Thursday 19 February 2015

Kerana Sembelit Berdarah Sampai Serik Nak Berpantang Lagi

Mengandung, bersalin dan berpantang mungkin pengalaman manis bagi seorang ibu demi anak tercinta. Mana mungkin kesakitan yang ditanggung boleh ditukar ganti apabila mendengar gelak tangis bayi yang dilahirkan. Apa jua sakit rela seorang ibu menanggungnya.



Tetapi pengalaman sembelit masa berpantang amat merisaukan ibu-ibu sampai fobia mahu ke tandas. Betul tak? 2 kali pengalaman saya sendiri sewaktu berpantang ketika melahirkan Alyaa dan Affan amat serik bila diingatkan. Serik nak berpantang lagi. 

Pernah 2 jam duduk termenung di dalam tandas kerana takut untuk 'membuang'. Dengan luka jahitan yang belum sembuh, risau sekiranya sembelit mau terbukak jahitan tu lagi ngeriii.. Pernah juga berpengalaman kerana sembelit terdapat rekah pada anus sehingga berdarah dan penuh satu mangkuk tandas. Sangat berdebar dan cuak waktu tu mujur tiada apa yang serius.

Bagaimana ibu boleh mengelakkan sembelit selepas bersalin?

1. Wajib memenuhi rutin makan dan minum secara teratur. Tidak boleh melengahkan makan apabila tiba waktu makan. Sekiranya berpantang sendiri seperti saya boleh minta tolong dari suami belikan roti atau biskut untuk sarapan. 

2. Lebihkan makanan yang berserat tinggi terutama buah-buahan dan lebihkan minum air putih. 

3. Apabila hasrat untuk ke tandas mula datang, jangan pula tidak endahkannya. 

4. Tidak kerap duduk atau berbaring untuk jangka masa yang lama kerana akan membuatkan sembelit lebih teruk.

5. Mengamalkan pengambilan magnesium. Ye..kerana magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu proses peristalsis iaitu menolak makanan ke perut. 

Alhamdulillah sewaktu berpantang melahirkan Aimy anak ketiga saya mula amalkan perkara di atas dan mengambil Set bersalin Shaklee. Pengambilan Ostematrik dan Alfalfa sangat membantu melancarkan urusan ke tandas. Malah membantu mengurangkan sakit-sakit badan dan membantu melancarkan penyusuan.

Saya pilih tablet kalsium ostematrik sebab ia satu-satunya tablet kalsium yang lengkap dan paling seimbang dengan mengandungi formula unik mineral seperti kalsium, magnesium, boron, vitamin d, fosforus, kuprum, mangan dan zinc. Semua mineral ini perlu hadir bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Bila cek tablet kalsium lain belum ada lagi yang lengkap macam ostematrik ni.

Sebab tu ramai pilih Ostematrik ni sebab tiada risiko penyakit batu karang. 

Rupanya ramai lagi ibu-ibu kat luar sana yang ada masalah sembelit ni kan. Dalam video ni salah sorang darinya. 




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Ibu-ibu yang pengalaman sama macam saya jom cuba Set Bersalin Shaklee untuk elak sembelit.

Aniey Yusoff
013.777.3122


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...