Wednesday, 8 January 2014

SARAPAN TERBAIK DI ALAM SEMESTA!!

Nasi lemak, kopi ooo (sebut versi tv9 hihi) mee goreng, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih muih, roti canai hurmm apa lagi yang selalu menjadi santapan waktu pagiku..

TAPI!! dah habis bersarapan dengan perut kenyangnya masih dirasakan ada sesuatu lagi yang tak lengkap dalam sarapanku..

APAKAH?? Tak lain tak bukan shake shake la. ESP + MEALSHAKES + KURMA..Owhh heaven..!! itulah perihal diriku yang agaknya dah sebati dengan pengambilan supplement ini sampaikan kalau sehari tak amik terasa ada yang tak cukup dalam sarapan seharian. Mabuk supplement kah aku hihi..ish mana ada mabuk la.. supplement ni umpama makanan harian kita la. Ada la jadual waktu makan nya bukannya makan sekali harung 10 jenis vitamin semua. Eh nak tau cara makan dan konsultasi bagai kena la cari pengedar shaklee yang betul-betul berilmu barula anda-anda semua takkan ditinggalkan ketika ada masalah.

Tak kisahla ada kawan-kawan yang kata eh macam minum dedak je. Makanan paling berkhasiat di kata dedak. Meh kita baca lagi khasiat esp dan mealshakes kt sini dan sini.

Tengok saja lah cara kita kita semua ni bersarapan dan makan sehari-hari. Adakah cukup semua keperluan nutrisi yang badan perlukan? Eh mestilah anda je yang tau macam mana cara pemakanan anda kan?

Badan kita pun macam kereta jugak..eh bukan macam malah lebih berharga. Ciptaan terhebat kurniaan Yang Maha Esa. Kereta pun ada tarikh servisnya. Tiap minggu kita hantar cuci, vacum bagai. Tukar minyak hitam, bubuh minyak gear dan macam-macam lagila. Sayangnya kita pada kereta kan. Tapi badan sendiri?? Tak sayangkah kita?? Paling tidak pun amik satu saja supplement pun memadai daripada tak ada langsung kan?

Sendiri punya badan sendiri sayanglah kan.Saya sayangkan badan saya. Saya selalu berdoa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saya agar saya dapat membesarkan anak-anak, berbakti pada kedua ibubapa dan membantu sesiapa yang memerlukan. Kalau sendiri pun tak sihat macam mana nak buat semua ni kan.

Nak tiru macam saya? Nak shaklee jugak?


Sarapan saya ESP,mealshakes, Vitalea dan B compleks

Hubungi : Aniey Yusoff (0137773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Sunday, 5 January 2014

Nutriferon Shaklee Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Salam sayang buat semua pembaca blog saya..

Semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik dariNya. Sedang asyik menulis ini cuaca di luar hujan. Begitulah sekarang ni kadang hujan kadang panas terik. Ketentuan dariNya. Bila cuaca sebegini tentu ramai ibu bapa yang risaukan kesihatan anak-anak kecil kan?

Tetapi saya Alhamdulillah sangat-sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan kesihatan olehNya. Tak kira apa cuacanya anak-anak saya kekal sihat tidak seperti sebelumnya. Kesinambungan dari entry yang lepas tentang Nutriferon yang dijadikan sebagai pengganti panadol di rumah..kali ni saya ceritakan tentang apakah itu Nutriferon Shaklee. Entry yang lepas boleh baca di sini.

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).

Inilah insan di sebalik penemuan Nutriferon :




Hasil dari ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle jepun dan biji plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

1) Biji Labu

~ Meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
~ Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser




2) Biji Plantago asiatica

~ Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun




3) Honeysuckle Jepun

~ Menentang pencerobohan virus dan kuman




4) Bunga safflower

~ Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman




Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrofobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Tambahan pula telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Antara manfaat dan kebaikan nutriferon shaklee ialah :

1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2) Melawan kanser dan tumor
3) Melindungi dari influenza
4) Meringankan stress dan kelesuan
5) Melambatkan penuaan
6) Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7) Mengurangkan masalah berkaitan menopaus
8) Mempertingkatkan PMS


Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Hidup Sihat Nikmat Selama-lamanya

Friday, 3 January 2014

DARAH TINGGI KEMBALI NORMAL DENGAN GARLIC

Assalamualaikum memulakan bicara..

  Agak lama juga tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Macam-macam sibuknya tapi tu la itu semua hanyalah alasan kerana hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa.

  Sebuah cerita yang agak lama disimpan..simpan sebab tak tertulis kat sini..hehe iaitu cerita tentang ibu saudara saya yang mempunyai masalah darah tinggi yang agak kronik. Maklong saya berumur hampir 70an. Kronik sebab dah bertahun-tahun mengidap darah tinggi dan sejak ini jugalah tiap kali tibanya hari raya Aidiladha maklong saya akan melarikan diri (bukan lari dari rumah..hehe) maksudnya maklong saya akan berada jauh dari terhidu bau daging. Kerana maklong saya akan pening dan boleh pengsan jika terbau daging akibat dari darah tingginya. Kesian maklong saya kan..

  Kronik jugak sebab tekanan darah maklong saya kadang-kadang mencecah bacaan atas 200/90mmHg! Pada hari raya Aidilfitri Ogos lalu saya pulang ke kampung dan membawa bekalan vitamin-vitamin untuk saya beri pada keluarga dengan niat nak membantu orang-orang yang saya sayang ni dapat hidup yang lebih sihat. Saya beri maklong saya sebotol Garlic.

  Dan pada Hari raya Aidiladha Oktober lalu sekali lagi saya pulang ke kampung. Kami berkumpul sanak saudara kerana ada seekor lembu akan kitaorang korbankan. Dalam pada kitaorang sibuk-sibuk melapah daging korban saya ternampak kelibat maklong saya ini yang sibuk ke hulu ke hilir tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Lalu saya dekati maklong dan bertanyakan tentang sakit darah tingginya. Maklong saya bagitau sebelum balik kampung dia baru buat checkup dengan doktor dan doktor bagitau darah tinggi maklong saya dah normal...Alhamdulillah nak nangis saya dengar! Sayu dan sebak rasa sebab dapat menolong orang-orang yang kita sayang memiliki kesihatan yang baik.

Haa inilah dia rupanya Garlic


Rupa dah kenal sekarang mari kita kenali pula apakah itu Garlic shaklee ini

~ Garlic dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas
~ diihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allisin aktif)
~ Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint)
~ Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita
~ setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar

Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point

Alhamdulillah semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk maklong saya
Indah kan perasaan kalau dapat membantu orang kita sayang

Nak berikhtiar dengan Garlic? Harga Garlic Shaklee ni cuma RM47.50 sebotol

Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com

Eh! belum habis lagi..cuba tengok apa bapa mithali ni buat supaya dia kembali sihat dapat bersama keluarga tersayang!



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Sunday, 10 November 2013

LAWAN PENUAAN DENGAN VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam bahagia!

Bila ditanya apakah supplement yang paling bagus dan baik dalam shaklee jawapannya tentulah vivix! Mari saya perkenalkan apakah itu vivix. 

Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh shaklee, syarikat No.1 supplement makanan di Amerika. Vivix juga dikenali dengan nama 'tonik ajaib' di kalangan penggunanya.



Vivix Shaklee


Ia mengandungi bahan-bahan asli anggur muscat, elderbery, lobak ungu dan polygonum cuspidatum yang kaya resveratrol bagi membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.

Kebaikkannya sama dengan 3000 gelas arak merah. Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta melambatkan proses penuaan. 

Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap selular.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular

1) Kerosakkan DNA

Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan hayat umur. 

Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA

2) Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada detoriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. 

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. 

Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4) Penimbunan Protien AGE

Penimbunan berlebihan protien AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan vivix  adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukan protien AGE

Vivix amat sesuai diambil oleh semua keadaan dan semua jenis penyakit antaranya :

➳pengidap kanser atau tumor
➳pesakit darah tinggi
➳pesakit kencing manis
➳pesakit jantung
asthma
gout
lumpuh akibat stroke
pesakit parkinson
alzheimier/nyanyuk
kolesterol tinggi
batu karang
warga emas
wanita menopous
pesakit saraf dan mental
masalah mata dan penglihatan
gastrik
hepatitis
masalah kesuburan
masalah wanita (keputihan, kemandulan, cyst, fibroid)

Nantikan perkongsian seterusnya testimoni pengguna yang telah berjaya merasai kebaikan tonik ajaib ini!

Anda di luar sana ada ahli keluarga atau rakan yang ada masalah kesihatan?? Mari berikhtiar dengan vivix shaklee!


Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA

Tuesday, 5 November 2013

KENALI SENDI KITA : STRESS ATAU SIHAT??

Assalamualaikum....

'Anok itik tok wi mandi dalam kolam sebab apa tok wi sebab takut sakit sendi tulang' kihkihkih kalau cerita perihal sendi teringat bait-bait lagu ni. Memang famous nyanyi masa kecik-kecik dulu.

Ok. Mari kita berkenalan dengan sendi kita. Sendi pun ada yang stress ke?? hihi. Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi boleh terjadi di kalangan semua lapisan umur.

Justeru apakah faktor yang menyebabkan sendi menjadi tak sihat??


➳ Sakit sendi boleh terjadi akibat terseliuh atau ligamen otot yang terkoyak semasa melakukan aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul.
➳ berat badan berlebihan
➳ kecacatan pada tulang belakang, tangan atau kaki
➳ kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
➳ Penyakit sendi seperti arthritis
➳ sakit dari pangkal saraf seperti saraf yang terhimpit
➳ penyakit tulang, ketumbuhan, jangkitan kuman
masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
➳ penyakit kronik
➳ ubat-ubatan

Mari tengok perbezaan antara sendi yang sihat dan sendi yang stress??

Sendi yang stress atau tak sihat


✔ kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat, haus dan lusuh biasa pada sendi
✔ rawan menjadi lemah dan rapuh
✔ tisu penghubung sekeliling terurai
✔ geseran berlaku di antara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan menyebabkan ketidakselesaan dan pergerakan yang terhad





Keadaan sendi yang tak sihat




Komponen Sendi 

Advanced Joint Health Complex membantu sendi dalam 3 cara:

1) Meningkatkan cushioning : glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas
2) Memelihara tisu penghubung yang sihat : Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur pada sendi
3) Meningkatkan keselesaan sendi : Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stess tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi

ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX SHAKLEE

Mari beri makanan yang terbaik untuk sendi anda. Jangan biar ia stress. Sendi stress tuan punya badan lagi stress sebab mengganggu pergerakan kan. Nak buat ibadah, nak rukuk, sujud pun susah kan. 

Meh contact saya : Aniey Yusoff (013-7773122) sekarang!
Page : Nikmat Hidup Sihat
Emel : aniey434@yahoo.com


HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA


Saturday, 21 September 2013

B COMPLEKS BANTU KURANGKAN ALAHAN PADA IBU MENGANDUNG


Harini saya teruja untuk berkongsi berita gembira yang disampaikan oleh kawan-kawan yang amik B-complex ni. Ini antara kata-kata mereka yang dikongsikan kepada saya melalui SMS. 


Testimoni kawan ofis Mimi yang mengandung 4 bulan

Testimoni kawan ofis Siti yang mengandung 2 bulan

B-Complex mempunyai sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan  penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang

Mengapa Vitamin B penting untuk Kesihatan yang baik?

Sebelum tu mari kita tengok dan tanya diri masing-masing adakah kita sebenarnya mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, pengambilan minuman beralkohol dan preskripsi ubat-ubatan yang berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme


Haa inilah dia rupa B-compleks


Mari kita tengok apa kelebihan dan manfaat B-complex ni

Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan

Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan,kemurungan dan insomnia

Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelumumur,rambut gugur,beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan , memperkasakan memori dan daya penglihatan

Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meradakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat ahan sakit

Menccegah perlcche - juga dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau

Detoksifikasi - meredakan alahan


Dah baca mengenai manfaat B-complex ni...oo patutla kawan2 saya ni kata dapat hilangkan alahan diaorg masing-masing kan! Sungguh banyaknya manfaat B-complex ni terutama pada ibu-ibu mengandung. Orang tak mengandung pun lagi bagus amalkan B-complex ni. Nak tau inilah rahsia awet muda zaman-berzaman. Nanti saya kongsikan dalam entry yang lain pulak ye mengenai rahsia awet muda dengan B-complex!

Apa lagi! Berminat? Meh order sekarang ngan saya!

Hubungi 013-7773122 (Aniey Yusoff)
PM page : Nikmat Hidup Sihat
Emel : aniey434@yahoo.com

atau klik link di bawah untuk order sendiri!

--------->>>ORDER : B COMPLEKS

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA


Sunday, 1 September 2013

Kehebatan Nutriferon Shaklee Sebagai Pengganti Panadol Di Rumah

Syukur3..Alhamdulillah...tiada apa yang dapat menggembirakan hati seorang ibu selain nak tengok anak-anak membesar dengan sihat. Dh dekat 5 bulan anak-anak saya konsisten dengan pengambilan omega, mealshakes dan nutriferon. Mungkin anda semua dah baca kisah anak saya dan omega di sini .

Ok, kali ni saya cite mengenai nutriferon pulak ye. Sepanjang hampir 5 bulan ni anak-anak saya alyaa dan affan dah jarang sangat demam. Bukan tak demam langsung tapi kadar dan tempoh dia demam tidak seperti sebelum amik supplement. Kalau dulu demam selalu kena amik antibiotik tapi sekarang tidak lagi hanya bagi nutriferon. Kalau dulu demam berlarutan sampai seminggu tapi sekarang alhamdulillah sehari dua dah baik demam. Semuanya kerana Allah. 

Dan kalau dulu kalau nak berjalan ke mana-mana bekalan ubat sentiasa ada bersama tapi sekarang dah berubah hanya nutriferon teman kembara ke mana-mana. Pendek kata apa-apa sakit yang muncul hanya ingat nak ambil nutriferon dulu. Sakit kepala ke, sakit gigi ke, tanda-tanda nak selsema dan demam ke. Bukan apa selagi boleh usaha berubat tanpa pengambilan ubat yang berunsurkan dadah itu adalah yang lebih baik kan? Tapi kalau dah demam sampai menggigil-gigil tu kenalah amik ubat. Kan mudarat pulak. Sebab vitamin ni bukan ubat yang memang untuk menyembuh tau! Tiada lagi panadol dan ubat tahan sakit!


Inilah Nutriferon Shaklee

Bagaimana Nutriferon membantu badan dari jangkitan penyakit?

❥ Nutriferon merupakan penemuan yang terhebat dalam sains sistem imun. Ia merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun 

✔ Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita
✔ Satu-satunya supplement yang dicipta oleh penemu interferon - Dr.Yasuhiko Kojima selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan
✔ Mengandungi MACH satu campuran interferon yang merangsang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular
✔ Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia

Banyak lagi kehebatan dan kelebihan Nutriferon shaklee. Nantikan entry khas lagi mengenainya!

Inilah teman kembara kami sekeluarga sekarang!
Meh2 dapatkan Nutriferon ni!
Ramai dah berkongsi kebaikan..sekarang giliran anda!


Hubungi : Aniey Yusoff (013-7773122)
Page : Nikmat Hidup Sihat

HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMA-LAMANYA BERSAMA SHAKLEE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...