Friday 7 November 2014

Mengapa Kita Perlu Lebihkan Minum Air Apabila Demam?

Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya jumlah air yang disedut melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya. Tubuh akan menurun keadaannya apabila kadar air menurun jika kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut.




Justeru, disarankan agar minum air seliter lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh rasa dahaga kita. Ini kerana kehilangan 4% cairan sahaja akan mengakibatkan penurunan tenaga kita sebanyak 22%!





Bayangkan jika kita kehilangan 7% air, sudah pasti kita akan mulai berasa lemah dan lesu.



Air yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah kira-kira 2 hingga 2.5 liter (8-10 gelas sehari) 



Kandungan air dalam otak meliputi 80%, ginjal 82%, jantung 86%, paru-paru 80%, tulang 22% dan darah 90%. Apabila kandungan air di dalam organ-organ ini tetap dipertahankan sesuai dengan keperluan maka organ tersebut akan tetap sihat. Sebaliknya apabila menurun, fungsinya juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus dan lain-lain. Betapa besarnya peranan air di dalam tubuh kita.


Air diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar daripada tubuh melalui air kencing, perpeluhan, pernafasan dan lain-lain.




Manfaat Air :



1. Melancarkan sistem percernaan ~ air mencukupi akan menghindari masalah sembelit



2. Kecantikan ~ Apabila kita kurang minum air tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkedut

3. Membantu Kesuburan ~ pengambilan air yang mencukupi akan meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita


4. Membantu mengubati strok ~ kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah


5. Menyegarkan badan ~ Jika kita tidak minum air dalam masa beberapa hari kita akan mengalami dehidrasi yang sangat teruk yang akan melumpuhkan seluruh organ dan badannya.

6. Relaks ~ Ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37c

7. Keseimbangan Badan ~ Jika jumlah air menurun di dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus

Apabila kita demam, selera hilang, segala-gala yang kita makan terasa pahit kan..nasi terasa pahit air juga berasa payau. Sudah tentu kita tidak mampu untuk makan dan minum mengikut keperluan tubuh. Huhu...sewaktu saya demam saya hanya minum Performance Drink sahaja. Nasib baik kesedapan rasa orennya masih terasa ditekak. Malah ia menghidrat lebih baik dari air. Alhamdulillah rasa bertenaga skit.

Oleh itu, sekiranya kita demam kena pastikan seboleh-bolehnya minum air dalam kadar yang mencukupi bagi mengelakkan kita dari nyahhidrasi. Dengan sebab kurang air juga menyebabkan kita letih, lesu, tak bermaya dan mungkin mengakibatkan pitam.

Semoga bermanfaat!

Aniey Hidup Sihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...