Wednesday 5 November 2014

Panduan Memasak Cara Sihat Untuk Kesihatan Jantung

Pemakanan yang baik bukan sekadar memilih makanan yang betul. Amat penting untuk menyediakan makanan dan pada masa sama mengekalkan kebaikan malahan mungkin menambah nilai pemakanan terhadap hidangan kegemaran anda.

Matlamat pemakanan bagi individu yang mengalami masalah penyakit jantung ialah mengurangkan pengambilan garam, lemak, kolesterol dan meningkatkan pengambilan serat.

Amalan pemakanan sihat bukan hanya memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita amalkan :

1. Mengekalkan rasa, warna dan nutrien di dalam sayuran
  • pilih cara memasak kukus, tumis atau ketuhar gelombang mikro
  • masukkan sayur daun di waktu akhir sekali ketika memasak sup sayur
  • elakkan masak sayur terlalu lama
  • tambah sayur ke dalam pelbagai hidangan anda
Bertukar cara memasak kepada memanggang mungkin boleh menyelamatkan nyawa kita
2. Kurangkan Pengambilan Garam
  • Kurangkan separuh penggunaan garam dalam resepi kegemaran sebaliknya lebihkan herba dan rempah semulajadi untuk menambah perisa dalam masakan
3. Kurangkan Pengambilan Lemak
  • guna kuali tidak melekat untuk memanggang atau menumis untuk mengurangkan penggunaan minyak
  • kerap memanggang, merebus, menumis dan mengukus. cara masak ini kurang penggunaan minyak. Masakan singgang, asam pedas, asam rebus, ikan bakar dan ikan kukus antara contoh yang baik
  • kurangkan kekerapan menggoreng kepada tidak lebih 2 kali seminggu. Gunakan minyak kelapa sawit apabila menggoreng (deep fry)
  • kurangkan memanggang dengan api secara terus kepada makanan kerana ia menghasilkan sebatian yang boleh menyebabkan kanser
  • keluarkan dan buang minyak berlebihan pada sambal dan kari, serap minyak dalam makanan bergoreng dengan menggunakan tisu
  • sejukkan sup dan buang lapisan lemak diatasnya sebelum dipanaskan dan dihidangkan
  • gunakan produk rendah lemak seperti keju rendah lemak, krim salad rendah lemak dan tanpa kolesterol
  • ganti santan dengan susu sejat, susu rendah lemak atau yogurt rendah lemak
  • gunakan telur rendah kolesterol atau guna 2 putih telur sebagai ganti satu biji telur untuk resepi kek
  • gantikan separuh lelemak dalam resepi kek dengan menggantikannya dengan applesauce, prun yang dikisar, pisang yang dihancur atau yogurt
  • gunakan dalam kuantiti sedikit marjerin, kaya, mentega kacang dan mentega sebagai sapuan

Di samping mengamalkan gaya masakan dan pemakanan yang sihat, pengambilan supplement atau makanan tambahan banyak memberikan kebaikan.

Shaklee Untuk Kesihatan Jantung







Selamat Menjaga Kesihatan Jantung Anda!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...