Saturday 25 October 2014

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut Pada Kanak-kanak - Tingkatkan Sistem Imun Dengan Chewable Vitamin C

Assalamualaikum...Salam Sejahtera

Baru-baru ini anak saya Aimy setahun 5 bulan kena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Itupun selepas dia demam selama 3 hari dan masih belum baik lagi. Bawak jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Dia ada ulser dalam mulut dan naik ruam-ruam merah di tangan tapi tak banyak.

Dia pun masih aktif bermain dan makan minum macam biasa. Kata doktor itu adalah simptom penyakit kaki tangan dan mulut. Dan penyakit ni akan sembuh sendiri dan tak perlukan antibiotik sebab penyakit bawaan virus tak berkesan dengan antibiotik. Doktor cuma bagi ubat demam macam biasa dan pencuci Hibitine untuk sapu pada ruam-ruam. Sistem antibodi kanak-kanak juga perlu kuat untuk melawan virus ni. Doktor pun ada bagi ubat untuk kuatkan sistem imun (owh ada ubat untuk kuatkan imun jugak ye...hihi)

Setelah itu, saya cari maklumat tentang penyakit HFMD ni. Penyakit HFMD ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penyakit HFMD boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Antara Tanda Dan Gejala HFMD
~ demam
~ luka (ulser) di dalam mulut
~ ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki


Antara Simptom HFMD : sumber dari Google (gambar aimy tak sempat nak amik)

Langkah-langkah Yang Harus Diambil Sekiranya anak kita Dijangkiti :

1. Kanak-kanak yang dijangkiti digalakkan untuk meminum air yang mencukupi
2. Pastikan kebersihan anak-anak dan persekitaran. Kebersihan lantai, baju dan alatan permainan mereka harus diperhatikan. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran yang mana ia mudah berlaku di tempat sesak dan mutu kebersihan yang rendah.
3. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD untuk mendapatkan rawatan dan tidak membawa mereka ke tempat awam seperti sekolah dan tempat asuhan kanak-kanak.
4. Sentiasa memantau keadaan anak seperti keadaan luka (ulcer) yang terlampau banyak sehingga menyebabkan mereka tidak mahu makan
5. Sentiasa memeriksa suhu dan keadaan demam anak-anak
6. Ibu bapa perlu sentiasa kerap mencuci tangan setiap kali selepas menukar lampin anak kerana kebanyakkan virus berada dalam najis dan cecair yang keluar dari lepuhan di tangan dan kaki
7. Segera bawa anak ke hospital sekiranya didapati mereka lemah, tidak bermaya, tidak makan dan minum serta demam yang tidak kebah walaupun telah diberi ubat demam.

Alhamdulillah walaupun aimy masih demam dia masih aktif dan mahu makan dan minum. Saya hanya pastikan kebersihan diri dan kebersihan diri aimy. Saya jugak hanya bagi aimy makan Chewable vitamin C kegemaran dia di samping ubat demam. Selepas 2 hari aimy sudah tidak demam lagi. Malah ruam merah di tapak tangan pun dah hilang.

Kelebihan Vitamin C Kanak-kanak Shaklee ini :
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh 
  • Juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik
  • Chewable vitamin C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1 1/2 buah oren 
  • sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sukar nak telan tablet
  • tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
  • Pengambilan yang berterusan terbukti dapat meningkatkan tahap keimunan badan seseorang menentang jangkitan penyakit






sumber : HFMD

Dapatkan sebotol Chewable Vitamin C hari ini untuk si manja anda tercinta!

Hubungi : 

Aniey Yusoff 0137773122
emel : aniey434@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...