Tuesday 30 September 2014

Set Shaklee Lengkap Untuk Sakit Sendi

Sakit sendi tak kira lelaki atau wanita atau warga emas. Mula menyerang apabila usia semakin bertambah seiring dengan pengurangan pelincir pada tulang rawan. Baca sakit lutut dan sendi di kalangan warga emas. 

Ada yang kata makan Ostematrik sahaja dah cukup untuk sakit sendi, ada yang amik omega sahaja dan ada yang amik Advanced Joint Health Tablet sahaja. Justeru ramai yang keliru yang mana satu patut diambil oleh seseorang yang menghadapi sakit otot, sakit lutut dan sakit sendi?

Ok, mari kita tengok fungsi setiap vitamin dulu!


1. Menguatkan Tulang : ostematrik shaklee adalah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%, berbeza dengan jenama lain! Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf, merawat tulang retak, konvulsi atau kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas : Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Pengalkalian Tubuh : Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Kalsium juga membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi


4. Ostematrik mengandungi formula sangat unik dan lengkap dengan nutrien yang mesti diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral (tablet kalsium yang lain tak ada tau!) Antaranya magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, mangan dan boron

5. Magnesium : ion positif no.2 penting di dalam tubuh. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot

6. Zinc, boron, manganes, kuprum : memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis


Omega bertindak melambatkan degradasi tulang rawan dengan Omega-3. Omega-3 juga bertindak sebagai pelincir yang membantu kita bergerak dengan lebih bebas. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina (AJHT) dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Selain itu, manfaat omega guard ini juga boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Omega juga sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak


Merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin C. Setiap satunya memainkan peranan yang unik di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat

AJHT tidak seperti kebanyakkan supplemen lain. ia bebas kondroitin satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin.

Ekstrak Boswellia terbukti mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangka masa seawal 5 hari - 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka okey!!

1,2 atau 3? Bertiga lebih baik kan (^_^)

Set Lengkap Untuk Sakit Sendi


Set ini saya selalu kirimkan untuk ayah dan mak di kampung kerana inilah hadiah untuk kesihatan yang tak ternilai harganya. Dari seorang anak untuk sentiasa melihat orang tuanya sentiasa sihat.. Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan ibu bapa kita. Aminnn...

Untuk sebarang pertanyaan terus saje ke talian saya

Aniey Yusoff
0137773122

Saturday 27 September 2014

Risiko Stress Pada Wanita!

Salam buat semua pembaca blog tak kira anda lelaki atau wanita, dewasa atau kanak-kanak tetapi kalau anda wanita, ibu, mak, kakak dan wanita yang bekerjaya anda WAJIB baca ni! SEBAB? Kita wanita adalah tulang belakang kepada keluarga dan juga mungkin anda adalah pekerja yang paling disayangi oleh majikan.

Ramai dalam kalangan kita tidak menyedari bahawa stres atau tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua terutamanya wanita bekerjaya. Tugasan dan tanggungjawab berganda sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu adakalanya menyebabkan wanita berhadapan dengan pelbagai masalah yang menyangkut perasaan dan emosi.

Sememangnya wanita dilahirkan sebagai seorang insan yang kuat. tekanan yang positif menjadikan kita lebih berhati-hati, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Namun, beberapa tekanan yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah serangan penyakit darah tinggi!




Antara punca utama yang menyebabkan masalah ini terjadi ialah :

Waktu Bekerja Yang Panjang

What? Overtime!! Kerja lebih masa sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu. Masalah ini jika berterusan ia akan mengundang keadaan tidak sihat bukan sahaja terhadap kesihatan tetapi juga mutu kerja. Selain itu, kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan terjejas dan mengakibatkan risiko terdedah kepada pelbagai penyakit

Tekanan Masa Dan Beban Kerja

Setiap pekerjaan mempunyai bebanan tugasan yang berbeza. Ia dipengaruhi oleh tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja (deadline) yang perlu disiapkan. Tambahan pula tanggungjawab lain yang perlu anda selesaikan sebagai seorang wanita mengundang kebosanan dan stres

Tekanan Persekitaran

Tekanan persekitaran merupakan ancaman yang menyebabkan anda berasa stres. Persekitaran fizikal seperti kualiti udara, pencahayaan, kebersihan, hubungan dengan rakan sekerja dan ruang bekerja boleh memberi kesan ke atas minda anda

Tanda-tanda stres ialah jantung anda berdegup dengan cepat, banyak berpeluh, risau dan bimbang, sukar untuk tidur, hilang selera makan, merasa murung, kecewa, gelisah dan sebagainya

Justeru apa yang perlu dilakukan oleh para wanita untuk mengelak dari stres dan risiko tekanan darah tinggi ini?

1. Bersenam Dengan Kerap

Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh. Bersenam boleh membantu seseorang mengawal selera makan dan membakar lemak yang membawa kepada penyakit di dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan rasa bimbang dan seterusnya menjauhi dari masalah ini


2. Rehatkan minda dan Tubuh Badan

Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang. Dapatkan khidmat pakar yang mahir dan bertauliah dalam teknik  pengurutan yang betul. Berurut juga mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stres. 

3. Kurangkan Pengambilan kalori

Tekanan darah dapat diatasi melalui amalan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang. Cara untuk mengelakkan penyakit ini ialah dengan mengurangkan pengambilan kalori dan mengimbangi berat badan dengan ketinggian. Pesakit juga perlu mengurangkan penggunaan garam di dalam makanan

4. Amalkan Diet Yang Seimbang

Masalah tekanan darah tinggi berkait dengan masalah kolesterol tinggi. Diet seharian amat peting untuk mengawal masalah ini. Elakkan mengambil makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut dan organ dalaman seperti hati dan paru. Pilih makanan yang sihat dengan melebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan, beras perang dan sayur-sayuran

Ayuh Wanita! Kita sihat demi keluarga tercinta! Nyahkan stress dari kamus hidup kita!





Saturday 6 September 2014

Set Kecantikan Kulit Nutriwhite Shaklee Buatkan Wajah Lembab Licin Mulus Gebu Bak Kulit Bayi

Assalamualaikum semua jelitawan...wahh sejak dua menjak ni fefeeling muka ala-ala retis yang halus mulus tu. Apa taknya sejak berNutriwhite ni hehe...

Korang-korang yang selalu jealous dengan kulit mulus bayi dan selalu impikan kulit gebu gebas macam artis tu. Percayalah ia bukan angan-angan kosong kerana anda pun boleh!

Selama ni asyik tengok testimoni kawan-kawan, customer kawan-kawan yang amat berpuas hati dengan Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Shaklee. Tengok je memang sangat jealous okay! Sorang kata kulit dia rasa lebih halus, sorang kata masalah kulit kering diaorang dah tak ada lg ada lagi feedback bagitau memang kulit jadi sehalus dan selembut kulit bayi. Terbakar tak?

Okay, sebelum ni saya ada pakai M....Y tapi mungkin tak sesuai memang tak ada kesan apa pun kat kulit. Mahal memang agak mahal la. Packaging pun kecik cenonet je. Dah habis berbulan lama dah. Sejak tu tak pakai apa-apa dah.

Malam tu rajin belek buku baca tentang set nutriwhite ni. Wahh!! Hebat betul bahan-bahan pembuatan nutriwhite ni ye. Sebelum ni memang dah tau tapi tak teruja lagi nak berkongsi hihi. Esok siangnya terus ke shaklee dan saya beli 2 jenis iaitu Deep Action Foam Cleanser dan Ultimate Protection. 2 je beli dulu. Cuba dulu.

Hasil setelah seminggu memang ketara. Kulit rasa lembab dan halus. Ok! Ini baru seminggu dan baru pakai 2 produk. Gatal tangan rasa nak beli 1 set.

Ingin tahu apa Kelebihan Set Kecantikan Nutriwhite Shaklee?

Nutriwhite Shaklee bekerja dengan 5 cara iaitu :

1. Menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari dan sinar UV
2. Mengurangkan pigmen gelap menjadikan kulit cerah, bercahaya dan bebas cela
3. Menyekat dan membantutkan kemunculan tompok-tompok hitam
4. Mencerah, naungan dari melanin yang sedia ada menjadikan kulit wajah yang lebih rata dan tona kulit lebih cerah
5. Memperbaharui dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness menjadikan kulit cerah dan lebih bercahaya

Best tau! Rupanya wife abg Salleh Yaakub ni pun pengguna setia Nutriwhite dengan vitamin c

Dah tak payah nak jealous lagi tengok kulit baby, kulit artis, kulit orang cantik, licin, gebu gebas sebab kita pun boleh.

Jom cuba Set Kecantikan Nutriwhite

Hubungi Aniey Yusoff
0137773122

Wife Abg Salleh pengguna setia Nutriwhite


Ini saya yang punya

Friday 5 September 2014

Shaklee Effect Terbesar Bakal Melanda Ibu Bapa Di Malaysia Kerana Suka Membeli Set Anak Sihat Dan Genius Shaklee

Assalamualaikum...Salam Sejahtera Semua pembaca yang budiman..

Siapa setuju bahawa kesihatan anak-anak kita adalah yang paling penting dan paling utama dari segala-galanya. Sejak mengandung lagi sekiranya ada yang bertanya "baby boy ke girl kak?" Kita senyum sambil mengusap perut dan berkata "tak kisahla boy ke girl yang penting sihat dan sempurna sifat" So truee! kan..


Betapa ibu bapa amat mendambakan anak-anak yang bakal dilahirkan sihat walafiat. Justeru, ibu bapa sekarang bijak membuat keputusan dengan memilih Set Anak Sihat dan Genius dari Shaklee yang ada Mealshakes, Omega dan Chewable vitamin C untuk anak-anak mereka. Syabas! Anda bijak sebab pilih Shaklee. Vitamin yang paling selamat.


Bermula Ramadhan lalu mealshakes memang menjadi satu fenomena pada ibu bapa. Mana taknya masing-masing mak nak bagi anak mereka sihat dan bertenaga sepanjang bulan puasa. Alhamdulillah tengok masing-masing bagi feedback yang positif tentang anak mereka.

Ada cakap anak diaorang makin selera makan, ada pulak tu bagitau demam, batuk, selsema anak dah jarang, ada lagi kata asma anak dia dah lama tak menyerang, eczema dan masalah kulit pulak semakin baik, pembelajaran dalam kelas semakin ok, bijak bercakap dan banyak lagi la testimoni. Best kan! Boleh rujuk Koleksi Testimoni Mealshakes dan Omega.


Alhamdulillah inilah Shaklee Effect namanya. Positif Effect. Ishh..lepas bulan puasa lagi la berebut mak-mak pakat order Set Anak Sihat dan Genius ni. Katanya anak-anak diaorang pantang nampak botol vitamin laju je terkam. Sampai menangis-nangis nak lagi dan lagi tak cukup satu terutamanya chewable vitamin c tu. Pantang letak tak bersorok ada yang punggah buat main guli ni. Bagi satu nak lagi. Huhu...



Ada sorang ibu yang juga seorang kerani cerita pada saya yang dia bercerita di ofisnya yang dia memberikan anak-anaknya makan omega dan mealshakes. Katanya lagi kesihatan anak-anak tak tenilai baginya. Lebih baik bermula sekarang. Duit gajinya dia belanja sedikit untuk membeli vitamin shaklee untuk anak-anak dia. Lagipun bukan setiap bulan perlu beli. Mealshakes 1 tong boleh tahan sampai 3 bulan. Omega pun tahan 3 bulan. Chewable vitamin C pun sama. Rakan-rakan sepejabat yang mendengar mula cemburu. Ishh..mana boleh jadi ni. Dia kerani pun boleh beli vitamin untuk anak. Aku pun boleh (agaknya la diaorang cakap begitu hihi cemburu ke arah kebaikan takpe hihi). Maka kawan-kawan pun turut sama mengorder.

Ok jom kita lihat apa kebaikan yang ada dalam Set Anak Sihat dan Genius ini

Kebaikan Mealshakes

1. Membantu meningkatkan selera makan 
2. Untuk perkembangan minda
3. Membantu mengurangkan eczema
4. Penting untuk tumbesaran kanak-kanak
5. Membantu mengatasi masalah sembelit 
6. Meningkatkan berat badan anak
7. Diambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan anak di awal pagi
8. Sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan dalan bijirin atau susu anak

Bacaan lebih lagi tentang Mealshakes 


1. Minyak ikan yang paling tulen mengandungi 7 jenis asid Omega 3 termasuk EPA, DHA dan ALA
2. Membantu tumbesaran, perkembangan dan fungsi otak
3. Meningkatkan data ingatan dan pembelajaran
4. Meningkatkan sistem imunisasi
5. Menapis segala virus dan bakteria dari badan
6. Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan dan keradangan pada salur pernafasan

Chewable Vitamin C

1. Menguatkan fungsi imunisasi. Tubuh tidak dapat membuat atau menyimpan vitamin c
2. Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
3. Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting untuk gigi yang kuat dan gusi yang sihat
4. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Inilah vitamin yang menjadi rutin harian anak-anak saya. Dari yang kecik umur 1 tahun 3 bulan hingga kakak umur 6 tahun. 

Ibu-ibu lain semua sudah dapatkan vitamin shaklee untuk anak-anak mereka. Anda bila lagi untuk jadi sebahagian dari mereka?

Info dan pertanyaan lanjut tentang produk, tentang promosi hubungi :

Aniey Yusoff
0137773122
Nikmat Hidup Sihat

atau untuk pembelian sendiri -------->>Set Anak Sihat Dan Genius

Anda ibu bapa yang terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...