Tuesday 9 July 2013

TIPS KESIHATAN DAN BERPUASA SEMASA HAMIL

Bagi wanita dan ibu-ibu yang hamil kedatangan bulan ramadhan disusuli dengan kata hati mampukah aku berpuasa ni?? Ok ke bayi aku nanti?? Cukup ke zat makanan untuk bayi aku nanti?? Selamatkah anak aku nanti ni.  In Shaa Allah setiap aturan Allah itu tiada yang mendatangkan mudarat. Kebanyakkan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri. Dan seandainya ibu-ibu masih risaukan keadaan bayi mereka dan sekiranya dengan berpuasa boleh mendatangkan mudarat maka mereka wajib mengqada' puasa ramadhan pada bulan yang lain. Islam itu sangat indah kan.

Hukum Wanita Hamil Berpuasa : 


Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka terjejas kerana tidak makan dan minum.


Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :


'dan janganlah kamu membunuh diri kamu' (an nisa' 4:29)


'dan janganlah kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan' (al-baqarah 2 :195)


Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang dengan kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa. Ulama berpendapat, maka mereka hanya wajib menggantikan puasa saja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam keadaan bahaya.


Hukum kedua pula, wanita hamil yang sihat akan tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandungannya. Ulama berpendapat, dibolehkan berbuka puasa tetapi wanita hamil itu harus menggantikannya di hari lain dan harus membayar fidyah.


Firman Allah : 'barangsiapa yang uzur (tidak boleh berpuasa) maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin..'(al-baqarah  2:184)



Ibu-ibu yang berpuasa sudah semestinya tidak boleh makan sekerap yang biasa tapi anda masih boleh makan lebih dari 2 kali di antara waktu berbuka dan bersahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan tahap kecergasan badan dan mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, letih, lesu, mengantuk dan pedih ulu hati yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.


Ibu yang ingin berpuasa boleh amalkan tips-tips seperti di bawah:

  • mulakan berbuka dengan mengambil kurma dan air buah-buahan kerana ia dapat membantu menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah
  •  ambil susu atau yogurt rendah lemak
  • makan makanan yang seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai pembuka selera
  • makan makanan yang mengandungi sumber protien seperti ikan, ayam dan daging
  • banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • elakkan makanan yang berlemak tinggi dan berminyak
  • minum air secukupnya ketika bersahur dan berbuka bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi
  • elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan parsa gula menjadi rendah, dan menyebabkan rasa mengantuk. Selain itu, ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi sebentar sahaja. 
Waktu sahur adalah sangat penting sekiranya ingin berpuasa. Bersahur akan mengekalkan tahap kecergasan badan pada siang hari. Ia juga membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting untuk kekal cergas dan mengelakkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sewaktu bersahur:
  • ambil nasi atau roti bijian penuh 
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • ambil buah-buahan dan kurma
Kesimpulannya, hanya wanita yang hamil itu sendiri yang tahu mengenai kekuatan dan kesihatan dirinya. Tetapi jika masih khuatir boleh dapatkan nasihat daripada doktor anda.


SELAMAT BERPUASA DAN BERBUAT IBADAH DI BULAN RAMADHAN!


HIDUP SIHAT NIKMAT SELAMANYA..BERSAMA SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...