Sunday 4 May 2014

Akhirnya Aku Berhenti Kerja...Sorry Bos!

Tarikh 25.04.2014 adalah hari terakhir saya bekerja setelah 8 tahun kerja makan gaji. Macam tak percaya pulak akhirnya saya lepaskan jugak jawatan saya (eh takde la besar sangat jawatan pun hehe)

Sesungguhnya saya tak pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana pada fikiran saya seorang wanita, isteri perlu bekerja demi masa depan kemudian hari. Tetapi apabila difikirkan anak-anak yang masih kecil yang setiap pagi bergantung pada kaki sambil menangis-nangis kerana mahu mengikut ibunya. Sakit demam anak-anak pun ibu hanya mampu cuti 2,3 hari sahaja. Macam mana sekiranya diaorang demam atau sakit atau jatuh dan sebagainya adakah pengasuh akan bagikan ubat mengikut masa? Tahun depan yang sulung dah memasuki Darjah 1. Apa perlu diaorg menaiki van ke sekolah kemudian dihantar ke transit lepas tu naik van lain pulak untuk ke sekolah agama. owh!! tak sanggup saya! Ditambah sekarang macam-macam perkara boleh berlaku. Jenayah tak kira masa dan tempat.

Ye dulu memang saya tidak berfikir untuk berhenti kerja tetapi berkenalan dengan shaklee merubah persepsi saya. Bekerja dari rumah sambil menguruskan anak-anak. Why not kan?? Bukannya perlu masa sampai 24 jam sehari pun untuk online..sambil bekerja sambil kelek anak. sampai saat entry ni ditulis dah masuk seminggu dah saya jadi WAHM. apa ni WAHM...hehe WORKING AT HOME MOTHER. saya makin selesa dan best duduk rumah tapi bulan-bulan income masuk.

Anak-anak?? Masa saya nak keluar bekerja dulu hari-hari diaorang tanya ibu nk pegi keje ke? Dengan muka sedih merelakan ibu mereka pegi keje. Sekarang?? Tak ada tanya apa-apa dah. Seronok ibu hari-hari ada kat rumah hihi... Tengok la muka ibu ni sampai bosan ye anak-anak.

Majlis Farewellku
Terima Kasih Kawan-kawan. Luv U All!

Moment majlis farewellku

Sekian coretan dari seorang WAHM. Semoga permulaan yang lagi baik menanti di hadapan. Suri rumah yang ingin menjana pendapatan sambil jaga anak di rumah.

Ingin tanya apa-apa tentang shaklee.boleh roger sajer no ni..jangan malu-malu. Tak tanya sesat jalan kang!

iR Aniey Yusoff
0137773122

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...