mengekalkan ketajaman penglihatan dan membantu sistem anti-radang badan.


Pembentukan minda amat bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang khasiat akan mengalami pembantutan perkembangan otak dan menunjukkan tahap IQ yang rendah, lambat pemahaman bahasa dan menunjukkan perkembangan serta koordinasi motor yang rendah.


Asid lemak penting untuk perkembangan manusia terutama pada pingkat awal kehidupan. Ketika ini, otak sedang dibentuk dan berkembang, pendedahan yang mencukupi terhadap asid lemak pentiing dan diperlukan untuk pembentukan dan fungsi optimal minda kanak-kanak. 

DHA membantu mengekalkan fleksibiliti membran sel yang bertanggungwab untuk membantu komunikasi antara otak dan sel saraf. Ini bertujuan untuk memperbaiki kemampuan belajar. Kekurangan DHA sering dikaitkan dengan kelemahan untuk belajar.

Bekalkanlah DHA Kepada Anak Anda

Ibu-ibu yang prihatin yang mementingkan kesihatan dan perkembangan anak mereka haruslah memastikan diet anak anda mengandungi tahap DHA yang mencukupi. Ia bukan sahaja menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf malah turut membantu meningkatkan jangka tumpu anak-anak.

Berilah anak anda Omega Guard sebagai pilihan makanan tambahan DHA untuk kanak-kanak yang tidak mendapat cukup DHA dalam diet mereka.

Ibu yang ingin mendapatkan Omega Guard ini boleh hubungi :

iR Aniey Yusoff 0137773122
Nikmat Hidup Sihat

Thursday, 8 May 2014

Mealshakes Shaklee Supplement Penambah Berat Badan

Salam Sayang semua!

Paling famous adalah orang-orang yang nak kuruskan badan kan. Agak kurang kedengaran malahan dalam 10 orang belum tentu kita dengar orang kurus yang nak tambahkan berat badan.

Hihihi..inilah nak diceritakan ni. Mealshakes kat rumah tu bukan sajer anak-anak saya yang makan malahan mak diaorang ni pun makan sekali gak. Saya ni kalau nak tau kecik comey jer orangnya hahaha. Dengan ketinggian 148cm berat selalunya dalam lingkungan 40-43 kg sahaja.

Wahh!! bestnya dengar kan!  ramai kata 'ko ni badan kecik jer makanlah apa saja pun bukan kisah pun badan naik ker tak' Saya ni kalau diikutkan BMI tak adalah dalam kategori 'underweight' masih normal lagi. Cumanya disebalik saya ni yang jenis makan je apa-apa tapi tak nak la termasuk makanan yang tak berkhasiat. Ishh...sayang ni kat badan saya tak kan nak bagi makanan tak berkhasiat lak kat dia.

Ada ker yang nak macam ni? Hihihi

Ok, cerita tentang 'underweight'. Istilah tentang 'kurang berat badan atau under weight' sebenarnya merujuk kepada seseorang yang mempunyai berat badan yang kurang dari sepatutnya berdasarkan umur, berat dan ketinggiannya. Ini formula untuk mengira 'body mass index' (BMI).

18.5 atau kurang - kurang berat
18.5 - 24.99 - Normal
25 - 29.99 - Overweight
30 - 34.99 - Obesiti (kelas 1)
35 - 39.99 - Obesiti (kelas 2 )
40 atau lebih - Morbid Obesiti

Mengikut jadual ni, kita akan dikira sebagai kurang berat badan jika BMI kita kurang dari 18.5. Individu yang kekurangan berat badan ini boleh jadi sihat atau mungkin berpenyakit. Jika berat badan berkurangan secara berterusan, dikhuatiri anda akan mengalami kekurangan zat badan (malnourished

Kekurangan berat badan ini selalunya menyebabkan kekurangan stamina dan lemah daya tahan imuniti. Kedua-dua ini akan menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti kuman dan mendapat penyakit. Ini kerana masalah kekurangan berat badan yang keterlaluan amat berkait rapat dengan masalah kekurangan nutrisi (micronutrient deficiencies). Mereka yang mengalami kekurangan nutrisi selalunya mengambil kadar  kalori yang rendah, sekaligus menghadkan penyerapan nutrisi penting seperti asid amino dan micronutrients yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imuniti badan melawan penyakit menjadi rendah.

Bahaya Jugak

Bagi wanita, kekurangan berat yang ketara boleh menyebabkan ketiadaan kitaran haids (amenorrhea) dan mungkin mengalami masalah jika wanita itu hamil. Kekurangan berat juga boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah), keguguran rambut, risiko kereputan tulang (osteoporosis) walaupun pada umur yang masih muda.

Untuk menambahkan berat badan, pengambilan lebih kalori melalui pemakanan amat perlu. Riadah dan bersukan juga amat penting untuk mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan. Semasa menentukan apa yang harus dimakan, kita perlu menitik beratkan bagaimana untuk mendapatkan nutrisi bukan pada 'kilogram' sahaja. 


Nampak kan? Bukan orang obesiti sahaja yang berisiko berdepan dengan penyakit malahan orang yang kategori kurus sebab tak cukup nutrisi juga berisiko besar. Oleh sebab fikirkan nutrisi yang penting itulah makanya saya pilih mealshakes shaklee

Perbezaan Mealshakes Shaklee

Mealshakes shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat dari bahan semulajadi, dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Nutrisinya lengkap! ada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Pembekal nutrisi kepada sel tubuh. Apabila sel-sel sihat barulah ia akan mencetuskan deria untuk makan. Sebab inilah mealshakes disyorkan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. 

Pertanyaan Lanjut boleh hubungi :
iR Aniey Yusoff 0137773122

Wednesday, 7 May 2014

Rahsia Terbesar Kenapa Ramai Wanita Bekerjaya Berhenti Kerja Setelah Join Shaklee

Assalamualaikum Semua!

Erkk!! Tajuk tu macam tuju kat saya je kan. Maklumlah masuk tarikh ni dah dekat 2 minggu saya berhenti kerja dan buat bisness shaklee online saje di rumah. Sorry Bos!



Berbaloi ke sampai saya sanggup berhenti kerja dan buat bisness shaklee? Best sangat ker produk shaklee ni? Alhamdulillah... berkenalan dengan shaklee merubah 100% diri saya. Tentang persepsi, tentang sikap diri, tentang disiplin, tentang impian, tentang keyakinan diri, tentang bermasyarakat dan tentang segalanya.


Sedikit tentang diri saya (berapa banyak tentang la kan hihi..) yang memang anti MLM dan kosong pengalaman tentang alam bisness. Dari kecik saya memang dilahirkan dalam keluarga yang susah yang tiada langsung latar belakang tentang perniagaan. 

WALAU bisness kecik-kecik pun. TAK PANDAI tau! Ada satu hari ada orang menyuruh ayah saya carikan daun palas untuk buat ketupat palas masa tu (ayah saya penoreh getah, sambil menoreh boleh la carikan daun palas). Okey, ayah saya pun carila..dapat la banyak jugak. Orang tu nak beli dan dia tanyakan brapa harganya. Saya dan mak saya pun bungkusla mula-mula 12 batang untuk RM1 (kat kedai orang jual 6 batang RM1). Lepas tu kan tambah lagi sebatang sebab kesian dan serba salah lepas tu tambah lagi...huhu. Bermula dari peristiwa ini, saya selalu cakap kat diri sendiri yang saya memang TAK PANDAI DAN TAK MINAT berniaga!

PEMALU! YE..saya memang sangat-sangat pemalu. Contoh kalau la saya berniaga pun nak bukak mulut bagitau orang yang saya ada jual itu ini rasanya tak kot. Eiii malu sangat. Ntah apa-apa kan. Tapi itulah saya, sampaikan kalau ada di kalangan ahli keluarga yang berniaga rasanya kalau orang tanya saya tak mengaku kot itu ahli keluarga saya. Sebab bagi saya orang yang berniaga ni adalah orang yang tak ada duit dan meraih simpati orang (inilah pemikiran orang yang tak ada ilmu kan)


SENSITIF DAN CEPAT DOWN! Pernah saya jual kain batik kat ofis. Bukan saya pun sepupu yang suruh jualkan. Orang yang tengok cakap mahal dan tak nak beli walaupun saya tau kain itu adalah kain yang elok. tapi tak tercakap apa-apa pun. Sedihnya...kecik hati tak ada orang yang nak beli (ini namanya tak kuat semangat dan tak ada keyakinan diri)



Lepas tu..apa yang Shaklee dah buat sampai saya berhenti kerja??

1. Jatuh Cinta dengan Produk

Mula-mula mencari supplement untuk kesihatan anak-anak yang asma dan selalu demam. Setelah dicuba..alhamdulillah ok dan kesihatan bertambah baik. Mula mencari-cari sendiri maklumat tentang produk shaklee. Makin dicari makin jatuh cinta. Shaklee satu-satunya syarikat yang memang mengambil berat sangat-sangat tentang bahaya bahan kimia. justeru pembuatan vitamin shaklee adalah 100% selamat, bebas bahan berbahaya.


2. Saya Dapat Ilmu Bisness


Memula join shaklee sebab nak makan sendiri je. Tapi makin lama saya berada dalam Group demi group kelolaan upline-upline saya, jiwa saya terbuka luas dan meronta-ronta nak start berbisness. Kenapa?? Sebab paling utama adalah saya nak bagi orang-orang di luar sana rasai kebaikan shaklee dan dapat kesihatan yang baik seperti mana anak-anak saya. 24 jam tanpa henti upline-upline saya hidangkan dengan ilmu berniaga dan sedia tunjukkan jalan nak berjaya sepertimana mereka.


3. Saya Dapat Ilmu Rohani


Alhamdulillah...sejak join shaklee. Upline-upline sentiasa mengingatkan agar gandakan amalan rohani. Yang wajib buat dan tambah lagi dengan amalan sunat. Kalau dulu tak pernah buat solat dhuha, sekarang alhamdulillah, kalau dulu zikir-zikir entah ke mana sekarang sebaliknya. Kenapa? Sebab rezeki datang Allah. Jika kita nak meminta rezeki dekatkanlah dulu diri dengan Yang Maha Pemberi. Betul tak? Sejak ini diri ini berubah. Semoga terus istiqamah


4. Saya Dapat Keyakinan Diri Yang Tinggi


Malu nak berniaga? Tak ada dah sekarang ni. Malahan saya yakin dengan produk shaklee. Buat apa nak malu kan? Bukannya jual dadah pun. Jual Vitamin je pun. Hasil dari support group yang hebat yang sentiasa memotivasikan diri ini.

5. Group Support Yang Sangat Best!


Ini paling-paling penting sekali sekiranya ingin join mana-mana group shaklee. Pastikan berada dalam group yang betul. Salah masuk group. Anda mungkin diabaikan, tak dapat ilmu yang dinginkan, ditinggalkan terkapai-kapai tanpa hala tuju. Nak tukar upline? Owh anda kena tunggu sampai setahun setengah dengan id yang tak aktif barulah boleh tukar upline. Jangan main-main, kawan saya dapat upline yang tak aktif bisness. Lalu kawan saya terkial-kial ditinggalkan. Atas nama kawan, saya yang selalu jadi tempat rujukan dia. Walau sememangnya dia tak layak untuk dapat bimbingan saya sebab dia bukan dari susur galur yang sama. 


6. Ramai Kawan


Kalau dulu saya ni memang jarang nak bermasyarakat sangat. Tapi sejak join shaklee saya dapat ramaiiii kawan. Kawan yang sama-sama membantu dalam bisness. Tolong menolong dan saling ingat-mengingati satu sama lain. Indahnya ramai kawan kan.


7. Saya Nampak Peluang Jana Pendapatan


Dalam bisness shaklee, tidak ada istilah head counting, modal pun hanya RM65 sahaja seumur hidup. Tak ada istilah downline buat keje untuk upline dan upline boleh duduk goyang kaki sahaja. Bisness shaklee adalah bisness masing-masing. Downline usaha keras maka hasilnya adalah untuk dia manakala sekiranya upline tak ada sales dia pun tak dapat bonus pun. Downline pulak boleh melompat meninggalkan upline dia. Maknanya downline bila-bila masa boleh naik rank tanpa perlu menunggu upline. Dalam shaklee anda berpeluang jana 3,4,5 malah sehingga 6 angka sebulan. tak mustahil dan dah ramai pun yang berjaya capai. 


Dengan jadi ahli shaklee, anda dapat untung Jual harga Runcit (Retail Price) sehingga 30%. Anda dapat membuat pembelian dengan harga ahli dan setiap pembelian anda akan diberi points (uv) yang ditukar kepada cash setiap bulan (cukup syarat 150 uv). Juga anda akan dapat :
  • Bonus kepimpinan
  • bonus tambahan
  • insentif Coordinator
  • Insentif pelancongan
  • Subsidi kereta
  • insentif istimewa
Semua ni milik anda sekiranya anda layak. Dan membesarkan empayar bisness masing-masing

Nihh...boleh baca
Cukuplah 7 sebab ini sahaja yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sambil jaga anak-anak sambil jalankan bisness. Best kan?

Berminat nak join Team Jutawan Kami?


Sentiasa dialu-alukan. Hubungi :
Aniey Yusoff
013-7773122

Indah kan Hidup Dapat Memberi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...