Sunday 1 September 2013

MASA YANG LAPANG VS MASA YANG SEMPIT

Assalamualaikum...Baru hari ini berkesempatan mengupdate blog tercinta ni. Dalam pada tidak mengupdate blog ni minda dan fikiran berpusing ligat memikirkan alangkah indahnya kalau dapat masa yang lapang kan sebelum datangnya waktu-waktu yang sibuk.

'Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa, Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, Masa sihat kamu sebelum datangnya masa sakit, Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk, Masa muda kamu sebelum datangnya masa tua kamu, Masa kaya kamu sebelum datangnya masa miskin,' (Hadis Riwayat Imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a) 

Jadi hari ini Alhamdulillah, dicelah-celah kesibukan menguruskan anak-anak yang masih kecil dan kerja di ofis ada sedikit masa untuk blog tersayang ni.






Masa Yang Berlalu Tiada Gantinya,

Ya Allah, kau kurniakanlah padaku kesabaran yang tinggi dalam menerjah dugaanMu,
Ya Allah, kau berikanlah aku kesihatan yang baik agar dapat aku menjaga amanahmu dengan baik, Ingin aku didik amanahmu dengan didikan agama yang lengkap agar menjadi manusia yang berguna untuk agama dan bangsa,
Ya Allah dengan kesihatan yang baik juga dapat hambaMu ini beribadat dan mencari rezeki ke jalanMu,
Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusanku,
Ya Allah, engkau tetapkanlah hatiku padaMu,
Ya Allah, engkau murahkanlah rezekiMu padaku,
Ya Allah, sentiasalah lapangkan hatiku dan waktu agar dapat aku menerima ilmu dengan baik,
Ya Allah, segalanya aku berserah kepadaMu kerana Engkaulah yang lebih mengetahui yang sebaik-baikNya...amin..

p/s : Jom jadi orang sihat agar dapat beribadat dan mencari rezeki ke Jalan Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...