Friday 23 May 2014

Tips Hilangkan Eyebag Atau Lingkaran Gelap Bawah Mata Seperti Mata Panda

Aww sensitip pulak kalau sebut panda sekarang ni..hihi. Memang famous kisah panda sekarang ni. Panda memang comel. Saya pun sukakan panda sebab bagi saya panda ni unik. Warna pun hitam putih. Di sekeliling mata ada bulatan hitam besar. Comel nyer!

Tapi kan bila wanita dikaitkan dengan mata panda sangat tak menarik kan? Mata panda atau kita sebut jugak lingkaran gelap bawah mata dan sekeliling mata. Memang satu masalah yang besar apabila seorang wanita tu ada mata panda. Macam mata panda ni..

Gambar Wu Fa dan Feng Yi dari Utusan Online
Alolo comernyer panda ni. Rasa nak peluk sekali. hihi..lingkaran gelap bawah mata membuatkan wanita tersebut nampak tak bermaya, letih, lesu dan kurang berpenampilan menarik. Terutama wanita yang bekerjaya tentu satu masalah kan.


Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuat seseorang itu kelihatan sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah dirundung masalah.

Lingkaran gelap bawah mata terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antaranya adalah:

~ kurang tidur atau rehat
~ badan kekurangan nutrisi
~ kurang air dalam badan
~ Terdedah kepada cahaya matahari
~ Merokok
~ Alahan atau alergi

Antara tips yang boleh di amalkan untuk mengurangkan eyebags :

1. Cukupkan Pengambilan Air Putih

Dehidrasi dapat menyebabkan kelopak mata terasa berat dan membuatkan mata kelihatan sayu. Kulit akan kehilangan kenyal dan kelembapannya sehingga kulit menjadi kering dan cepat berkedut. Terutama sekali kulit di bahagian mata kerana kulit di sekitar mata adalah nipis. Oleh itu, amat penting mencukupkan pengambilan air putih. Seeloknya 3 liter sehari.

2. Zat Besi

Kekurangan zat besi dapat menyebabkan pembuluh darah kelihatan dengan jelas di sebalik kulit yang nipis di sekitar mata. Kurang oksigen menyebabkan darah kelihatan biru gelap. Oleh itu perbanyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi seperti roti gandum, kekacang dan bayam.

3. Vitamin C

Tubuh yang kekurangan vitamin C akan memperlihatkan garis hitam di bawah mata menjadi semakin gelap. Vitamin c berperanan memcerahkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

4. Vitamin K

Kurangnya vitamin K dalam tubuh menyebabkan penggumpalan darah sehingga menampakkan kantung mata menjadi semakin hitam. 

Ini adalah antara testimoni yang amalkan Collagen Powder Shaklee dan ESP Shaklee


Dengan pengambilan nutrisi yang seimbang dan rehat yang cukup. Masalah eyebag atau lingkaran hitam bawah mata ni insyaAllah dapat di atasi.

Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi :

iR Aniey Yusoff
PM/WA 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...