Saturday 8 November 2014

Bagaimana Omega-3 Bertindak Bagi Membantu Mengurangkan Serangan Pada Pesakit Asma / Asthma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tengkorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.




Meskipun, ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi. Malah pakar-pakar turut mennganggarkan 80% daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. 



Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.



Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat lebih dari 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.



Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Torasik Malaysia mandapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.



Statistik menunjukkan lebih dari 53% kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001. Malah, ibubapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.


"Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

"Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan," katanya

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

"ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)

"Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya," jelasnya


Kebaikan Omega Guard Shaklee Berbanding yang lain 

1. Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies)
2. Bukan dari hati minyak ikan (hati ikan selalunya mengandungi toksik)
3. 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
4. minyak ikan paling tulen di dunia dengan mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi
5. satu sajian membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA
6. Menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutical teknologi terkini untuk menghasilkan omega 3 yang paling tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik,kadminum dll

Jadi jom kita beri Omega 3 untuk anak-anak kita!

Sumber gambar : Google Images

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...