Monday, 5 May 2014

Koleksi Testimoni Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum!

Kata orang testimoni sendiri adalah yang terbaik. Hurmm...anak-anak saya alhamdulillah dah beroleh manfaat hasil dari konsisten amalkan mealshakes shaklee.

Agak sukar nak percaya..nahh saya bawakan lagi himpunan testimoni-testimoni para ibu yang berpuas hati dengan kesihatan anak-anak mereka selepas amalkan mealshakes.

Jomm layan...

Anak-anak berselera makan dengan Mealshakes

Risau anak kurus? Sekarang tak lagi!


Dulu Asthma sekarang Alhamdulillah sihat!

Dulu-dulu selalu demam dan selsema sekarang dah tak ada dah

Sukar lagi nak percaya? Terpulang...tapi alhamdulillah anak-anak kami sihat. Allah yang bagi kesihatan tapi kami usaha bagi yang terbaik untuk anak-anak bukan lihat dan biar sahaja. Dah nasib anak saya macam tu nak buat macam mana....tolongla jangan cakap macam tu. BERSERAH sahaja?? Anak-anak kita berhak mendapat kesihatan yang baik tau.

Ingin tau lebih lanjut hubungi saja :

iR Aniey Yusoff
Pm/Whatsapp 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

Sunday, 4 May 2014

Kesan Sampingan Mealshakes Shaklee dan Omega Pada Anak Saya

Salam sayang semua pembaca blog!

Di entry yang dulu saya kisahkan tentang kakak dan omega. Coretan kisah petang yang damai ni saya bawakan kisah anak saya Affan Noh pulak yang berusia 4 tahun (masa taip ni waktu petang...hehe) Kisah apa? Ni kisahnya..kisah si genius Mcgyver dengan mealshakes dan omega.

Alkisahnya la budak sorang ni dari kecik sampai la umur 3 tahun kurus cekeding jer. Kesian betul tengok tangan dia..halus jer. huhu..Masa umur 2 tahun beratnya menurun dari graf yang sepatutnya. Doktor pun risau dengan budak sorang ni. Doktor suggestkan affan ni bertukar susu dari biasa kepada Picky Eater (masa tu minum susu wyeth). So kenapa kena minum susu PE ni? sbb Doktor kata susu ni cukup dengan khasiat khas untuk budak-budak yang tak cukup khasiat..huhu

Affan ni pulak punya la susah nak makan. Kalau nak makan nasi pun makan nasi kosong jer dengan kicap. Puas pelbagaikan masakan dia. Masak ada warna kuning la, hijau la, merah la..last2 nasi dengan kicap jugak. Budak affan ni jugak selalu kena selsema.

Masa umur dia 3 tahun. Saya dah start bagi dia makan omega dan mealshakes. Owh nasib baik dia suka. Omega memang sangat disukai olehnya. Sampai kena sorok botolnya kalau tak berulang-ulang nak makan. Mealshakes pulak sesudu sehari masuk dalam susu dia. Time ni kena pastikan masa letak mealshakes tu dia tak nampak kalau tak berguling-guling tak nak minum susu sebab katanya tak sedap la (padahal kalau tak tau sedap jer minum haha)

BEST!!

NI SET UNTUK KANAK-KANAK

Antara perubahan anak saya selepas amalkan set vitamin untuk kanak-kanak ni :

1. Asyik lapar Jer! Selera makan bertambah-tambah

Owh..dari celik mata pergi dapur..jumpa ibu bagitau ibu..lapar la. Lepas makan nasi goreng dengan ayam goreng. Main sekejap lepas tu datang dapur lagi. Ibu..lapar la. Sebelum pergi sekolah makan nasi dulu. balik sekolah jer bukak-bukak pintu ayat pertama dia...ibu, laparla. Padahal pergi sekolah 3 jam jer pun...huhu. Serius, memang terkejut mula-mula tu tapi Alhamdulillah kan..

2. Selsema dan Demam jarang singgah

Kalau dulu orang tengok mesti ingat anak sapa la yang comot ni sebab asyik berhingus je..haha tapi lama-kelamaan selsema demam jarang dah kena. Alhamdulillah...jimat duit pegi klinik kan

3. Makin Bijak!

Ya Allah..inilah dia sorang anak saya yang paling petah berkata-kata berbanding kakak dia. Ada saje ngomelan dan bebelan dia sampaikan saya sendiri pun terfikir..mana pulak budak ni belajar fasa perkataan ni padahal saya sendiri rasanya tak penah sebut masa bercakap dengan dia.

4. Cepat Belajar dan Tumpuan!

Balik sekolah ada sahaja yang dia hafal. Surah al-fatihah la, 3 Qul la, doa makan la, doa sebelum tido la, doa masuk tandas la. Umur dia pun belum masuk 4 tahun. Alhamdulillah...semoga dapat jadi tahfiz nanti. Ibu doakan selalu

5. Jadi McGyver Kt Rumah

Okey..yang ni part yang paling saya alert pasal dia. Dia begitu bijak dan pandai mengubah, meneliti, mentafsir sesuatu benda yang dia jumpa. Ada sahaja yang dia buat. Asal jumpa apa-apa jer boleh buat main. Ubah sini ubah sana. Kat rumah saya panggil dia 'engineer affan'. InsyaAllah satu hari nanti boleh jadi engineer yang hebat kan. Doa seorang ibu

Okey la setakat ni sajer coretan kisah Ahmad Affan Noh si engineer ini.

Saya memang beri yang terbaik untuk anak-anak saya agar mereka membesar dengan sihat dan sempurna.
Ibu-ibu yang nak ingin dapatkan mealshakes dan omega boleh contact no di bawah ini

iR Aniey Yusoff
0137773122

Akhirnya Aku Berhenti Kerja...Sorry Bos!

Tarikh 25.04.2014 adalah hari terakhir saya bekerja setelah 8 tahun kerja makan gaji. Macam tak percaya pulak akhirnya saya lepaskan jugak jawatan saya (eh takde la besar sangat jawatan pun hehe)

Sesungguhnya saya tak pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana pada fikiran saya seorang wanita, isteri perlu bekerja demi masa depan kemudian hari. Tetapi apabila difikirkan anak-anak yang masih kecil yang setiap pagi bergantung pada kaki sambil menangis-nangis kerana mahu mengikut ibunya. Sakit demam anak-anak pun ibu hanya mampu cuti 2,3 hari sahaja. Macam mana sekiranya diaorang demam atau sakit atau jatuh dan sebagainya adakah pengasuh akan bagikan ubat mengikut masa? Tahun depan yang sulung dah memasuki Darjah 1. Apa perlu diaorg menaiki van ke sekolah kemudian dihantar ke transit lepas tu naik van lain pulak untuk ke sekolah agama. owh!! tak sanggup saya! Ditambah sekarang macam-macam perkara boleh berlaku. Jenayah tak kira masa dan tempat.

Ye dulu memang saya tidak berfikir untuk berhenti kerja tetapi berkenalan dengan shaklee merubah persepsi saya. Bekerja dari rumah sambil menguruskan anak-anak. Why not kan?? Bukannya perlu masa sampai 24 jam sehari pun untuk online..sambil bekerja sambil kelek anak. sampai saat entry ni ditulis dah masuk seminggu dah saya jadi WAHM. apa ni WAHM...hehe WORKING AT HOME MOTHER. saya makin selesa dan best duduk rumah tapi bulan-bulan income masuk.

Anak-anak?? Masa saya nak keluar bekerja dulu hari-hari diaorang tanya ibu nk pegi keje ke? Dengan muka sedih merelakan ibu mereka pegi keje. Sekarang?? Tak ada tanya apa-apa dah. Seronok ibu hari-hari ada kat rumah hihi... Tengok la muka ibu ni sampai bosan ye anak-anak.

Majlis Farewellku
Terima Kasih Kawan-kawan. Luv U All!

Moment majlis farewellku

Sekian coretan dari seorang WAHM. Semoga permulaan yang lagi baik menanti di hadapan. Suri rumah yang ingin menjana pendapatan sambil jaga anak di rumah.

Ingin tanya apa-apa tentang shaklee.boleh roger sajer no ni..jangan malu-malu. Tak tanya sesat jalan kang!

iR Aniey Yusoff
0137773122

Sunday, 20 April 2014

Petua Tidur Yang Lena Tanpa Berdengkur

Assalamualaikum..semua!

Sebut sahaja tentang tidur terbayang waktu untuk kita merehatkan minda, otak dan juga badan setelah seharian penat bekerja. Terbayang katil dan bantal yang empuk...TAPI! agak-agaknya boleh ke kita tidur lena apabila pasangan kita atau rakan serumah kita berdengkur?? Sebelum tido dah NIGHT MARE kan!

Macam ni!!!

Night Mare??
Maafkanlah mereka yang berdengkur agaknya mereka ni tak sedar yang bunyi dengkur mereka seperti 'enjin turbo' itu mengganggu tidur orang lain. Saya selalu fikirkan yang berdengkur itu adalah disebabkan kepenatan yang terlampau tetapi sebenarnya dengkur terjadi disebabkan wujudnya halangan pada salur pernafasan, juga mungkin disebabkan tidur dalam posisi yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Dari terus mengganggu tidur orang lain, apakata kita cuba kurangkan masalah itu. Lama-lama boleh bawak penyakit pulak kan?



Antara cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah berdengkur :

1. Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur

Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang lidah tertarik kebelakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur secara mengiring. Alaskan kepala dengan bantal atau lengan bagi melancarkan pernafasan. Mengiring ke kanan lebih afdal

2. Turunkan Berat Badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.

Jadi, Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut bekurangn.

3.Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Sila selalu tukar cadar ye! Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih

4. Hindari Ubat Penenang atau sedatif
Apapun jenis penenang, samaada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf dan seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

5. Hidu Wap Air Sebelum Tidur
hidung tersumbat juga salah satu sebab berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk hilangkan lendir yang menyumbat hidung. Bila lendir hilang kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

6. Kurangkan Merokok
Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak dari makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan

7. Minum Air Secukupnya
Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur

Pasangan kurang berdengkur maka dapatlah kita tidur lena...ye dak? hihi

Selepas amalkan semua-semua di atas tapi pasangan anda masih berdengkur maka anda WAJIB beli OSTEMATRIK SHAKLEE...hihi nak bagi anda pulak tidur lena. Tak adalah dengar orang sebelah berdengkur kuikuikui 

Jom ketahui kenapa saya syorkan Ostematrik shaklee?

Semasa kita tidur, otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan bekerja pada esok hari  dan magnesium diperlukan untuk bekerja dengan kalsium bagi membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu otot untuk mengecut dan magnesium pula membantu otot untuk relaks. Bermakna tanpa kalsium otot tidak boleh berehat selepas mengecut yang membawa kepada tidur yang tidak lena dan kekejangan otot juga akan berlaku.

Antara kebaikan Ostematrik :
1. bantu tidur lena sepanjang malam
2. mengurangkan rasa sakit-sakit badan seperti sakit pinggang, sakit bahu, lenguh-lenguh kaki
3. melawaskan sistem penghadaman
4. badan terasa lebih bertenaga apabila bangun keesokkan harinya 
5. mengatasi masalah kejang kaki pada ibu hamil

Nah..ini rupa Ostematrik. Bukan sekadar kalsium..dengan formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetegah mineral.



Dah tau sebabnya..mana nak cari lagi kalsium dengan lengkap semua mineral di dalamnya.
Nak beli? Nak tanya apa-apa?
Contact je no ni
Aniey Yusoff -  0137773122

Wednesday, 8 January 2014

SARAPAN TERBAIK DI ALAM SEMESTA!!

Nasi lemak, kopi ooo (sebut versi tv9 hihi) mee goreng, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih muih, roti canai hurmm apa lagi yang selalu menjadi santapan waktu pagiku..

TAPI!! dah habis bersarapan dengan perut kenyangnya masih dirasakan ada sesuatu lagi yang tak lengkap dalam sarapanku..

APAKAH?? Tak lain tak bukan shake shake la. ESP + MEALSHAKES + KURMA..Owhh heaven..!! itulah perihal diriku yang agaknya dah sebati dengan pengambilan supplement ini sampaikan kalau sehari tak amik terasa ada yang tak cukup dalam sarapan seharian. Mabuk supplement kah aku hihi..ish mana ada mabuk la.. supplement ni umpama makanan harian kita la. Ada la jadual waktu makan nya bukannya makan sekali harung 10 jenis vitamin semua. Eh nak tau cara makan dan konsultasi bagai kena la cari pengedar shaklee yang betul-betul berilmu barula anda-anda semua takkan ditinggalkan ketika ada masalah.

Tak kisahla ada kawan-kawan yang kata eh macam minum dedak je. Makanan paling berkhasiat di kata dedak. Meh kita baca lagi khasiat esp dan mealshakes kt sini dan sini.

Tengok saja lah cara kita kita semua ni bersarapan dan makan sehari-hari. Adakah cukup semua keperluan nutrisi yang badan perlukan? Eh mestilah anda je yang tau macam mana cara pemakanan anda kan?

Badan kita pun macam kereta jugak..eh bukan macam malah lebih berharga. Ciptaan terhebat kurniaan Yang Maha Esa. Kereta pun ada tarikh servisnya. Tiap minggu kita hantar cuci, vacum bagai. Tukar minyak hitam, bubuh minyak gear dan macam-macam lagila. Sayangnya kita pada kereta kan. Tapi badan sendiri?? Tak sayangkah kita?? Paling tidak pun amik satu saja supplement pun memadai daripada tak ada langsung kan?

Sendiri punya badan sendiri sayanglah kan.Saya sayangkan badan saya. Saya selalu berdoa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saya agar saya dapat membesarkan anak-anak, berbakti pada kedua ibubapa dan membantu sesiapa yang memerlukan. Kalau sendiri pun tak sihat macam mana nak buat semua ni kan.

Nak tiru macam saya? Nak shaklee jugak?


Sarapan saya ESP,mealshakes, Vitalea dan B compleks

Hubungi : Aniey Yusoff (0137773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Sunday, 5 January 2014

Nutriferon Shaklee Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Salam sayang buat semua pembaca blog saya..

Semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik dariNya. Sedang asyik menulis ini cuaca di luar hujan. Begitulah sekarang ni kadang hujan kadang panas terik. Ketentuan dariNya. Bila cuaca sebegini tentu ramai ibu bapa yang risaukan kesihatan anak-anak kecil kan?

Tetapi saya Alhamdulillah sangat-sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan kesihatan olehNya. Tak kira apa cuacanya anak-anak saya kekal sihat tidak seperti sebelumnya. Kesinambungan dari entry yang lepas tentang Nutriferon yang dijadikan sebagai pengganti panadol di rumah..kali ni saya ceritakan tentang apakah itu Nutriferon Shaklee. Entry yang lepas boleh baca di sini.

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).

Inilah insan di sebalik penemuan Nutriferon :




Hasil dari ekstrak 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle jepun dan biji plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

1) Biji Labu

~ Meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
~ Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser




2) Biji Plantago asiatica

~ Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun




3) Honeysuckle Jepun

~ Menentang pencerobohan virus dan kuman




4) Bunga safflower

~ Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman




Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrofobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Tambahan pula telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Antara manfaat dan kebaikan nutriferon shaklee ialah :

1) Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2) Melawan kanser dan tumor
3) Melindungi dari influenza
4) Meringankan stress dan kelesuan
5) Melambatkan penuaan
6) Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
7) Mengurangkan masalah berkaitan menopaus
8) Mempertingkatkan PMS


Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com



Hidup Sihat Nikmat Selama-lamanya

Friday, 3 January 2014

DARAH TINGGI KEMBALI NORMAL DENGAN GARLIC

Assalamualaikum memulakan bicara..

  Agak lama juga tidak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Macam-macam sibuknya tapi tu la itu semua hanyalah alasan kerana hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa.

  Sebuah cerita yang agak lama disimpan..simpan sebab tak tertulis kat sini..hehe iaitu cerita tentang ibu saudara saya yang mempunyai masalah darah tinggi yang agak kronik. Maklong saya berumur hampir 70an. Kronik sebab dah bertahun-tahun mengidap darah tinggi dan sejak ini jugalah tiap kali tibanya hari raya Aidiladha maklong saya akan melarikan diri (bukan lari dari rumah..hehe) maksudnya maklong saya akan berada jauh dari terhidu bau daging. Kerana maklong saya akan pening dan boleh pengsan jika terbau daging akibat dari darah tingginya. Kesian maklong saya kan..

  Kronik jugak sebab tekanan darah maklong saya kadang-kadang mencecah bacaan atas 200/90mmHg! Pada hari raya Aidilfitri Ogos lalu saya pulang ke kampung dan membawa bekalan vitamin-vitamin untuk saya beri pada keluarga dengan niat nak membantu orang-orang yang saya sayang ni dapat hidup yang lebih sihat. Saya beri maklong saya sebotol Garlic.

  Dan pada Hari raya Aidiladha Oktober lalu sekali lagi saya pulang ke kampung. Kami berkumpul sanak saudara kerana ada seekor lembu akan kitaorang korbankan. Dalam pada kitaorang sibuk-sibuk melapah daging korban saya ternampak kelibat maklong saya ini yang sibuk ke hulu ke hilir tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Lalu saya dekati maklong dan bertanyakan tentang sakit darah tingginya. Maklong saya bagitau sebelum balik kampung dia baru buat checkup dengan doktor dan doktor bagitau darah tinggi maklong saya dah normal...Alhamdulillah nak nangis saya dengar! Sayu dan sebak rasa sebab dapat menolong orang-orang yang kita sayang memiliki kesihatan yang baik.

Haa inilah dia rupanya Garlic


Rupa dah kenal sekarang mari kita kenali pula apakah itu Garlic shaklee ini

~ Garlic dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas
~ diihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allisin aktif)
~ Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint)
~ Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita
~ setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar

Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point

Alhamdulillah semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik untuk maklong saya
Indah kan perasaan kalau dapat membantu orang kita sayang

Nak berikhtiar dengan Garlic? Harga Garlic Shaklee ni cuma RM47.50 sebotol

Hubungi saya : Aniey Yusoff (013-7773122)
Emel : aniey434@yahoo.com

Eh! belum habis lagi..cuba tengok apa bapa mithali ni buat supaya dia kembali sihat dapat bersama keluarga tersayang!



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...