Friday, 9 May 2014

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Untuk Kanak-Kanak Yang Membesar


Kenapa dikatakan omega guard antara yang terbaik di dunia? Kita tengok saje pada ia diperbuat dari apa dan teknologi apa yang diguna.

Shaklee omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan daripada hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA,  ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA.

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengesktrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, doiksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



Kenapa Omega Guard dihasilkan Dari ikan laut air dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia! iaitu penduduk eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang eskimo yang hidup di greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Kebaikan DHA untuk Kesihatan Dan Pembesaran Kanak-kanak

Asid Dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting pada setiap peringkat kehidupan terutamanya bagi kanak-kanak. Kebaikan asid lemak Omega 3 telah diketahui sejak berdekad lamanya dan termasuk membantu perkembangan otak, mengekalkan ketajaman penglihatan dan membantu sistem anti-radang badan.


Pembentukan minda amat bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang khasiat akan mengalami pembantutan perkembangan otak dan menunjukkan tahap IQ yang rendah, lambat pemahaman bahasa dan menunjukkan perkembangan serta koordinasi motor yang rendah.


Asid lemak penting untuk perkembangan manusia terutama pada pingkat awal kehidupan. Ketika ini, otak sedang dibentuk dan berkembang, pendedahan yang mencukupi terhadap asid lemak pentiing dan diperlukan untuk pembentukan dan fungsi optimal minda kanak-kanak. 

DHA membantu mengekalkan fleksibiliti membran sel yang bertanggungwab untuk membantu komunikasi antara otak dan sel saraf. Ini bertujuan untuk memperbaiki kemampuan belajar. Kekurangan DHA sering dikaitkan dengan kelemahan untuk belajar.

Bekalkanlah DHA Kepada Anak Anda

Ibu-ibu yang prihatin yang mementingkan kesihatan dan perkembangan anak mereka haruslah memastikan diet anak anda mengandungi tahap DHA yang mencukupi. Ia bukan sahaja menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf malah turut membantu meningkatkan jangka tumpu anak-anak.

Berilah anak anda Omega Guard sebagai pilihan makanan tambahan DHA untuk kanak-kanak yang tidak mendapat cukup DHA dalam diet mereka.

Ibu yang ingin mendapatkan Omega Guard ini boleh hubungi :

iR Aniey Yusoff 0137773122
Nikmat Hidup Sihat

Thursday, 8 May 2014

Mealshakes Shaklee Supplement Penambah Berat Badan

Salam Sayang semua!

Paling famous adalah orang-orang yang nak kuruskan badan kan. Agak kurang kedengaran malahan dalam 10 orang belum tentu kita dengar orang kurus yang nak tambahkan berat badan.

Hihihi..inilah nak diceritakan ni. Mealshakes kat rumah tu bukan sajer anak-anak saya yang makan malahan mak diaorang ni pun makan sekali gak. Saya ni kalau nak tau kecik comey jer orangnya hahaha. Dengan ketinggian 148cm berat selalunya dalam lingkungan 40-43 kg sahaja.

Wahh!! bestnya dengar kan!  ramai kata 'ko ni badan kecik jer makanlah apa saja pun bukan kisah pun badan naik ker tak' Saya ni kalau diikutkan BMI tak adalah dalam kategori 'underweight' masih normal lagi. Cumanya disebalik saya ni yang jenis makan je apa-apa tapi tak nak la termasuk makanan yang tak berkhasiat. Ishh...sayang ni kat badan saya tak kan nak bagi makanan tak berkhasiat lak kat dia.

Ada ker yang nak macam ni? Hihihi

Ok, cerita tentang 'underweight'. Istilah tentang 'kurang berat badan atau under weight' sebenarnya merujuk kepada seseorang yang mempunyai berat badan yang kurang dari sepatutnya berdasarkan umur, berat dan ketinggiannya. Ini formula untuk mengira 'body mass index' (BMI).

18.5 atau kurang - kurang berat
18.5 - 24.99 - Normal
25 - 29.99 - Overweight
30 - 34.99 - Obesiti (kelas 1)
35 - 39.99 - Obesiti (kelas 2 )
40 atau lebih - Morbid Obesiti

Mengikut jadual ni, kita akan dikira sebagai kurang berat badan jika BMI kita kurang dari 18.5. Individu yang kekurangan berat badan ini boleh jadi sihat atau mungkin berpenyakit. Jika berat badan berkurangan secara berterusan, dikhuatiri anda akan mengalami kekurangan zat badan (malnourished

Kekurangan berat badan ini selalunya menyebabkan kekurangan stamina dan lemah daya tahan imuniti. Kedua-dua ini akan menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti kuman dan mendapat penyakit. Ini kerana masalah kekurangan berat badan yang keterlaluan amat berkait rapat dengan masalah kekurangan nutrisi (micronutrient deficiencies). Mereka yang mengalami kekurangan nutrisi selalunya mengambil kadar  kalori yang rendah, sekaligus menghadkan penyerapan nutrisi penting seperti asid amino dan micronutrients yang lain seperti vitamin dan mineral. Ini menyebabkan kekuatan imuniti badan melawan penyakit menjadi rendah.

Bahaya Jugak

Bagi wanita, kekurangan berat yang ketara boleh menyebabkan ketiadaan kitaran haids (amenorrhea) dan mungkin mengalami masalah jika wanita itu hamil. Kekurangan berat juga boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah), keguguran rambut, risiko kereputan tulang (osteoporosis) walaupun pada umur yang masih muda.

Untuk menambahkan berat badan, pengambilan lebih kalori melalui pemakanan amat perlu. Riadah dan bersukan juga amat penting untuk mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan. Semasa menentukan apa yang harus dimakan, kita perlu menitik beratkan bagaimana untuk mendapatkan nutrisi bukan pada 'kilogram' sahaja. 


Nampak kan? Bukan orang obesiti sahaja yang berisiko berdepan dengan penyakit malahan orang yang kategori kurus sebab tak cukup nutrisi juga berisiko besar. Oleh sebab fikirkan nutrisi yang penting itulah makanya saya pilih mealshakes shaklee

Perbezaan Mealshakes Shaklee

Mealshakes shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat dari bahan semulajadi, dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Nutrisinya lengkap! ada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Pembekal nutrisi kepada sel tubuh. Apabila sel-sel sihat barulah ia akan mencetuskan deria untuk makan. Sebab inilah mealshakes disyorkan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. 

Pertanyaan Lanjut boleh hubungi :
iR Aniey Yusoff 0137773122

Wednesday, 7 May 2014

Rahsia Terbesar Kenapa Ramai Wanita Bekerjaya Berhenti Kerja Setelah Join Shaklee

Assalamualaikum Semua!

Erkk!! Tajuk tu macam tuju kat saya je kan. Maklumlah masuk tarikh ni dah dekat 2 minggu saya berhenti kerja dan buat bisness shaklee online saje di rumah. Sorry Bos!



Berbaloi ke sampai saya sanggup berhenti kerja dan buat bisness shaklee? Best sangat ker produk shaklee ni? Alhamdulillah... berkenalan dengan shaklee merubah 100% diri saya. Tentang persepsi, tentang sikap diri, tentang disiplin, tentang impian, tentang keyakinan diri, tentang bermasyarakat dan tentang segalanya.


Sedikit tentang diri saya (berapa banyak tentang la kan hihi..) yang memang anti MLM dan kosong pengalaman tentang alam bisness. Dari kecik saya memang dilahirkan dalam keluarga yang susah yang tiada langsung latar belakang tentang perniagaan. 

WALAU bisness kecik-kecik pun. TAK PANDAI tau! Ada satu hari ada orang menyuruh ayah saya carikan daun palas untuk buat ketupat palas masa tu (ayah saya penoreh getah, sambil menoreh boleh la carikan daun palas). Okey, ayah saya pun carila..dapat la banyak jugak. Orang tu nak beli dan dia tanyakan brapa harganya. Saya dan mak saya pun bungkusla mula-mula 12 batang untuk RM1 (kat kedai orang jual 6 batang RM1). Lepas tu kan tambah lagi sebatang sebab kesian dan serba salah lepas tu tambah lagi...huhu. Bermula dari peristiwa ini, saya selalu cakap kat diri sendiri yang saya memang TAK PANDAI DAN TAK MINAT berniaga!

PEMALU! YE..saya memang sangat-sangat pemalu. Contoh kalau la saya berniaga pun nak bukak mulut bagitau orang yang saya ada jual itu ini rasanya tak kot. Eiii malu sangat. Ntah apa-apa kan. Tapi itulah saya, sampaikan kalau ada di kalangan ahli keluarga yang berniaga rasanya kalau orang tanya saya tak mengaku kot itu ahli keluarga saya. Sebab bagi saya orang yang berniaga ni adalah orang yang tak ada duit dan meraih simpati orang (inilah pemikiran orang yang tak ada ilmu kan)


SENSITIF DAN CEPAT DOWN! Pernah saya jual kain batik kat ofis. Bukan saya pun sepupu yang suruh jualkan. Orang yang tengok cakap mahal dan tak nak beli walaupun saya tau kain itu adalah kain yang elok. tapi tak tercakap apa-apa pun. Sedihnya...kecik hati tak ada orang yang nak beli (ini namanya tak kuat semangat dan tak ada keyakinan diri)



Lepas tu..apa yang Shaklee dah buat sampai saya berhenti kerja??

1. Jatuh Cinta dengan Produk

Mula-mula mencari supplement untuk kesihatan anak-anak yang asma dan selalu demam. Setelah dicuba..alhamdulillah ok dan kesihatan bertambah baik. Mula mencari-cari sendiri maklumat tentang produk shaklee. Makin dicari makin jatuh cinta. Shaklee satu-satunya syarikat yang memang mengambil berat sangat-sangat tentang bahaya bahan kimia. justeru pembuatan vitamin shaklee adalah 100% selamat, bebas bahan berbahaya.


2. Saya Dapat Ilmu Bisness


Memula join shaklee sebab nak makan sendiri je. Tapi makin lama saya berada dalam Group demi group kelolaan upline-upline saya, jiwa saya terbuka luas dan meronta-ronta nak start berbisness. Kenapa?? Sebab paling utama adalah saya nak bagi orang-orang di luar sana rasai kebaikan shaklee dan dapat kesihatan yang baik seperti mana anak-anak saya. 24 jam tanpa henti upline-upline saya hidangkan dengan ilmu berniaga dan sedia tunjukkan jalan nak berjaya sepertimana mereka.


3. Saya Dapat Ilmu Rohani


Alhamdulillah...sejak join shaklee. Upline-upline sentiasa mengingatkan agar gandakan amalan rohani. Yang wajib buat dan tambah lagi dengan amalan sunat. Kalau dulu tak pernah buat solat dhuha, sekarang alhamdulillah, kalau dulu zikir-zikir entah ke mana sekarang sebaliknya. Kenapa? Sebab rezeki datang Allah. Jika kita nak meminta rezeki dekatkanlah dulu diri dengan Yang Maha Pemberi. Betul tak? Sejak ini diri ini berubah. Semoga terus istiqamah


4. Saya Dapat Keyakinan Diri Yang Tinggi


Malu nak berniaga? Tak ada dah sekarang ni. Malahan saya yakin dengan produk shaklee. Buat apa nak malu kan? Bukannya jual dadah pun. Jual Vitamin je pun. Hasil dari support group yang hebat yang sentiasa memotivasikan diri ini.

5. Group Support Yang Sangat Best!


Ini paling-paling penting sekali sekiranya ingin join mana-mana group shaklee. Pastikan berada dalam group yang betul. Salah masuk group. Anda mungkin diabaikan, tak dapat ilmu yang dinginkan, ditinggalkan terkapai-kapai tanpa hala tuju. Nak tukar upline? Owh anda kena tunggu sampai setahun setengah dengan id yang tak aktif barulah boleh tukar upline. Jangan main-main, kawan saya dapat upline yang tak aktif bisness. Lalu kawan saya terkial-kial ditinggalkan. Atas nama kawan, saya yang selalu jadi tempat rujukan dia. Walau sememangnya dia tak layak untuk dapat bimbingan saya sebab dia bukan dari susur galur yang sama. 


6. Ramai Kawan


Kalau dulu saya ni memang jarang nak bermasyarakat sangat. Tapi sejak join shaklee saya dapat ramaiiii kawan. Kawan yang sama-sama membantu dalam bisness. Tolong menolong dan saling ingat-mengingati satu sama lain. Indahnya ramai kawan kan.


7. Saya Nampak Peluang Jana Pendapatan


Dalam bisness shaklee, tidak ada istilah head counting, modal pun hanya RM65 sahaja seumur hidup. Tak ada istilah downline buat keje untuk upline dan upline boleh duduk goyang kaki sahaja. Bisness shaklee adalah bisness masing-masing. Downline usaha keras maka hasilnya adalah untuk dia manakala sekiranya upline tak ada sales dia pun tak dapat bonus pun. Downline pulak boleh melompat meninggalkan upline dia. Maknanya downline bila-bila masa boleh naik rank tanpa perlu menunggu upline. Dalam shaklee anda berpeluang jana 3,4,5 malah sehingga 6 angka sebulan. tak mustahil dan dah ramai pun yang berjaya capai. 


Dengan jadi ahli shaklee, anda dapat untung Jual harga Runcit (Retail Price) sehingga 30%. Anda dapat membuat pembelian dengan harga ahli dan setiap pembelian anda akan diberi points (uv) yang ditukar kepada cash setiap bulan (cukup syarat 150 uv). Juga anda akan dapat :
  • Bonus kepimpinan
  • bonus tambahan
  • insentif Coordinator
  • Insentif pelancongan
  • Subsidi kereta
  • insentif istimewa
Semua ni milik anda sekiranya anda layak. Dan membesarkan empayar bisness masing-masing

Nihh...boleh baca
Cukuplah 7 sebab ini sahaja yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sambil jaga anak-anak sambil jalankan bisness. Best kan?

Berminat nak join Team Jutawan Kami?


Sentiasa dialu-alukan. Hubungi :
Aniey Yusoff
013-7773122

Indah kan Hidup Dapat Memberi

Tuesday, 6 May 2014

7 Sebab yang membezakan ESP Shaklee Dengan Soya Biasa

Ramai yang meragui dan bertanya tentang khasiat ESP..adakah ia sama dengan kebanyakkan soya dipasaran? Makan soya sama sahaja mana-mana pun. Serbuk ker minum terus ke ataupun nak murah beli soya panas-panas kat pasar malam. Dan lagi soya penyebab kanser. Antara persoalan biasa di kalangan mereka di luar sana.


Sekiranya kita ingin memilih atau membeli supplement yang berasaskan soy protien. Pastikan ia adalah yang asli berdasarkan kriteria ini :

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Sebarang penggunaan bahan kimia semasa tanaman samaada penggunaan baja, semburan makhluk perosak yang mengandungi pesticides, fungicides dan herbicides mempunyai hubung kait dengan penyebab terjadinya kanser. Sebab itu penanaman secara organik amatlah penting

2. Kacang Soya itu Mestilah NON GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Secara umumnya mana-mana produk yang melalui proses genetik ini adalah murah harganya kerana pembuatannya lebih mudah berbanding ingin mengekalkan keaslian kacang soya itu sendiri. Semestinya mana-mana syarikat yang besar hanya memilih pembuatan yang mudah, murah dan menjimatkan untuk hasil yang menguntungkan tanpa memikirkan akibatnya kepada pengguna. Dr. Louis J. Pribyl seorang saintis dari Brazil menekankan bahawa mengikut kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

3. Kacang Soya itu mesti mengandungi 9 Asid Amino penting

Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ni untuk menghasilkan sistem antibodi. Sekiranya salah satu dari asid amino ini hilang atau tiada keberkesanan sistem imun akan berkurangan sebanyak 30% menyukarkan badan untuk berfungsi dengan baik

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air dan bukan dengan alkohol

Pembersihan dengan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%. Isoflavone diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

5. Bahan anti-tyroid/anti growth substance

Soya yang mentah mengandungi 'anti growth', 'anti tyrosine' substance, kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan yang rendah, dan 'restless leg syndrome'

6. Proses pembuatan kacang soya sebaiknya tanpa Pemanasan

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas, kajian menunjukkan protien yang melalui proses pemanasan akan memusnahkan 50% asid amino 

7. Soy Isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium

Kajian atau artikel menyatakan bahawa serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protien soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu. 

Agal-agak kalau soya sembarangan yang di jual dengan harga murah itu ada ke semua ciri-ciri di atas ni?

ESP Shaklee?? Mestilah menepati semua ciri-ciri dan kriteria ni

ESP Shaklee


Kini dah tau dah macam mana nak pilih soya? Tersalah pilih buruk akibatnya. Sebenarnya bukan soya yang tak bagus dan sebabkan kanser tetapi cara dan pembuatan soya itu sendiri dari awal dah guna bahan kimia kan?

Kalau nak protien yang BEST NI contact no ni
Aniey Yusoff 013777312

ESP ni memang sooooo laris tau!




Monday, 5 May 2014

Koleksi Testimoni Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum!

Kata orang testimoni sendiri adalah yang terbaik. Hurmm...anak-anak saya alhamdulillah dah beroleh manfaat hasil dari konsisten amalkan mealshakes shaklee.

Agak sukar nak percaya..nahh saya bawakan lagi himpunan testimoni-testimoni para ibu yang berpuas hati dengan kesihatan anak-anak mereka selepas amalkan mealshakes.

Jomm layan...

Anak-anak berselera makan dengan Mealshakes

Risau anak kurus? Sekarang tak lagi!


Dulu Asthma sekarang Alhamdulillah sihat!

Dulu-dulu selalu demam dan selsema sekarang dah tak ada dah

Sukar lagi nak percaya? Terpulang...tapi alhamdulillah anak-anak kami sihat. Allah yang bagi kesihatan tapi kami usaha bagi yang terbaik untuk anak-anak bukan lihat dan biar sahaja. Dah nasib anak saya macam tu nak buat macam mana....tolongla jangan cakap macam tu. BERSERAH sahaja?? Anak-anak kita berhak mendapat kesihatan yang baik tau.

Ingin tau lebih lanjut hubungi saja :

iR Aniey Yusoff
Pm/Whatsapp 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com

Sunday, 4 May 2014

Kesan Sampingan Mealshakes Shaklee dan Omega Pada Anak Saya

Salam sayang semua pembaca blog!

Di entry yang dulu saya kisahkan tentang kakak dan omega. Coretan kisah petang yang damai ni saya bawakan kisah anak saya Affan Noh pulak yang berusia 4 tahun (masa taip ni waktu petang...hehe) Kisah apa? Ni kisahnya..kisah si genius Mcgyver dengan mealshakes dan omega.

Alkisahnya la budak sorang ni dari kecik sampai la umur 3 tahun kurus cekeding jer. Kesian betul tengok tangan dia..halus jer. huhu..Masa umur 2 tahun beratnya menurun dari graf yang sepatutnya. Doktor pun risau dengan budak sorang ni. Doktor suggestkan affan ni bertukar susu dari biasa kepada Picky Eater (masa tu minum susu wyeth). So kenapa kena minum susu PE ni? sbb Doktor kata susu ni cukup dengan khasiat khas untuk budak-budak yang tak cukup khasiat..huhu

Affan ni pulak punya la susah nak makan. Kalau nak makan nasi pun makan nasi kosong jer dengan kicap. Puas pelbagaikan masakan dia. Masak ada warna kuning la, hijau la, merah la..last2 nasi dengan kicap jugak. Budak affan ni jugak selalu kena selsema.

Masa umur dia 3 tahun. Saya dah start bagi dia makan omega dan mealshakes. Owh nasib baik dia suka. Omega memang sangat disukai olehnya. Sampai kena sorok botolnya kalau tak berulang-ulang nak makan. Mealshakes pulak sesudu sehari masuk dalam susu dia. Time ni kena pastikan masa letak mealshakes tu dia tak nampak kalau tak berguling-guling tak nak minum susu sebab katanya tak sedap la (padahal kalau tak tau sedap jer minum haha)

BEST!!

NI SET UNTUK KANAK-KANAK

Antara perubahan anak saya selepas amalkan set vitamin untuk kanak-kanak ni :

1. Asyik lapar Jer! Selera makan bertambah-tambah

Owh..dari celik mata pergi dapur..jumpa ibu bagitau ibu..lapar la. Lepas makan nasi goreng dengan ayam goreng. Main sekejap lepas tu datang dapur lagi. Ibu..lapar la. Sebelum pergi sekolah makan nasi dulu. balik sekolah jer bukak-bukak pintu ayat pertama dia...ibu, laparla. Padahal pergi sekolah 3 jam jer pun...huhu. Serius, memang terkejut mula-mula tu tapi Alhamdulillah kan..

2. Selsema dan Demam jarang singgah

Kalau dulu orang tengok mesti ingat anak sapa la yang comot ni sebab asyik berhingus je..haha tapi lama-kelamaan selsema demam jarang dah kena. Alhamdulillah...jimat duit pegi klinik kan

3. Makin Bijak!

Ya Allah..inilah dia sorang anak saya yang paling petah berkata-kata berbanding kakak dia. Ada saje ngomelan dan bebelan dia sampaikan saya sendiri pun terfikir..mana pulak budak ni belajar fasa perkataan ni padahal saya sendiri rasanya tak penah sebut masa bercakap dengan dia.

4. Cepat Belajar dan Tumpuan!

Balik sekolah ada sahaja yang dia hafal. Surah al-fatihah la, 3 Qul la, doa makan la, doa sebelum tido la, doa masuk tandas la. Umur dia pun belum masuk 4 tahun. Alhamdulillah...semoga dapat jadi tahfiz nanti. Ibu doakan selalu

5. Jadi McGyver Kt Rumah

Okey..yang ni part yang paling saya alert pasal dia. Dia begitu bijak dan pandai mengubah, meneliti, mentafsir sesuatu benda yang dia jumpa. Ada sahaja yang dia buat. Asal jumpa apa-apa jer boleh buat main. Ubah sini ubah sana. Kat rumah saya panggil dia 'engineer affan'. InsyaAllah satu hari nanti boleh jadi engineer yang hebat kan. Doa seorang ibu

Okey la setakat ni sajer coretan kisah Ahmad Affan Noh si engineer ini.

Saya memang beri yang terbaik untuk anak-anak saya agar mereka membesar dengan sihat dan sempurna.
Ibu-ibu yang nak ingin dapatkan mealshakes dan omega boleh contact no di bawah ini

iR Aniey Yusoff
0137773122

Akhirnya Aku Berhenti Kerja...Sorry Bos!

Tarikh 25.04.2014 adalah hari terakhir saya bekerja setelah 8 tahun kerja makan gaji. Macam tak percaya pulak akhirnya saya lepaskan jugak jawatan saya (eh takde la besar sangat jawatan pun hehe)

Sesungguhnya saya tak pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana pada fikiran saya seorang wanita, isteri perlu bekerja demi masa depan kemudian hari. Tetapi apabila difikirkan anak-anak yang masih kecil yang setiap pagi bergantung pada kaki sambil menangis-nangis kerana mahu mengikut ibunya. Sakit demam anak-anak pun ibu hanya mampu cuti 2,3 hari sahaja. Macam mana sekiranya diaorang demam atau sakit atau jatuh dan sebagainya adakah pengasuh akan bagikan ubat mengikut masa? Tahun depan yang sulung dah memasuki Darjah 1. Apa perlu diaorg menaiki van ke sekolah kemudian dihantar ke transit lepas tu naik van lain pulak untuk ke sekolah agama. owh!! tak sanggup saya! Ditambah sekarang macam-macam perkara boleh berlaku. Jenayah tak kira masa dan tempat.

Ye dulu memang saya tidak berfikir untuk berhenti kerja tetapi berkenalan dengan shaklee merubah persepsi saya. Bekerja dari rumah sambil menguruskan anak-anak. Why not kan?? Bukannya perlu masa sampai 24 jam sehari pun untuk online..sambil bekerja sambil kelek anak. sampai saat entry ni ditulis dah masuk seminggu dah saya jadi WAHM. apa ni WAHM...hehe WORKING AT HOME MOTHER. saya makin selesa dan best duduk rumah tapi bulan-bulan income masuk.

Anak-anak?? Masa saya nak keluar bekerja dulu hari-hari diaorang tanya ibu nk pegi keje ke? Dengan muka sedih merelakan ibu mereka pegi keje. Sekarang?? Tak ada tanya apa-apa dah. Seronok ibu hari-hari ada kat rumah hihi... Tengok la muka ibu ni sampai bosan ye anak-anak.

Majlis Farewellku
Terima Kasih Kawan-kawan. Luv U All!

Moment majlis farewellku

Sekian coretan dari seorang WAHM. Semoga permulaan yang lagi baik menanti di hadapan. Suri rumah yang ingin menjana pendapatan sambil jaga anak di rumah.

Ingin tanya apa-apa tentang shaklee.boleh roger sajer no ni..jangan malu-malu. Tak tanya sesat jalan kang!

iR Aniey Yusoff
0137773122
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...