Monday, 8 July 2013

KELEBIHAN AIR ZAM ZAM

Alkisah diriku yang sakit gigi. Waa...bila sakit gigi nak buat satu keje apa pun tak boleh...Ini mungkin atas kealpaan diriku tak pegi servis gigi..agak lama la jugak tak pegi servis..haish

Memula rasa sakit skit2 tu daku telan nutriferon dulu. Bgn pagi esok rasa macam dh berkurangan dh sakit. Dalam hati berkata tak payah pegi klinik ni sebab nak elak dari makan ubat..hehe..nasib baik ada nutriferon (memang selalu simpan stok kat umah pun). Hari ke 2 amik nutriferon lagi almaklumla nk aktifkan sistem imun bagi lawan virus dan bakteria. Bgn pagi esoknya masih sakit lagi tapi boleh buat keje lagi la. Masuk ke petang kepala dh mereng dh..dh tak boleh tahan lagi dah. Dah berdenyut2 dah sakitnya. Dah sampai ke otak dh rasanya.

Petang tu jugak pegi klinik. Ramai la pulak orang. Menunggu sampai ke malam. Aduh.. sangat tidak tertahan dah sakitnya nk menangis dh rasanya...wawawa. Kul 9.30 malam baru selesai servis gigiku. Doktor bagi antibiotik sebab gusi dh membengkak. Bermula lagi kisah sakit gigi yang melampau selepas itu. Nak baik kena la makan masa ye kan. Dalam pada tu nutriferon tidak dilupakan. Juga 4 bji ostematrik utk pastikan penyerapan kalsium yang cukup supaya gigiku tidak tertanggal. Oo ye..kalau dh sakit sangat tu xleh la nak salahkan eh kenapa aku amik vitamin semua ni tak baik-baik jugak pun. Kena la jugak ingat vitamin bukan ubat yang boleh mengubati. Ubat tu ye la ada steroid ke dadah yang memang untuk mengubati. VITAMIN UNTUK ORANG SIHAT UBAT UNTUK ORANG SAKIT kan..

Hari ke-5 sakit gigi. Malamnya sebelum tido terfikir untuk berkumur dengan air zam zam. Teringat ada hadis yang menyatakan air zam zam mengubati mengikut apa yang diniatkan. Memang ada simpan air zam zam kt umah. Buat penawar sakit. Itula jgk air peneman masaku nak bersalin. Alhamdulillah dipermudahkanNya. Selepas berniat dan berkumur dan minum. Ajaibnya..Subhanallah..Allahuakbar. Sakit terus hilang. Ya Allah besarnya mukjizatnya Mu. 

Kelebihan air zam-zam merawat penyakit :
Rasullullah SAW bersabda : Ertinya - 'Air zam-zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki' 

-Diriwayatkan dari Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah-

Alhamdulillah...Subhanallah...Allahuakbar


HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA..BERSAMA SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...