Tuesday, 21 October 2014

Rahsia Tradisional Untuk Kembali Cantik Selepas Bersalin

Bersalin adalah suatu keadaan di mana banyak tenaga diperlukan untuk proses kelahiran. Oleh itu sangat penting bagi wanita untuk memulihkan tenaga dan menegangkan kembali urat yang kendur.

Rasa rendah diri kerana bimbang dengan penampilan diri selepas bersalin sangat menghantui wanita kan. Risau perut menggeleber, kulit hitam, perut buncit, gemuk, payudara kendur dan segala bagai lagi. Tetapi...kelihatan cantik tidak datang dengan sendiri dan kita perlu berusaha untuk mengekalkannya malah boleh lebih cantik dari sebelumnya.

Selain dari rawatan moden untuk pulih jangan sekali kita pinggirkan rawatan tradisional yang sudah sebati dengan amalan orang-orang tua kita dahulu. Rawatan tradisional juga membantu ibu-ibu agar kekal langsing dan cantik selepas bersalin.



Berurut

Berurut boleh dilakukan seawal 3 hari mengikut keadaan luka bersalin si ibu. Untuk mengurut boleh dilakukan oleh orang berpengalaman seperti bidan atau pusat-pusat urut yang berlesen dalam mengurut orang berpantang.

Urutan dapat menegang dan mengendurkan otot kejang serta meningkatkan pergerakan sendi. Urutan juga boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatis tubuh untuk melawan respon negatif tubuh terhadap stress. Selain itu, urutan boleh meredakan ketegangan otot dan membolehkan degupan jantung, tekanan darah dan peredaran darah kembali nomal.



Kekejangan otot ketika bersalin perlu diredakan kerana otot yang kejang mengurangkan peredaran darah dan memberi kesan penat dan sakit. Otot kejang boleh menekan atau menyempit saraf dan menyebabkan rasa kebas, sakit dan sering kejang otot. Dengan berurut dapat meningkatkan aliran darah vena ke jantung. Peningkatan ini membawa lebih oksigen ke sel serta membuang sisa metabolisme yang membuat tubuh lesu.

Urutan juga membantu si ibu untuk tidur lebih lena kerana terapi urutan merehatkan otot-otot tegang, menenangkan sistem saraf, menyebabkan ritma tubuh jadi perlahan, tekanan darah menurun, degup jantung perlahan dan nafas lebih dalam dan berirama.

Peningkatan peredaran darah membantu melembap dan memperbaiki tekstur kulit selain menghilangkan kekeringan.

Bertungku

Bertungku ketika berpantang membantu melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan dan juga boleh menguruskan badan. Terdapat dua pilihan batu tungku iaitu batu sungai atau besi. Batu tungku lebih ringan tetapi cepat sejuk manakala besi pula berat tetapi lambat sejuk.

Sebelum bertungku, batu tungku dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit di atas api sederhana di atas dapur gas. Lapikkan dengan kain dan daun mengkudu dan boleh memulakan bertungku.

Bertungku dapat mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkan rahim. Cara bertungku yang betul adalah menolak batu di ari-ari ke atas.

Bertungku juga boleh dilakukan di tapak kaki dengan menggolekkan batu tungku di sekitar tapak kaki. Sementara menunggu batu tungku sejuk boleh dibiarkan kaki sentiasa di batu tungku.

Mandi Rempah Atau Daun Sireh

Mandi rempah atau boleh juga digunakan daun sireh penting untuk perawatan selepas bersalin kerana ia memberi keharuman pada tubuh. Selain itu, ia boleh membantu vagina, merapatkan vagina, mengatasi insomnia dan memanaskan badan.
Dari Google image
Ia juga boleh menghilangkan rasa penat, memecah lemak yang berlebihan, menaikkan sistem peranakkan, menyihatkan peranakkan dan menghaluskan kulit serta membetulkan perjalanan darah agar lancar.

Antara bahan semulajadi yang boleh dipilih sebagai ramuan adalah daun pisang segar, daun limau purut, daun serai wangi, halia muda, daun pandan, daun kunyit, lengkuas dan daun sireh.

Bahan-bahan ini disatukan dan direbus di dalam periuk yang agak besar. Mandi air rebusan sahaja tanpa mencampurkan air biasa lagi baik. Tunggu sehingga agak suam dan boleh di buat mandi dan air cebok untuk membersihkan bahagian vagina. Seeloknya mandi rempah di amalkan pada setiap pagi dan petang sebelum senja selama 44 hari.

Bertangas

Fungsi utama bertangas adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mengecutkan rahim, merapatkan semula rahim dan mengharumkan kewanitaan. Selain itu, tangas mampu mengecut, mengering dan mengetatkan rahim serta otot yang kembang semasa mengandung dan proses bersalin.

Antara bahan yang boleh dijadikan bahan tangas adalah seperti sirih, halia, biji manjakani, daun inai, garam bukit dan sebagainya.

Bahan tanags direbus terlebih dahulu dan dimasukkan di dalam baldi dan diletakkan kerusi atau diletakkan di sisi mangkuk tandas dan bertangas la selama 30 minit dengan memakai kain pelikat atau kain sarung.

Selamat Di amalkan wahai ibu-ibu cantik sekalian!

Untuk dalaman boleh la diamalkan pemakanan yang sihat dan tambahkan dengan supplement bagi mengganti nutrien-nutrien yang hilang semasa proses kehamilan dan kelahiran. Selain mengamalkan amalan pantang tradisional seperti di atas saya juga amalkan Set Bersalin Shaklee. 

Alhamdulillah..banyak membantu saya kekal cergas, sihat dan tiada masalah sembelit semasa pantang malah amat membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu.

Wow! ibu ni turun 20kg selepas pantang. Hebat betul! Macam mana dia buat??



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Sebarang Pertanyaan Hubungi :

Aniey Yusoff
0137773122

Saya sedia membantu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...