Saturday 28 June 2014

Tips Dan Panduan Resepi Makanan Untuk Anak-anak Yang Sembelit

Apabila si kecil mula pandai memilih makanan dan hanya makan makanan yang digemarinya sahaja sudah tentu mendatangkan kerisauan pada ibu bapa. Apatah lagi apabila makanan yang dipilih adalah makanan ringan, makanan yang tinggi garam dan gula dan yang tidak berkhasiat.

Bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang khasiat malah menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Kanak-kanak yang sembelit adalah mereka yang mengambil makanan yang kurang serat dan fiber.

Mum and Dad please help me!

Justeru, Bagaimanakah cara menambah serat di dalam diet anak-anak yang sedang membesar? Ikuti panduan dalam penyediaan resepi untuk anak-anak yang sembelit ini :

1. Perkenalkan diet campuran seperti sup sayur atau masak sayur campuran kegemaran mereka. Hidangkan bersama buah-buahan segar dan paling penting selalu libatkan mereka semasa penyediaan makanan. Tentu diaorg tak sabar nak makan hasil usaha diaorang walau cuma tolong kacau sahaja.

2. Apabila ingin menyediakan biskut atau kuih-muih pastikan jugak resipinya telah kita ubah yang mana kita kurangkan lemak dan gula serta menambah tepung yang penuh bijirin. Roti juga pastikan beli yang berserat.

Erk! Kenapakah aku perlu makan ini+

3. Sesekali apabila makan di luar seperti ke restoran makanan segera, jangan hanya memesan makanan yang bergoreng sahaja, pilih juga makanan tinggi kandungan serat seperti yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan bjirin penuh. Makanan Cina, India dan Barat menawarkan hidangan yang tinggi serat seperti capati, dhal, mi sup atau spageti yang diperbuat daripada gandum. 

4. Jika ingin bekalkan makanan ringan pastikan sediakan yang berkhasiat dan merupakan tambahan untuk memenuhi keperluan zat harian mereka seperti potongan buah-buahan betik, tembikai, jambu, epal, oren dan sebagainya. Juga boleh sediakan salad menggunakan dadih rendah lemak berbanding mayonis, cucur, jemput-jemput, roti atau biskut yang dibuat dengan tepung penuh bijrin.

5. Jika anak-anak mempunyai masalah berat badan berlebihan, lebihkan kandungan serat dalam diet mereka. Ini kerana serat akan menyebabkan kita berasa kenyang. Makanan tinggi serat juga akan berada lebih lama di dalam usus dan menyerap air serta mengelakkan daripada sembelit.

Sandwich dengan roti penuh bijirin

Sarapan berserat tinggi untuk anak anda :

  • Capati dengan dalca berbanding roti canai
  • Bijirin dengan susu skim
  • Mee rebus dengan sayuran
  • roti penuh bijirin-disediakan sandwich dengan sayuran atau dibakar serta dihidangkan bersama jus buah-buahan segar tanpa gula.
  • Yogurt- Jika si kecil menolak untuk makan buah dan sayuran yang kaya serat cubalah memberikan mereka makan yogurt
Bagaimana Mealshakes Shaklee boleh membantu mengatasi masalah sembelit?

Mealshakes membantu proses detoksfikasi kerana ia kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.



Perlukan testimoni? Boleh klik Koleksi Testimoni Mealshakes Shaklee

Untuk membuat pembelian boleh hubungi :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com
Page : Nikmat Hidup Sihat

Atau ingin buat pembelian sendiri? 
Klik klik sahaja ORDER MEALSHAKES SEKARANG!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...